"Clara, I tanya you ni.." Nizam sudah bangkit dari sofa. Suara masih dikawal, dia tidak mahu barannya menjadi-jadi. Cukuplah Clara telah menjadi mangsa sebelum-sebelum ini.

"Answer me." Nizam bertindak pantas mengunci lengan Clara. Wanita itu menoleh dan mengeleng kepala.

"I jumpa Qis.. ada masalah?"

"That's it, I cuma tanya and kalau you jawab kan senang. Susah sangat nak jawab?" Nizam memang pantang kalau soalan dia dibiar sepi macamtu.

"Okay so now you may let me go."

"What's wrong with you?" Tangan masih dikunci.

"Take off your hand!" Clara menarik kuat lengannya.

"Kalau you marah dengan I, bagitahu I apa sebabnya. Dengan diam macamni and act macam tak puas hati, sampai bila-bila pun tak akan selesaikan masalah." Tubuh Clara ditolak kearah dinding, lengan dikunci. Clara cuba melepaskan diri namun kekuatan Nizam mengatasi segalanya.

Ingatannya kembali melayang, dia ingat bagaimana marahnya Nizam sehingga menampar pipinya pada malam itu. Dadanya sesak, peluh menitik.

"You know what the problem is, isn't Mr.Nizam?" Katanya dengan lantang. Bergema satu rumah. Terperanjat Nizam dengan perubahan Clara.

"Apa yang Qistina bagitahu you pasal I?" Nizam meneka, pasti Qistina bercerita buruk mengenainya. Bukan dia tak tahu betapa anginnya Qistina masa Clara terlantar dihospital.

"And please jangan nak salahkan orang lain when all the thing is about you!" Suara ditinggikan. Mata dijegilkan. Dia ingat, ya dia sudah ingat. Kepala kembali pusing. Dia sudah ingat detik-detik cemas itu. Dia ingat bahawa dirinya sedang sarat mengandung ketika Nizam membawa Ariana masuk kerumah. Malahan dia ingat bagaimana Nizam menolaknya tepi dan mempertahankan kehadiran Ariana. Dia sedar ya dia sedar, semua yang dia dengar dari mulut Qistina dan Ariana tadi benar belaka.

Ya Allah kuatkan aku.

"Kenapa you lebih percaya cakap orang luar? I ni husband you tau!"

"For me right now, everyone is stranger!" Dia memilih untuk terus berpura-pura yang dia belum pulih. Apabila segalanya sudah jelas dan apabila keadaan tenang, dia akan timbulkan kembali semua ini. Jika Nizam ingin menduakannya, jika Nizam ingin mengahwini Ariana, dia sepatutnya jujur dan dia sepatutnya tahu untuk bersikap adil. Masa kan dia mampu bersikap adil sekiranya waktu sebelum bernikah ini dia sudah mengabaikan Clara. Buktinya Clara dimarahi, Clara diketepikan!

Rahang diketap rapat, menahan amarahnya. Perlahan-lahan Tubuh Clara dilepaskan. Clara merenung tajam mata Nizam.

"Please don't control me when you can't even control yourself!" Clara merengus dan masuk kebilik.

Ya Allah.

Nizam meraup wajah, rambut disisir kasar.

Aku tak mahu semua ni berulang lagi. Kesalnya.

"Clara...." Panggil Nizam, dia memujuk Clara.

"Wait Clara..." Kejarnya pula. Clara pantas mengalihkan tubuh menghadap Nizam. Tangan silangkan.

"I'm sorry... for everything.... everything you heard from Qis, I swear that I want explain it to you... I swear Clara." Nizam mencapai jari-jari runcing milik Clara.

"Apa pun yang you dengar dari Qis, I won't denied it but one thing you should know and I'm sure that Qis not talk about it... that I really love you. Deep inside my heart-" dia meletakkan jari Clara pada dadanya.

"Every beep of my heart it is because of you. I swear, there is no one else." Nizam merenung dalam mata Clara. Ketahuilah bahawa dia hanya mangsa Ariana.

"Jangan tipu I... Ariana dah tunjuk semua gambar, you slept her..." ada getar pada ayat akhir itu, dia memang kesal dan kecewa sangat-sangat dengan Nizam. Baginya perbuatan itu sangat hina dan hatinya terasa seakan disiat-siat.

"No, itu semua fitnah. I tak buat semua tu. Even you ada nampak I dengan Ariana berdua sekalipun and even gambar-gambar itu ditunjukkan sekalipun...."

Clara terlebih dahulu menarik tangannya. Dia dah penat dengan semua konflik ini. Airmata dilap dengan jari.

"Apa yang you lihat tak sama dengan apa yang berlaku. Ariana ugut I, dia perangkap I. All those pictures are fakes. Dia rancang pertemuan dengan I and dia buat sesuatu supaya it looks real and I swear yang I tak buat semua tu. Please percayakan I." Jari Clara diraih lagi, dibawa kedalam pelukannya. Tubuh Clara yang sudah lemah dipeluk semahunya, supaya wanita itu tahu betapa tersepitnya dia dengan Ariana dan betapa cintanya dia pada Clara.

"Stop crying sayang.... I promise everything is well. I akan handle Ariana and I akan make sure yang dia tak akan ganggu hubungan kita lagi." Nizam mengelap tubir mata Clara, Clara hanya kaku bagai patung. Dia tak tahu nak percaya atau tidak apa yang Nizam kata kan malahan dia juga masih menyimpan rasa dendam kerana keguguran itu. Dendam kerana Nizam membelakangkan dirinya.

"Please say something sayang, jangan buat I macam ni.." Nizam mencium berkali-kali rambut Clara, airmatanya turut menitis. Banyak sangat dosa dia pada isterinya.

***Mampu tak Clara maafkan Nizam? Senyum ;)

CLARA (THE GIRL THEY NEVER NOTICED)Where stories live. Discover now