"Rayyan." Jawabnya sepatah.

"Apa yang you ingat tentang Rayyan?" Soal Doktor Shila sekadar membantu Clara untuk mengingati semula.

"I akan bernikah dengan Rayyan, itu yang I ingat. I ingat muka dia.." Jawabnya jujur.

"Sekurangnya ada improvement, tak mengapa. Clara boleh rehat ya. Kalau rasa pening, baring." Doktor Shila mengusap bahunya lalu beredar keluar.

"You okay?" Soal Nizam sekadar berbasa-basi. Tiada apa yang dia boleh borakkan dengan Clara kerana hanya Rayyan yang dia ingat.

"I nak balik, please." Clara memandang dengan mata kuyu, air mata yang bersisa dilap dengan hujung lengan.

"I akan tanya doktor, now you rehat dulu. Anything-" Nizam menghulurkan telefon kepada Clara.

"Don't hesitate to call me. My number is on the top."

Clara menyambut android tersebut. Berharap dia masih punya ingatan untuk menggunakannya.

"I nak balik rumah, hantar dobi baju-baju semua and malam nanti I akan datang semula." Nizam memberinya sebuah senyuman.

"You nak tinggalkan I ke?" Katanya teragak-agak. Sudahlah dia hanya kenal Rayyan, kini lelaki yang mengaku suaminya ingin tinggalkannya seorang diri.

"I akan datang semula secepat mungkin. I promise." Nizam sudah memulas tombol pintu, menoleh kebelakang-Clara masih memandangnya sayu.

"Parents you akan datang kejablagi, I promise I will be back later." Nizam sudah hilang dari pemandangan.

Clara menangis kecil memegang android ditangannya. Seperti pita rakaman, ada bayangan seorang lelaki sedang memegang tangannya. Mereka berpusing membuat sebuah bulatan, tangan masih erat mengenggam. Dibelakang ada cahaya matahari yang sedang terbenam dihujung lautan yang luas. Dia dengar suara lelaki itu ketawa, dan dia juga turut tertawa riang. Namun wajah lelaki itu masih dikaburi dengan gelapnya senja.

Aku pasti lelaki itu Rayyan.

**********

Nizam menghenyak tubuh disofa. Lebih kurang tiga puluh minit lagi siaplah tu baju kat dobi. Dia naik ke condo, tidur sebentar. Jangan terlajak sudah!

Sedang asyik melayan mata yang khusyuk dibuai mimpi, bahunya terasa diramas. Sedap betul rasanya, ibarat orang mengantuk disorong bantal. Ha begitulah umpamanya!

Ramasan tangan itu makin melarat sehingga ketengkuk. Lembutnya tangan yang membelai ni. Bisiknya.

Sehingga dia merasa ada kucupan hangat menerjah dibelakang lehernya, dia lantas terbangun. Bagaikan ada renjatan elektrik.

"Sayang suka?" Soal Ariana dibelakang.

"You?!! Apa you buat ni?" Nizam mengerutkan dahi, kang ada pulak JAIS ke datang. Tak ke haru?

"I nak buat you relax je, and tadi pun yang menikmati.. kan?" Wajah terkulat tadi sudah bertukar kepada wajah miang.

"Shit! You boleh keluar sekarang!" Nizam sudah mendepakan tangan menuju ke pintu rumah.

"No, I tak nak! You asyik nak halau I je..." Ariana menyilangkan lengan, merajuk.

"Bagi sini beg you."

"Hah? You nak buat apa?"

"Bak jelah!" Dia meragut beg tangan Ariana yang disilang dibahu. Bunyian botol kaca dan peralatan make up berlaga antara satu sama lain. Sehingga dia mengeluarkan segugus kunci. Apabila yakin itu kunci yang dicari, dia menghalau semula Ariana.

"Dah, now you can go." Dia mengambil semula kunci pendua rumahnya. Selepas ni, Ariana tak boleh masuk rumahnya.

"I said no!" Ariana masih membatu disitu.

"Jangan sampai I guna cara kasar...."

"You jangan lupa tau semua gambar-gambar tu!" Ariana memberi amaran, lelaki ini tidak boleh menghalaunya.

"You know what? I don't bloody care about it anymore! I dah kehilangan anak I and I hampir kehilangan Clara! Ni semua salah you, perempuan murah!" Nizam menarik kasar lengan Ariana sehingga ke muka pintu, dia memulas lengan itu, terjerit-jerit Ariana menahan sakit. Lalu dia menolak kasar Ariana sehingga terjatuh terduduk.

"Kalau I nampak muka you lagi, you akan menyesal!" Nizam menghempas pintu sekuat hati. Ariana memejam mata menahan nyaringannya.

"Eeeiii!!!!" Ariana berteriak. Dia mengusap betis dan buku lali, macam terseliuh je ni. Ariana mendengus dalam keadaan kaki terjingkit-jingkit.

Aku bukan bodoh untuk tak duplicate kunci tu. Jangan ingat ni semua dah berakhir! Bebelnya lagi.

***Today author baru finish paper Law, 5 more paper to go >.<

Btw, sorry for slow update. Bab ni agak slow, sekali-sekala kita relax hehe.. Ariana ni memang tak serik nak kacau Nizam kan? Apa lagi nak buat supaya perempuan ni stop ganggu Nizam? Anyone? Haha..

Comment sikit, jangan lupa votes laju-laju! Tq

CLARA (THE GIRL THEY NEVER NOTICED)Where stories live. Discover now