Bab 54

70 4 0
                                    

"Assalamualaikum umi," Qadri salam dan tunduk mencium dahi uminya. Usapan pada bahunya cukup mendamaikan jiwanya.

Puan Fatimah pandang sebentar wajah anaknya itu, senyuman terpamer di wajah anak lelakinya. Wajah Puan Fatimah dihiasi kerutan kecil.

"Happy sangat ni, ada berita gembira ke?" tanya Puan Fatimah.

Qadri senyum senget, "insyaallah umi."

Terjengil mata Puan Fatimah, terus rasa bimbang menyelubungi jiwa tuanya.

"Janganlah cakap kamu nak sambung belajar lagi, kali ni nak kemana pulak? Antartika?"

Qadri ketawa mendengar tebakan Puan Fatimah, tidak membalas lanjut. Qadri bawa beg barang dapur yang dijinjitnya ke bahagian dapur basah. Rumah teres setingkat di tanah berkeluasan seekar itu terasa damai dengan suasana pagi yang nyaman. Bau hujan masih memenuhi ruang rumah, seawal sembilan pagi anak bujang Puan Fatimah sudah terpacak di hadapan halaman luas rumah itu.

"Umi, nak masak pasta boleh tak?" tanya Qadri, dia keluarkan bahan-bahan memasak yang dibelinya di pasar pagi tadi.

Puan Fatimah turut membantu anak lelakinya mengemas barang yang dibeli, memang rutin yang dilakukan anak bujangnya itu tidak pernah ditinggalkan setiap kali Qadri pulang ke rumahnya. Sentiasa ringan tangan dan tidak lokek membeli barangan dapur untuknya walaupun tidak diminta. Sikap terpuji Qadri yang menyenangkan.

"Umi nak beli barang dapur tak? Lepas Angah masak," tanya Qadri sambil menyusun tin susu di dalam kabinet.

"Eh Angah ni, barang yang dibeli ni punyalah banyak," Puan Fatimah angkat ulam pegaga serta timun Jepun dan ditunjukkan kepada anak lelakinya.

Qadri tersengih sebelum membalas, "tak cukup untuk seminggu ni, boleh tahan dua hari je."

Puan Fatimah menggeleng, dia berjalan menghampiri Qadri. Ditepuk-tepuk bahu tegap Qadri.

"Umi tinggal sorang je Angah, nak beli banyak-banyak barang basah buat apa?"

Qadri tersenyum lucu, "untuk cucu umi lah, nanti diaorang balik."

"Bukannya datang setiap minggu pun, ishlah Angah," Puan Fatimah mendebik bahu anaknya itu. Qadri ketawa mengekeh.

"Umi boleh tolong siangkan udang? Angah nak buat Aglio Olio harini. Petang nanti Angah nak potong rumput kat depan tu, panjangnya lain macam," Qadri berkata ketika dia meletakkan bungkusan plastik berisi udang ke dalam singki.

Puan Fatimah mengangguk sahaja, anak bujangnya kalau sudah pulang ke rumah keluarga mereka memang lincah lain macam. Ada sahaja nak dibuatnya, tiba-tiba nak cat rumahlah, pergi Ikea atau SSF untuk beli perabot barulah, nak buat kek lah, macam-macam.

Mata ibu itu mengikut langkah anak lelakinya yang tegap berjalan mengelilingi dapur, bibir wanita itu tersenyum lembut.

Tiga tahun terpisah, anaknya kini sudah di depan mata.

'''''''''''''''

"Angah, umi nak kenalkan Angah dengan..." tak sempat Puan Fatimah menghabiskan ayat Qadri laju memotong.

"Tak nak umi," kata Qadri, pantas.

Salah satu sebab kenapa Qadri nekad nak sambung belajar tiga tahun lepas sehingga ke United Kingdom, sebabkan hal yang satu inilah jugak.

Dia tak suka bila umi risaukan dirinya terlebih bila melibatkan hal jodoh.

"Apalah yang susah sangat Angah nak bukak hati, umi banyak kawan yang ada anak cantik-cantik," Puan Fatimah meletakkan pisau pemotong sayur di atas papan pemotong. Dipandang anak lelakinya yang lincah mencincang bawang putih.

607 (Revamp)Where stories live. Discover now