Bab 16

40 4 0
                                    

Setiap manusia, ada masanya akan ragu-ragu dengan keputusannya. Tidak kira, urusan belajar, kerja, memilih suami atau isteri sehingga keputusan untuk keluar ke pasar juga boleh mendatangkan keraguan dalam hati. Kerana hati itu, memang berbolak-balik asal kejadiaannya.

Aisya juga tidak terkecuali dengan rasa tersebut, seteguh mana pun pendirian diri kadang-kala ujian yang melanda menggoyahkan dirinya.

Hari baharu untuk Aisya, bergelar tunangan dan juga houseman di Jabatan Pembedahan Hospital Kajang. Aisya tarik nafas sedalamnya. Dia masuk ke wad barunya bersama senyuman.

"Assalamualaikum," sapa Aisya kepada rakan baharunya di dalam wad tersebut.

"Aisya?" tanya lelaki itu. Sedang menolak troli besi yang dipenuhi sampel darah para pesakit.

"Ya saya," sahut Aisya. Lelaki itu sekadar mengangguk, dia hulurkan botol darah yang masih kosong dan juga borang darah.

"Boleh tolong saya?" tanya lelaki itu, Aisya angguk. Faham sangatlah rutin harian sebagai houseman. Kena ambil darah pesakit, kemudian perlu hantar ke makmal. Sambung pula rounds dengan M.O atau pakar perubatan. Kemudian... ahh tak terkata.

"Your name is Hakimi, right?" kali ini Aisya pula bertanya kepada lelaki itu.

"Yes," jawab lelaki itu.

"So, I guess this will be the same as other departments?" soal Aisya. Hakimi nampak tersengih kecil.

"I think, except..." Aisya jungkit kening mendengar kata-kata lelaki. Dia letakkan botol berisi darah ke dalam plastik, sekali lagi dia melihat borang yang perlu diletakkan bersama-sama dengan botol darah tersebut. Memastikan borang tersebut tepat dengan sampel darah yang diambil.

"Sini banyak mak cik bawang, so hati kena kental," pesan Hakimi. Aisya mengangguk.

Tidak pasti, siapa mak cik bawang yang dikatakan Hakimi. Sama ada doktor di jabatan tersebut, atau staf lain.

''''''''''''

Aisya picingkan mata melihat kafeteria hospital. Rasanya itu...

"Sayang," panggil Hafiz. Aisya keraskan muka.

Apa yang tunang dia buat dekat sini? Tak kerja?

"Aisya, can we talk?"

Aisya pandang wajah Hafiz sebentar sebelum menunduk.

"You are avoiding me Aisya," kata pemuda tersebut ketika mereka sama-sama duduk di meja makan.

"I'm sorry," ucap Aisya perlahan. Sedar atas kesilapan dirinya.

"Saya betul-betul minta maaf atas kejadian haritu," kata maaf dari Hafiz pula kedengaran. Hafiz dekatkan tubuh pada meja. Wajahnya penuh rasa serba salah.

"Saya maafkan awak," balas Aisya.

"Sungguh?" tanya Hafiz untuk kepastian.

"Ya, Hafiz," jawab Aisya pula. Dia sebenarnya malas hendak panjangkan cerita. Sakit kepalanya jika berfikir lebih-lebih. Cukuplah hati terasa berbolak-balik dengan keputusan diri sendiri.

"Saya janji dengan awak sayang, hal mak lepas ni kita bincang sama-sama."

Muka Aisya memerah, dia menggenggam tangannya erat.

"Hafiz, saya rasa kita dah bincang tentang panggilan nama. Tolong hormat permintaan saya Hafiz," pinta Aisya.

Wajah Hafiz berubah cemberut, "sayang, kita dah bertunang."

"Bertunang atau tak bertunang, jagalah batas antara kita."

Mata mereka bertemu sebentar sebelum Aisya alihkan pandangan, tak betah untuk dia renung mata itu lebih lama. Hati masih bersisa rasa geram.

607 (Revamp)Where stories live. Discover now