Bab 25

43 4 0
                                    

Aisya basahkan wajah dengan air suam dari paip singki, terasa segar ketika suhu air menyentuh kulit. Gadis itu menggeleng berkali-kali sambil wajah menghadap cermin tandas. Berus gigi diambil dan ubat gigi dipicit hingga mengeluarkan isinya sebesar kacang pea. Aisya mula menggosok gigi sambil merenung wajah di hadapan cermin.

Tidak sangka hari pertama di Sapporo sudah berakhir dengan bermacam kenangan yang boleh disemat di dalam hati.

"Kakak!" suara Julia di luar tandas kedengaran.

"Hmm," Aisya menyahut dengan mulut yang penuh dengan ubat gigi.

"Kakak! Juju....."

Aisya tidak mendengar suara Julia lagi, gadis itu berkerut kening.

"Boleh tak kakak?" tanya Julia pula. Aisya ketawa kecil, apa yang disembangkan oleh Julia dia sendiri tidak pasti. Memang dia tidak dengar suara rakan sebiliknya itu.

"Hah! Boleh," balas Aisya kuat, dia biarkan sahaja gadis di luar biliknya itu. Aisya perlu membersihkan diri dan mengambil wuduk untuk solat jamak ta'khir waktu Maghrib dan Isyak.

Aisya keluar dari tandas setelah lima belas minit berlalu, gadis itu tersenyum ke arah Julia, "Juju cakap apa tadi? Nak guna tandas?" tanya Aisya.

Julia menggeleng menidakkan, wajah gadis itu sudah berubah serba salah. Aisya pamer wajah keliru, kaki bergerak untuk mengambil telekung miliknya dan disarung ke tubuh. Sejadah miliknya dibentang di atas lantai.

"Kakak kejap," tegah Julia. Julia tayang senyum serba salah.

"Kenapa Juju?" soal Aisya, tergendala untuk menunaikan solat.

Ketika itu loceng bilik mereka berbunyi, "kakak sorry tapi Juju panggil Momo. Juju ingat kakak dengar apa yang Juju cakap tadi."

Julia berlari anak ke arah pintu, dia nampak wajah Momo di sebalik pintu. Terasa mahu tercabut jantung Aisya ketika itu, dipandang wajah Julia sekali lagi.

Ya Allah patutlah Julia masih bertudung.

"Mind if I enter?" Momo bersuara dari luar. Momo memandang Aisya.

Demi Allah, ketika ini lelaki itu tidak mampu lagi sembunyi rasa. Rasa yang dipendam sejak semalam, sejak dari Malaysia.

Saat ini Aisya kelihatan manis bertelekung bersih, suci, dengan wajah bersih kemerahan itu.

Momo alihkan wajah ke arah lain. Gelodak di dalam hati dikawal sebaiknya, beristighfar sendiri bagi mengisi ruangan hati.

Aisya berjalan mendekati dua keluarga itu, tangan mengangkat sedikit kain di kaki, "kenapa you nak masuk bilik ni? Dah malam."

Tegas Aisya bersuara. Momo garis senyum nipis, wajar untuk Aisya risau. Kalau Aisya tidak sudi, terpaksalah dia mengalah. Pemuda itu juga datang selepas mendapat persetujuan dari Julia.

"Juju bagitahu, you cari arah kiblat guna phone."

Aisya terdiam, dia pandang wajah Momo dan Julia bergilir.

"Kenapa? Tak boleh ke?" tanya Aisya polos. Kali ini dia betul-betul tidak tahu.

"Guna kompas paling terbaik, so may I come in?" Momo yang bersarung t-shirt berlengan panjang biasa bersama sweatpants itu masih memandang Aisya. Tangannya diseluk di dalam kocek seluar.

Mendengarkan itu Aisya angguk lambat-lambat. Ingin menghalang, dia jadi serba salah. Dia beri laluan untuk lelaki itu masuk. Ditangan jejaka itu terdapat sebuah kompas, perlahan langkah Aisya mendekati Momo. Ligat tangan Momo bergerak mencari arah kiblat.

Lelaki itu memastikan rotating bezel menunjukkan arah 302ᵒ dari arah utara sebelum Momo letakkan orientating compass di atas lantai. Arah kiblat menggunakan kompas di Sapporo mengikut ketetapan ialah 302ᵒ. Dipusingkan sedikit sehingga ia menepati arah. Sailortape dari dalam poket seluar dikeluarkan, ditanda arah kiblat itu untuk rujukan anak buahnya dan juga rakan sebiliknya. Kemudian lelaki itu bangkit berdiri, sejadah milik Aisya yang terbentang tidak jauh darinya diambil dan dibentangkan mengikut tanda yang dibuatnya tadi. Aisya sekadar memerhati tingkah laku lelaki itu.

"Arah kiblat you senget sikit dari arah kompas, tapi acceptable," ujar lelaki itu sambil memandang Aisya. Aisya mengangguk-angguk, ilmu baharu ni.

Papa selalunya rujuk Unit Falak Jabatan untuk menetapkan arah kiblat di rumahnya atau di kampung yang mereka kunjungi. Selebihnya dia tidak pasti bagaimana papa tentukan arah kiblat atau sebenarnya papa ada saja ajar tapi Aisya tak ambil peduli. Mata Aisya dan lelaki itu kembali bertemu. Kali ini sinar mata Aisya kelihatan naif.

"Boleh guna phone, tapi kalau boleh elakkan," pesan Momo, seharusnya ilmu untuk mencari arah kiblat perlu dipelajari oleh setiap muslim. Mengharapkan telefon sahaja kadang-kala ada masanya tidak tepat. Aisya angguk lagi seperti burung belatuk. Momo tersenyum kecil, Aisya kelihatan polos pada pandangannya. Degup jantungnya tidak mampu mengikut waras akalnya.

"Sebelum check out, jangan lupa tanggal sailortape tu," pesan lelaki itu lagi. Dia sudah pun berada di muka pintu bilik Julia dan Aisya. Julia mengucapkan terima kasih kepada pak ciknya.

"And, kunci pintu," pesan si jejaka buat kali terakhir. Ketika itu, iris hazel Aisya berbalas pandang dengan iris coklat pekat Momo sebelum pintu tertutup. Mengakhiri pertemuan mereka untuk hari pertama di Sapporo.

"And I don't even know why Allah sent you to my life, to Juju's life."

607 (Revamp)Where stories live. Discover now