Bab 38

30 3 3
                                    

"Kenapa tak bagitahu perangai Hafiz macam tu, dia layan Aisya macam tu pada kami?" suara Asad, atau Abang Acad kedengaran garang. Aisya jungkit bahu, malas sungguh hendak membangkitkan hal lama tetapi bila Anisa laju sahaja membuka mulut bercerita tentang hubungannya dan Hafiz, dia terpaksa bersoal jawab dengan abang-abangnya.

Dipandang satu persatu wajah abang-abangnya serta kakak dan juga adik. Mereka adik beradik berkumpul di dalam bilik kerja papa, atas alasan mahu bersoal siasat tentang hal sebenar yang terjadi antara Aisya dan Hafiz.

"Cha," suara Umar kedengaran menyeru namanya.

"Cha malas lah, benda dah lepas dah pun."

Rahang Asad nampak terketap-ketap mendengar jawapan darinya, tahu sangat abangnya itu sangat garang tetapi dia sekali lagi tak kuasa hendak bersuara.

"Tanggungjawab untuk jaga adik perempuan Angah jatuh pada kami yang lelaki Cha. Kami semua wali Cha," kata Umar.

Terasa wajahnya memerah, Aisya tundukkan muka dan mata mula terasa basah.

"Susah sangat ke nak cari lelaki yang ikhlas terima Cha?" suara Aisya perlahan.

"Semua yang datang dekat Cha cuma suka fizikal Cha, what more? What else is there?" Aisya memandang wajah adik beradiknya. Pandangannya kabur dengan takungan air jernih di kelopak mata.

"Every single man, that comes to me said I am pretty. Yes! Yes, I am, but what else? What else is there? None of them tries to understand me, saying that I am too independent which is a major turn-off for them? Too stubborn to be handled? Too smart for them as it gives them insecurity?"

Mutiara jernih sudah mengalir turun dari pipinya, "what I seek for in a man, is the one who can love me as I am. Seseorang yang sokong semua yang Cha nak buat, bukan persoalkan dan halang. Cha bukan buat benda terkutuk, Cha ada kudrat dan kelebihan untuk capai cita-cita Cha."

"And the one who can love me with iman and basirah. I desired a love that will give me the true meaning of loved and being loved."

Bahunya sudah dipeluk Asiah, "Cha, I'm sorry to hear that."

Aisya kalih wajah menghadap Asiah, "and why did people cakap belakang pasal kita kakak? People said kenapa kakak dia kahwin dulu padahal yang bertunang tu adik dia?"

Asiah terdiam, mata terus jatuh pada jemarinya yang berinai merah. Hati disentak perasaan aneh mendengar bicara si adik tetapi dia cuba memahami emosi Aisya yang tidak stabil itu.

"Cha, pandang abang," Nash mengarah adik perempuannya itu memandangnya.

"Pandang abang Cha," tegas suara Nash menyuruh. Wajah basah itu memandang abang keempatnya itu.

"Kalau betul lah Hafiz tu ikhlas dengan Cha, dia takkan terburu-buru hantar merisik," Nash melutut di hadapan adiknya itu.

Tangan mulus Aisya digenggam, "betul Cha mintak dia jumpa mama dan papa tapi dia tak sepatutnya hantar merisik terus, dia dah melompat satu fasa untuk berkenalan dengan Cha. Terlalu terburu-buru."

Esak tangis Aisya kedengaran jelas, dikesat air matanya kasar, "dia juga terburu-buru Aisya. Terlampau terburu-buru untuk memiliki Aisya Zinnirah."

"Dia ada pilihan Cha," kata Umar pula.

"Dan kami minta maaf sebab tak mampu selidik Hafiz sebaiknya."

"I sayang dia, I loved him the way he was, and he was not ready to fight with me," Aisya kembali tertunduk mengesat air matanya.

"I was so afraid of losing him, dia yang pertama melamar Cha dengan niat yang serius. I can't help it, Cha dah sayangkan dia, and he... he manipulates me to follow his lead as I keep losing myself."

"Love does kill," sambung Aisya.

Uthman, abang sulungnya terus melutut di hadapan Aisya sehingga akhirnya keempat-empat abangnya melipat lutut lagak seperti seorang lelaki sejati memohon maaf. Semakin kuat esakannya kedengaran.

"Love does kill and gives you life. The attachment is too strong but it can be untied one day. It takes time Aisya," pujuk Asad pula.

"Cha perempuan yang baik, solehah di mata kami."

Uthman tarik tangan adiknya dan dicium lembut kekura tangan Aisya, "Cha ada kami untuk Cha mengadu, kami tahu banyak benda yang Cha pendam tapi Cha ada kami."

"Cha tak nak susahkan abang, kakak dengan adik."

"Tak menyusahkan Cha, kami sayang Cha."

607 (Revamp)Where stories live. Discover now