Bab 53

56 3 0
                                    

"Terima kasih bang," ucap Aisya sebelum turun daripada kereta yang menghantarnya pulang daripada stesen MRT.

Aisya membuka pagar rumahnya dengan menekan punat automatik.

Aisya: Assalamualaikum doktor, saya dah sampai rumah.

Gadis itu tersenyum malu setelah menghantar pesanan tersebut. Tak sampai seminit pesanan daripada Qadri masuk ke dalam peti notifikasi.

Dr Qadri: Waalaikumussalam, alhamdulillah good.

Senyuman tidak lepas dari bibir Aisya, sekali lagi peti notifikasinya menerima pesanan daripada Qadri.

Dr Qadri: Have a good rest, assalamualaikum.

Aisya menjawab salam tersebut sekadar dalam hati, tidak dibalas pesanan terakhir dari Qadri. Gadis itu berjalan masuk ke dalam rumah, wajah mama dan papa memenuhi ruang pandangannya.

"Lamanya keluar?" tegur Datin Luthfiya, hilang terus rasa risau bila anak gadis sudah berada di hadapan matanya. Itu pun menjelang isyak baru si anak dara pulang. 

Aisya sekadar tersengih nakal, disalam tangan Datin Luthfiya.

"Cha naik dulu, penat," Aisya tanggalkan topi yang tersarung di kepala yang berbalut tudung. Raut wajah Datin Luthfiya berubah pelik melihat anak gadisnya yang terlihat ceria.

"Cha, awak keluar dating ke?"

Cha berhenti melangkah, diramas topi dalam pegangannya.

"Taklah ma," dalih Aisya. Jantungnya berdebar mendengar soalan mamanya.

Datin Luthfiya pandang silih berganti wajah anaknya dan topi yang dipegang Aisya, kemudian matanya beralih kepada suaminya di sebelah. Dato' Naufal turut memandangnya.

Kedua orang tuanya itu terlihat sangsi, Aisya cepat-cepat memanjat anak tangga kerana tidak mahu menjawab soalan menjerat dirinya.

Masuk sahaja ke dalam bilik, Aisya menutup pintu dan dikunci. Terus menghempaskan tubuh di atas katilnya, topi yang dipegangnya diangkat tinggi. Dipusing-pusingkan di hadapannya, sehingga akhirnya gadis itu tertawa kecil.

'''''''''''''

Iris hazel Aisya kadang kala tertumpu kepada Qadri yang sibuk bertanyakan soalan kepada pesakit yang akan menjalani pembedahan. Mata wanita itu terarah kepada pesakit sebentar sebelum tertumpu kembali kepada Qadri.

"Dr Aisya, nanti tolong I..." Qadri alihkan wajah ke arah Aisya, memandang Aisya yang tunak melihatnya. Lelaki itu tertawa kecil, jari dipetik di hadapan gadis itu.

Aisya berdehem sedikit, malu bila tertangkap dia sedang mengelamun menghadap lelaki itu.

"You dengar ke apa yang I cakap tadi?"

"Er, doktor suruh I call anes ke?" (anes= anesthesiology= pakar bius)

"I tak habis cakap lagi," jawab Qadri, mengusik Aisya.

"Oh, doktor nak saya buat apa?" remang wajah Aisya sudah bertukar warna, memerah pipinya. Qadri sembunyi senyum.

"Nevermind, I buat sendiri."

Qadri keluar daripada wad tersebut, Aisya menggigit hujung bibirnya.

Mengutuk diri sendiri yang tertangkap merenung wajah Qadri.

607 (Revamp)Where stories live. Discover now