Bab 12

42 4 2
                                    

Jarinya yang terhias dengan cincin itu dimain-mainkan. Sudah seminggu cincin merisik tersarung dan tidak sudah juga senyuman terukir gembira di wajah itu.

"Amboi Dr, tahulah dah ada buah hati tapi janganlah sampai tersengih-sengih sendiri," tegur Fatin, jururawat yang menjaga kaunter pendaftaran. Aisya tersenyum malu.

"Mentang-mentanglah emergency ni aman..."

"Fatin," mata Aisya terjengil, menggeleng sebagai tanda amaran supaya jururawat itu tidak menyambung bicaranya.

Pantang sungguh bila ada yang menegur keamanan wad kecemasan, mulalah nanti ada kes kecemasan yang memerlukan rawatan segera bertubi-tubi didaftarkan.

"Eh, ya Allah. Sorry Dr," Aisya menggelengkan kepala mendengar permohonan maaf daripada Fatin, kembali menyambung melihat laporan di tangan.

"Assalamualaikum Dr," sapa seseorang. Aisya menolehkan wajahnya ke arah kirinya, kelihatan seorang wanita yang sudah melepasi separuh abad bertudung labuh tersenyum kepadanya. Aisya membalas senyuman tersebut bersama salam yang ramah. Cuba mengecam wajah wanita tersebut.

"Ya, cik," Aisya menyentuh bahu wanita tersebut apabila dia dapat mengenali wanita tersebut, ibu kepada pesakit yang kemalangan tiga minggu yang lalu. Aisya menunduk sedikit supaya tinggi mereka separa. Tidak semena-mena wanita itu memeluk tubuhnya bersama esak tangis yang rendah.

Fatin dan beberapa jururawat lain terkedu melihat situasi tersebut. Aisya jadi kekok, memandang rakan sekerjanya.

"Peluk, peluk," gerakan mulut Fatin itu dapat dibaca Aisya walau tidak mengeluarkan suara. Tangan Fatin bergerak-gerak menunjukkan gaya seperti memeluk seseorang.

Aisya terus memeluk tubuh yang sedikit gempal itu, diusap perlahan. Berharap ia dapat melegakan tangisan wanita tersebut.

"Terima kasih Dr sebab selamatkan anak acik, selamatkan acik," dengan suara bergetar wanita itu berkata. Perasaan sebak bertandang dihatinya, dia memejamkan matanya.

"Acik terhutang budi dengan Dr," kata wanita itu lagi. Dengan tangisan bersisa dia menolak tubuh Aisya sedikit, menarik kepala gadis itu dan dicium dahi doktor muda itu. Aisya terpaku, tidak menyangka perlakuan wanita itu tersangat lembut terhadapnya.

Aisya dapat mendengar suara nafas rakan sekerjanya yang terperanjat.

A loud gasp.

"Terima kasih Dr," wanita itu tidak putus-putus mengucapkan terima kasih. Aisya tersenyum lembut bersama anggukan.

"Anak acik dah discharge?" soal Aisya.

"Alhamdulillah dah," Aisya nampak wanita itu mengesat air matanya.

"Acik doakan kehidupan Dr diberikan rahmat dan kasih sayang sampai ke syurga," wanita itu meluahkan doa yang terbuku di hati. Mata Aisya jadi berair. Sungguh terharu dengan keikhlasan wanita itu.

"Semoga acik dan anak acik diberikan kesembuhan, dan kasih sayang dari Allah juga," balas Aisya dengan nada yang tersangat lembut.

''''''''''''''''

"Aisya, awak dengar tak ni?" soalan Hafiz itu tidak didengari Aisya.

Aisya masih termenung, sehinggalah lelaki itu memetik jarinya di hadapan wajah Aisya. Terkelip-kelip mata Aisya ketika itu.

"Awak ni banyak beranganlah Aisya," ujar Hafiz. Aisya tayang sengih malu, dia menggaru kepala yang berbalut tudung. Entah macam mana fikirannya boleh melayang, teringatkan kejadian siang tadi di wad kecemasan. Seorang wanita, yang merupakan bekas pesakit di Hospital Kajang sebelum ditukarkan ke Hospital Serdang untuk menerima rawatan lanjut telah datang di hadapannya untuk mengucapkan terima kasih kepada doktor muda itu.

"Mak okay ke dengan idea saya?" tanya Aisya, dia membetulkan duduknya.

"Okay, cuma kalau boleh dia nak pelamin," jawapan Hafiz itu mengundang senyap antara mereka berdua.

Hafiz mengeluh perlahan melihat tingkah Aisya yang tidak membalas jawapannya, "tapi saya dah pujuk mak. Lagipun majlis tunang kita lagi tiga minggu, awak jangan risau, mak okay je."

Aisya mengangguk. Fikirnya dia mahu bertegas lagi jika Hajah Rosiah masih mahu melakukan majlis tunang secara besar-besaran. Gadis itu cukup tidak gemar dengan majlis yang terlalu besar, ia suatu pembaziran dan untuk mengharapkan papa dan mama bukanlah niatnya.

Walau semuanya boleh diminta tetapi bukan itu yang diajar Dato' Naufal dalam keluarga mereka. Mahukan sesuatu perlu berusaha dengan keras.

"Awak nampak penat, macam mana kerja hari ni?" tanya Hafiz. Dia menyusun kertas yang agak berselerak di atas meja taman itu. Kertas yang bertulis dengan idea daripada Aisya dan pengeluaran tunai untuk majlis tunang kemudian hari.

"Just fine. Tadi ada mak patients datang, saying thanks to me," jelas Aisya. Pertama kali ada seorang lelaki selain papa dan juga abang-abangnya bertanya perihal kerja, mungkin ini yang semua orang sering gembar gemburkan.

Ada kekasih jadi ada tempat untuk meluah perasaan.

Kata mereka.

"Uh huh?" Hafiz memandang Aisya, mahu gadis itu menyambung cerita.

"She's...she's smell nice. A comfort feeling... saya rasa macam peluk mama," Aisya mengingat kembali perasaan ketika dipeluk wanita yang juga merupakan ibu kepada pesakit yang dirawatnya ketika masa kritikal di wad kecemasan. Hangat dan menenangkan. Aisya meramas jemarinya, kenapa dia sangat terkesan dengan kasih sayang si ibu di siang hari tadi? Wajah Hafiz dipandang, lelaki itu seperti keliru dengan jawapannya.

"Just a small nice gesture, nevermind. Ignore me," Aisya angkat cawan yang sudah kosong di hadapannya. Aisya tak rasa mahu berkongsi rasa dengan Hafiz. Tahap heartless Aisya kalau bab bermanja dengan orang yang baru masuk dalam hidup dia memang tinggi.

Hafiz dibiarkan sebentar di laman rumah, malam ini terasa sejuk disebabkan bumi Serdang disimbahi hujan sejak petang sehingga maghrib tadi. Kedatangan Hafiz ke rumah keluarganya sudah dirancang sejak majlis merisik hujung minggu yang lalu. Semuanya hanya kerana ingin berbincang hal pertunangan yang tidak lama lagi akan berlangsung.

"Cha, tinggal jelah cawan tu. Pergilah layan Hafiz, jangan tinggal dia sorang je dekat depan."

Aisya angkat bahu, tangan yang basah dilap di kain. Kembali berjalan ke arah halaman rumah.

"Rasanya everything dah solve kot. Anything else?"

Aisya duduk di kerusi yang tersedia. Hafiz tersenyum nipis ke arahnya.

"Aisya," seru Hafiz lembut. Aisya angkat kening mendengar namanya diseru.

"Could you please...open up with me a bit more?"

Nafas Aisya dihela perlahan, "I will try, and please be patients with me? Saya tak reti bercinta Hafiz."

Permintaan yang berulang kali meniti di bibir, sama juga permintaan dari bakal tunang yang sudah lali masuk ke telinganya. Wajah Hafiz dipandang sebentar sebelum tertunduk memandang meja semula. Tipu kalau kata hati Aisya tak cair, ia sebenarnya sedang cair perlahan-lahan cuma turunnya sekadar satu darjah dalam masa beberapa hari ini. Dia pasti suatu hari nanti Allah akan bukakan hati untuk dia terima Hafiz.

Riak wajah Hafiz bertukar lembut, tersenyum nipis, "kita boleh buat benda ni sama-sama kan Aisya?"

Aisya mengangguk pasti, selama sebulan lebih berfikir dan menimbang tara dia pasti dengan pilihannya.

"Terima kasih sebab sudi datang rumah papa dan mama, maaf saya tak boleh keluar malam."

Gadis itu berkata rendah, sungguh dia terharu dengan kesudian lelaki itu memandu daripada Shah Alam sehingga ke Serdang untuk berjumpa dengannya.

"Untuk awak, saya mampu buat semua," balasan Hafiz itu disahut dengan ketawa kecil. Ada sahaja cara lelaki itu untuk buat dia berdebar.

Sejuknya malam itu terasa sehingga ke lubuk hati. Hati Aisya sungguh mula terpaut pada lelaki yang bernama Hafiz Nor itu.

607 (Revamp)Where stories live. Discover now