Bab 14

26 3 0
                                    

Cepat sahaja nombor si tunang didail, sebaik sahaja panggilan bersambut Aisya tahan sabar supaya tidak terus menjerkah.

"Hafiz, awak dekat mana?"

"Dekat rumah, sayang. Kenapa call ni?"

Sayang?

Aisya jadi malu dan marah, malu dipanggil sebegitu dan marah juga kerana Hafiz mungkir janji berkaitan panggilan nama.

Tak penting sekarang untuk dia berbalah dengan Hafiz hanya kerana perkataan 'sayang'. Ada perkara lain yang perlu dia selesaikan sekarang ni!

Aisya menggeleng kesal sebelum menyambung, "Hafiz, kenapa awak tak bagitahu saya?"

"Bagitahu? Bagitahu apa sayang?"

Sayang lagi!

"Mak jemput lagi tetamu untuk majlis tunang kita, lebih dari yang awak bagitahu saya."

Diam dari hujung sana, Aisya jadi hilang sabar.

"Hafiz!" keras Aisya memanggil.

"Aisya, saya minta maaf. Mak ada bagitahu saya, tapi saya dah halang dia."

Aisya mengucap perlahan, "kenapa tak bagitahu saya Hafiz, awak lebih tahu mak macam mana berbanding saya."

Terdengar keluhan dari hujung sana.

"Maaf sayang," pohon lelaki itu.

Hati Aisya yang masih panas tak mampu dicairkan ketika itu, dia sekadar berdiam.

"Nak saya datang rumah?"

"Tak payah, saya boleh uruskan."

"Tapi sayang..." belum pun sempat Hafiz membalas Aisya menyampuk.

"Takpe Hafiz, saya boleh handle. Bye, assalamualaikum," Aisya tamatkan talian. Gadis itu bersandar lemah di dinding.

Handle? Kalaulah semudah itu! Dia nampak macam mana papa dan abang-abangnya kelam kabut keluar mencari lauk tambahan untuk dua puluh orang tetamu. Makanan tidak cukup sebab mama dan papa cuma lebihkan sepuluh pack sahaja. Semuanya sudah tersusun mengikut jumlah tetamu yang betul-betul hadir memandangkan majlis hari ini sekadar kecil-kecilan sahaja.

Ya Allah, kau nak tunjuk apa ni?

Aisya mengetuk-ngetuk telefon pintar miliknya di dahinya dengan perlahan.

"Chill, what happened?" tegur seseorang di sebelahnya. Aisya mengurut dadanya kerana terperanjat. Dia kalih pandang sebelah.

Wajah yang tidak dia kenali itu memandangnya sambil tersenyum, sebelah tangan itu memegang cawan kertas yang berisi air. Aisya kerut kening, macam mana tetamu boleh terlajak ke bahagian belakang rumah banglo keluarganya ni?

"This is a restricted area sir," tegur Aisya, mujur sahaja tiada adengan air mata terjadi ketika dia membuat panggilan sebentar tadi. Kalau tak buat malu saja.

"Oh, really?" lelaki itu memandang kiri dan juga kanan.

"Tak nampak pulak sign merah atau kuning tulis ni restricted area," kata pemuda itu selamba. Aisya ketap giginya.

"Sir, awak tak tahu hormat kawasan tuan rumah ke?" kata Aisya. Pemuda itu tersenyum lucu.

"Everything is going to be fine lady, your dad and your brothers handle your majlis very well," nada pemuda tersebut tenang, seperti cuba memujuk. Aisya terdiam sebentar, cuba menarik nafas tenang.

"You ni tetamu siapa ya?"

"Your brother?"

"Which one?"

"Along?" lelaki itu berkata lagi tapi masih dalam nada berteka-teki.

"Along's guest are being rude right now, can you please stay away from this area? Tak nampak ke bersepah ni?" Aisya pandang kawasan itu yang berselerak dengan kawah dan juga barang dapur di bawah kemah biru. Lelaki itu masih tersenyum, dia menyudahkan minumannya.

"Sorry lady, for being rude. I merely apologise, saya sebenarnya tumpang tandas tadi. Tak tahu lah, rumah awak ni besar sangat sampai tersesat saya. Tahu-tahu je keluar rumah tembus belakang ni," masih bernada selamba berbicara.

"Tipu! Kenapa ada air dekat tangan awak?"

"Entah, maybe saya bawak dari tandas tadi?"

Ya Allah, dari rasa nak bertenang dah tiba-tiba hati jadi geram. Wajah gadis itu memerah.

Aisya dengar lelaki itu ketawa pula, sebelum dia beredar meninggalkan Aisya yang menjadi tumpuan majlis hari ini.

Aisya picit dahi, kenapa banyak sangat benda jadi dalam satu masa ni!

Gadis itu kemudiannya berjalan keluar daripada tempat persembunyiannya, dia mencari wajah lelaki tadi.

Sedang berborak bersama Along dan juga abang-abangnya yang lain.

Eh, mesra betul?

Aisya baru sahaja ingin melangkahkan kaki ke arah khemah yang menjadi tempat berteduh lelaki asing itu dan juga abang-abangnya tetapi ada satu tangan menahannya.

"Cha, Cu Lida nak balik dah. Dia nak jumpa Cha," Asiah sudah menarik lengan itu supaya mengikutinya. Aisya keraskan tubuhnya.

"Kakak, makanan macam mana?"

"Makanan okay jelah Cha, jom lah."

Aisya kembali alihkan wajah menghadap khemah, lelaki asing itu tidak lagi berada di situ.

"Kakak, kenal ke..."

"Aisya! Tahniah sayang," Cu Lida datang menerpanya untuk berpelukan. Aisya tak sempat hendak bersoal jawab dengan Asiah dan setelah ahli keluarga besarnya tidak putus-putus menyapanya.

607 (Revamp)Where stories live. Discover now