Bab 51

21 3 0
                                    

"Bukan akulah Chacha, aku tak sempat pun nak tengok kau dekat hospital. Tahu-tahu kau dah balik," suara Raihanah dari hujung sana kedengaran geram. Aisya sentuh bibirnya dengan jari telunjuk, berfikir sejenak sebelum membalas.

"Okaylah, bukan kau. Family aku lah tu yang bagi bakul buah tu," kata Aisya berbohong. Aisya keluar daripada biliknya di tingkat tiga, menuruni tangga untuk ke ruangan bawah. Telinganya menangkap suara kakak iparnya dan juga anak buahnya yang petah berbicara.

"Okay, bye babe. Aku nak keluar jap," kata Aisya sebelum mematikan panggilan.

"Eh, Kak Mya? Abang Nash mana?" sapa Aisya. Aisya ingin tunduk mencium tangan Mya tetapi cepat sahaja Mya menahan.

"Jangan cium kitalah, kita sebaya, berapa kalilah nak pesan."

Aisya ketawa mendengar bebelan Mya, akhirnya dia peluk sahaja tubuh Mya.

Tangan-tangan kecil yang memeluk kakinya membuatkan Aisya menunduk memandang tiga kanak-kanak lelaki yang serupa itu.

"Triplets kesayangan Mak Cik," Aisya terus duduk bersila di situ. Memeluk anak buahnya yang masing-masing berusia tiga tahun.

"Cha nak kemana? Bersiap ni?"

Mya bertanya, baru perasan Aisya memakai tudung, berbaju kemeja putih dan berseluar baggy jeans berwarna hitam.

"Nak keluar," ucap Aisya. Anak sulung Nash dan Mya menghulurkan mainan kepadanya, leka dia melayan telatah anak buahnya itu.

"Keluar? Mama kata harini ada tetamu nak datang," kata Mya lagi, dilihatnya Aisya tidak melayannya kerana adik iparnya itu sibuk melayan anak-anaknya. Sudahnya Mya berlalu ke arah dapur untuk membantu urusan memasak. Ketika itu kelibat Datin Luthfiya menuruni tangga kelihatan.

"Mya rehatlah, penat jaga anak-anak," kata Datin Luthfiya kepada Mya.

"Takpe ma, Mya tolong apa yang patut. Ma, tu Cha kata nak keluar," jawab Mya, Mya alihkan wajah memandang Aisya, perlakuannya turut diikuti Datin Luthfiya.

"Ya Allah, Cha, Cha," Datin Luthfiya terkejut melihat Aisya yang berpakaian seperti mahu keluar berjalan.

Datin Luthfiya segera ke arah ruang tamu, dilihatnya anak gadisnya itu sedang bermain-main bersama cucu-cucunya.

"Cha, nak kemana?"

"Keluar," jawab Aisya, tangan masih mencantum mainan dihadapannya untuk membentuk bangunan.

"Awak baru je sihat Cha, harini duduk je rumah. Tuan Baha nak datang."

Aisya pandang mamanya yang bercekak pinggang, terus menuturkan bicara, "Cha nak keluar. Dah janji."

"Janji dengan siapa?" tanya Datin Luthfiya.

"Diri sendiri," jawab Aisya.

Zarif, si bongsu ketawa secara tiba-tiba. Tangan kecil itu ditepuk, bangga bila melihat bangunan terbentuk. Aisya cuit sedikit pipi anak buahnya, suara Nash memberi salam menggamit perhatiannya dan juga anak-anak buahnya.

"Abang Nash, Cha nak keluar ni. Jaga your triplets."

Aisya segera bangun, menyalami tangan abangnya yang terpinga-pinga.

"Eh, kata ada tetamu nak datang?" tanya Nash, aneh melihat adiknya yang bersiap seperti mahu keluar berjalan.

"Cha, janganlah buat hal."

607 (Revamp)Where stories live. Discover now