Bab 44

58 3 6
                                    

Makanan dihadapan mata dikuis sekejap, dimain-mainkan dengan garfu. Tak lama setelah itu keluhan terlepas dari bibirnya.

Raihanah jungkit kening sebelah, mengunyah makanan sebelum kaki Aisya ditendang perlahan menggunakan hujung kakinya.

"Aduh!"

"Kau kenapa perempuan?" tanya Raihanah.

"Kau tu kenapa tendang aku?" Aisya usap betisnya yang ditendang Raihanah. Raihanah berdecit.

"Bukan sakit pun, aku tendang perlahan," dalih Raihanah. Aisya putar bola matanya ke atas tanda menyampah.

"Kau tu, kata lapar sangat lepastu bila dah ada makanan depan mata termenung pulak, apa masalah kau ni?" kasar Raihanah menegur. Aisya buat muka menyampah, disuap nasi ke dalam mulut dalam keadaan terpaksa.

"Ada orang masuk meminang kau ke?"

"Uhuk uhuk," Aisya segera mengambil gelas tinggi di atas meja. Raihanah tersenyum jahil.

"Betul lah?" tanya Raihanah.

Aisya segera menelan air ke dalam kerongkong, ingin membalas kata-kata Raihanah, "kau ni Nana! Tahu aku pantang betul bila ada yang sebut pasal meminang ni."

"Chacha, kau tu dah masuk tiga puluh tahun. Dah dua tahun dah sejak Hafiz putus dengan kau, jadi boleh chill tak?"

"Tak boleh!"

"Apa yang susah sangatlah dengan kau ni, ada je lelaki yang elok kat luar sana cuma kau kena bukak hati," Raihanah pandang wajah Aisya yang berkerut itu. Digeleng sedikit sebelum kedua sudu dan garfu terletak elok di atas meja.

"Cakap aku, kau pun sama je. Kau dengan aku, pengerusi dan naib pengerusi club single se-Malaysia."

Aisya sandarkan tubuh pada kerusi, disilangkan tangannya di dada, "kita tengah bercakap pasal Aisya Zinnirah, bukan Nur Raihanah."

Ucapan Raihanah itu tidak dibalas.

"Sebab aku bukak hatilah, aku experience hubungan yang merosakkan hati tahu tak?"

"Kau dengan dia tu, ujian dalam percintaan. Sekarang kau dah ada pengalaman, jadilah seorang yang matang dalam hubungan."

Aisya mengeluh kecil, sebelum menyambung, "tak semudah itu. Kau tahu, bila kita dah masuk early 30s not many man sanggup beristerikan perempuan yang berkarier macam kita."

Raihanah ingin membalas sehingga akhirnya jeda yang terjadi antara mereka.

Entah apa yang lelaki takutkan sangat apabila melihat seorang perempuan berkecimpung dalam bidang profesional. Dia sendiri sudah memegang jawatan senior engineer di sebuah syarikat servis telekomunikasi di Kuala Lumpur. Aisya pula, sedang dalam persediaan untuk menyambung pengajian dalam bidang pembedahan am.

Atau mungkin, lelaki-lelaki yang baik dan memahami sudah pun berkahwin.

Hanya sahaja mereka berdua yang terlambat dalam mencari calon suami.

Raihanah pandang wajah Aisya lagi, mereka berdua masih termenung.

"Akan ada lelaki yang soleh, sayang kita sebaiknya."

"And don't let others define our happiness, just by having a man. As club single se-Malaysia had said. Shall we?"

Aisya akhirnya tersenyum, mengangguk setuju.

607 (Revamp)Where stories live. Discover now