Bab 28

30 3 2
                                    

Iris mata lelaki itu tidak lari dari terus melihat setiap gerak geri si gadis. Ketika itu lengan Julia digenggam perlahan, menahan anak buahnya itu dari terus berjalan menghampiri Aisya.

"Momo, you ada buat benda salah ke?" terus sahaja Julia menyoal. Momo mengeluh perlahan, dia menggeleng tanda tidak pasti.

"Kakak tiba-tiba termenung, Momo cakap apa dengan dia?" gadis itu tidak tahu apa yang terjadi antara Aisya dan pak ciknya di dalam kereta api laju. Aisya termenung seperti banyak berfikir.

Momo pandang wajah Julia bersama renungan lembut, dia menggeleng lagi, "Momo cuma berbual dengan dia."

"Pasal apa?"

"Hal orang dewasa, tak payah lah Juju tahu."

Julia merengus marah, "kalau kakak termenung dan moody macam hari pertama dia dekat Jepun, siap Momo!"

Amaran Julia dibalas bersama anggukan lucu, dalam pada itu hati Momo masih terpalit rasa serba tak kena dengan perubahan sikap Aisya. Apa yang dia cakap sebelum ini, salah ke?

''''''''''''

Bicara Momo tidak salah sama sekali, malahan semakin membuatkan Aisya tenggelam dalam fikirannya.

Antara iman dan juga basirah, memang itu yang sepatutnya menjadi panduan dalam hidupnya bagi mengenal erti cinta. Tuhan tidak pernah melarang hambanya untuk mengecap kebahagiaan dengan mencintai lawan sejenis, panduan juga telah tertulis di dalam Al-Quran.

Aisya raup wajah perlahan, solat malamnya tidak pernah dia tinggalkan selama dia di Jepun. Tujuannya berkelana di Jepun juga adalah untuk mencari jawapan. Setiap satu tingkah laku Hafiz dan juga keluarga tunangnya itu disambung bagaikan puzzle, mindanya melayar satu persatu kejadian demi kejadian.

Aisya beristighfar dan berzikir lama, hatinya memang rawan memikirkan hal jodohnya tetapi kepentingan diri harus dijadikan hal utama dalam semua hal.

Agama dan adab yang akan membentuk dirinya sebagai seorang isteri dan juga ibu kepada anak-anaknya kelak, dan kedua perkara tersebut perlu dibimbing oleh suaminya.

Gadis itu teringatkan peristiwa di mana dia dan Hafiz bertengkar disebabkan waktu solat.

"Hafiz, kita solat dulu. Waktu singkat," pesan Aisya ketika dia dan tunangnya bertemu di ruang tamu rumah milik Haji Zainal.

"Saya ada meeting malam ni, boleh tak kita solat dekat RnR?" tanya Hafiz. Dia jeling jam di tangan, sudah jam tujuh malam. Hafiz jadi resah sendiri, kalau tak kerana mak yang memaksa dia dan juga Aisya untuk datang ke Rembau sempena rumah terbuka mak dan juga abahnya sudah lama dia tidak pulang.

"Meeting apa malam-malam macam ni?" soal Aisya, wajahnya sudah berkerut seribu. Pelik dengan tingkah laku tunangnya.

"Awak tahu kan saya tengah usaha nak kumpul duit kahwin kita?" masih lagi menyoal antara satu sama lain.

"Jadi?"

Hafiz merengus perlahan, "saya dengan kawan-kawan tengah invest untuk start up baru kami Aisya," jelas Hafiz. Memang sekarang dia tengah bertungkus lumus buat dua kerja dalam satu masa sampaikan dia letih tak tertanggung.

Aisya hela nafas lembut, dia angguk perlahan, "jom, kita gerak sekarang."

Hafiz garis senyum sedikit, lelaki itu cepat-cepat mengambil barangnya yang ditinggalkan di dalam bilik bujangnya. Aisya bergerak menghampiri Hajah Rosiah yang sedang melayan tetamu.

"Kami nak balik dah mak," kata Aisya. Jelas kelihatan wajah Hajah Rosiah berubah tak senang, Aisya sekadar tersenyum ala kadar.

"Awalnya?" Hajah Rosiah bangun berdiri, digenggam lengan tunangan anak lelakinya.

607 (Revamp)Où les histoires vivent. Découvrez maintenant