Bab 15

33 4 0
                                    

"What is your guest's name?"

"Tetamu? Yang mana pula?"

"That one guy yang pakai baju kemeja warna merah tu," Aisya tak putus asa, dia mahu selidik siapa lelaki yang tiba-tiba muncul di sebelahnya siang tadi. Bersama kemeja merah hati dan seluar jean hitam, yang Aisya ingat rambutnya ikal panjang sehingga hujung rambut mencecah kolar baju.

Majlis pertunangannya tamat sewaktu Asar. Keadaan yang kelam kabut jadi tenang ketika Aisya memunculkan diri kembali setelah dia bersembunyi di belakang rumah, dalam hati bersyukur dan gembira kerana kata-kata lelaki asing itu benar dan bukan sekadar untuk menyedapkan hatinya.

Bukan juga sekadar bermulut manis.

"Oh, kawan lama Along tu. Along memang jemput dia sorang je, Cha pun tak kisah kan Along jemput kawan? Kenapa tanya?"

Aisya hela nafas perlahan, takkan nak bagitahu Along pula perangai tak sopan tetamu yang dijemput Along. Dia tahu sangat, kalau Along jemput kawan untuk majlis keluarganya maknanya tetamu itu seorang yang sangat dipercayai sementelah Along tak punya ramai sahabat yang rapat.

"Cha marah ke?" tanya Uthman kepada adiknya. Aisya menggeleng perlahan.

"Along dah lama tak jumpa dia, dia pun baru sambung study dekat UK. Alang-alang dia balik Malaysia sekejap, Along jemput dia datang rumah untuk majlis Cha. Along harap Cha tak marah Along jemput dia," sekali lagi suara Uthman memohon maaf kepadanya. Aisya bukannya bengang sebab Along jemput dia, Aisya cuma...

Aisya sebenarnya bengang dengan sikap selamba lelaki itu, yang muncul entah dari mana dan entah-entah lelaki itu dengar perbualan antara Aisya dan juga tunangnya.

"Cha tak marah Along," jelas Aisya.

"Habis, sampai nak tahu nama segala?" Uthman jungkit kening, Aisya mencebik.

"Takpelah, Cha tak berminat dah nak tahu. Cha nak naik atas," Aisya berlalu meninggalkan abang sulungnya itu dalam tanda tanya. Hati ingin bertanya lebih lagi tetapi malaslah nak bersoal siasat dengan Uthman. Gadis itu melangkah ke arah tangga rumah, telefon pintarnya di dalam poket bergetar menandakan ada pesanan yang baru masuk.

Hafiz: Sayang, marah lagi?

Aisya memandang kosong telefon miliknya, geram sungguh apabila Hafiz memanggilnya 'sayang'. Sedangkan Aisya sudah berulang kali tegaskan, dia tidak suka melepasi batas sebelum hubungan mereka benar-benar sah dan halal.

Prinsip Aisya dalam hubungan, seharusnya Hafiz hormat permintaannya.

Jika orang lain boleh terima dan tersipu malu, tidak bagi Aisya.

Bukan kerana Aisya fikir "I'm not like any other girls!"

Aisya penat mahu berbahas jika ada yang bertanya akan tindakannya, prinsip yang dia pegang namun dia percaya masih ada lagi wanita lain yang memegang prinsip yang sama dengannya. Yang mahu menjaga diri dari segala fitnah dan keburukan.

Entah berapa kali hari ini Aisya mengeluh, dia sendiri tidak pasti dan sekali lagi Aisya melepaskan keluhan.

Kalau ada Raihanah bolehlah dia bergosip sampai tengah pagi.

Raihanah berkeras mahu tidur di hotel berdekatan sedangkan boleh sahaja rakan baiknya itu tumpang bermalam di rumahnya. Macamlah tak biasa, dia sendiri tidak tahu kenapa rakannya itu meminta untuk beransur pulang.

"Kau rilek je Chacha, mesti ada hikmahnya," kata Raihanah ketika rakannya itu kelam kabut menguruskan majlisnya.

"Yaya, pujuk adik kau ni. Kusut je aku tengok," Raihanah membebel lagi. Asiah tersenyum mendengar bebelan rakannya itu. Aisya rasa pelukan erat kakaknya.

607 (Revamp)Where stories live. Discover now