Bab 45

23 3 0
                                    

Doktor muda itu mencatat beberapa informasi di buku rekod pesakit. Setelah selesai bermesyuarat bersama doktor pakar bedah am dan doktor pakar jantung setengah jam yang lalu, lelaki itu menghabiskan masa di dalam bilik yang baru dihuninya hampir dua bulan yang lalu.

"Eh, you tak makan lagi ke?" suara seseorang kedengaran di hadapan biliknya, Qadri angkat kepala dari menghadap skrin komputer. Bayang seorang wanita di sebalik cermin kaca di pintu kelihatan.

"Jom lah, I belanja..." perlahan-lahan suara itu hilang selari dengan berlalunya bayang wanita tersebut. Suara Aisya. Qadri sandarkan tubuhnya ke belakang, tangan disulam sesama sendiri. Senyuman terbit di bibirnya.

"Doktor, I rasa kita kena refer CS jugaklah," Aisya sangkut stetoskop diantara leher yang berbalut tudung. Dipandang wajah Qadri yang berkumis nipis itu, nampak serius dan profesional. Berbeza sewaktu di pantri tiga minggu yang lalu. (CS= Cardiothoraric surgeon = pakar jantung)

"Kenapa you rasa macam tu?"

"I rasa pesakit ni need another treatment jugak, kita tunggu CT scan. His heart rate pun below normal ni, could lead to tachy-brady," jelas Aisya. (CT Scan= Computed Tomographic Scan)/ (tachy-brady=trachycardia bradycardia = fast or slow heart rate)

Qadri menggeleng tidak bersetuju, dia bersuara "and our patient rasa sakit after he ate. You tak rasa sebab lain?"

Aisya kerutkan dahi, Qadri menyoal lagi, "rasa-rasa are not good for our decision making. You pernah dengar angina?" (angina= rasa sakit di dada disebabkan kekurangan pengaliran darah ke salur darah jantung)

Soalan Qadri itu dibalas bersama anggukan kecil, "go and study about it more."

Qadri berkata sambil mengambil catatan klinikal dari tangan Aisya. Aisya menjuih bibir tanda geram.

"Kerek gila," kata Aisya perlahan. Dia mengikuti langkah Qadri, hari ini rasmi Aisya dan Qadri ditugaskan bersama untuk merawat pesakit yang sama. Pesakit yang ada sejarah pembedahan hempedu.

Qadri berhenti daripada melangkah, dia berpusing menghadap Aisya yang rendah darinya. Aisya angkat kening, bersama senyum nipis.

"Meanwhile I akan contact CS, I agree with your concern."

Qadri tersenyum sedikit melihat reaksi doktor di hadapannya. Lelaki itu terus berlalu pergi daripada wad, meninggalkan Aisya yang sudah beriak geram. Bukannya Qadri tidak mendengar suara Aisya yang menggelarnya kerek.

Bunyi ketukan di pintu biliknya menyedarkan Qadri dari terus mengingat peristiwa pagi tadi. Muncul wajah seorang jururawat yang bertugas di Jabatan Radiologi, masih muda dan Qadri  pasti jururawat perempuan itu jauh lebih muda darinya.

Nampak jururawat itu seperti malu-malu dan tersenyum sipu, Qadri pamer wajah serius, "yes?"

"CT Scan pesakit wad 4A dah keluar," kata jururawat itu.

Qadri menggeleng bersama senyuman ringkas, "you can just call me through this. Tak payah susah-susah datang bilik saya. Thank you," kata Qadri sambil mengangkat gagang telefon pejabat, menunjukkan ada pilihan lebih mudah untuk jururawat itu memberitahu perihal tersebut.

Berubah sedikit wajah jururawat itu, gadis itu mengangguk sebelum menutup pintu pejabat itu.

Qadri lepaskan keluhan, kesal dengan sikap diri sendiri yang nampak kasar tetapi itulah dia. Tidak mudah mesra.

'''''''''''''''''

Qadri keluar daripada biliknya ketika kelibat Aisya melepasi tubuhnya untuk ke lif. Lelaki itu turut menuju ke arah lif.

Pemuda itu perhatikan langkah si gadis. Jalannya kelihatan yakin, tidak menunduk dan sentiasa memandang hadapan.

Penampilan Aisya juga menarik perhatiannya, sentiasa bersama sneakers jenama Sketchers, berseluar slack, kemeja longgar dan labuh serta tudung bawal berpin ringkas. Sopan dan sederhana.

Tak lupa juga totebag comel di bahu.

Qadri dan Aisya memasuki lif bersama-sama.

'Apa pasal lah masa aku naik lif je, mesti ada Dr Qadri?' bisik hati Aisya. Gadis itu menekan butang G, dia menunggu Qadri menekan mana-mana punat tetapi tiada gerakan daripada bakal pakar perubatan tersebut.

Aisya jeling sebentar Qadri, dan mata itu sedang memandangnya. Aisya berpaling ke hadapan semula.

"Dr Qadri tu tak kahwin lagi kan?"

"Ye, sayangnya dah masuk tiga puluh lebih tapi tak kahwin lagi."

"Eleh, dia pun sombong. Memang tidaklah ada perempuan yang suka dia."

"Kau sebenarnya sedih kan Dr Qadri tak layan kau?" suara jururawat bagi Jabatan Radiologi kedengaran di kaunter ketika Aisya turun dari wadnya untuk ke jabatan tersebut.

Aisya melamun mengingat perbualan jururawat tersebut. Sejujurnya, dia separuh bersetuju dengan kata-kata jururawat tersebut, separuhnya lagi dia keliru.

Nak kata Dr Qadri sombong sangat, tak juga.

Dr Qadri seperti meletak tembok untuk tidak melebihi batasan. 

Habis, yang dia kata aku cantik tu apa?

Aisya gelengkan kepala apabila memori di pantri menjamah minda, muka terasa panas.

Qadri mengerutkan kening melihat tingkah laku janggal Aisya yang menggelengkan kepala beberapa kali. Lelaki itu mendekati Aisya, berdiri betul-betul di sebelah gadis itu.

"Dr Aisya, are you okay?"

Aisya pandang lelaki itu yang kini berada di sebelahnya. Serasa mahu putus nafas saat ini, terperanjat dengan kedudukan mereka. Bila masa pula Dr Qadri berdiri sebelah ni?

Mujur sahaja tidak terlalu rapat.

"I okay, err," kekok Aisya menjawab. Qadri kelihatan sedikit risau ketika itu.

"You dah makan ke?"

"Tengah hari dah, after that belum," balas Aisya.

Qadri mengangguk sedikit, "you pening ke? Masuk angin?"

"Eh, I okay. Don't worry."

Aisya jarakkan sedikit tubuhnya, kekok rasanya menerima keprihatinan lelaki itu.

Qadri ingin terus bertanya tetapi dia memilih untuk mengangguk sahaja, sedar dia sudah melebihi had. Tidak mahu membuatkan Aisya berasa tidak selesa.

"Er doktor," seru Aisya perlahan. Qadri yang lurus memandang pintu lif itu mengalihkan perhatian kepada Aisya sebentar.

"I agree with you, patient gallbladder tadi tu memang need fast treatment lah. And macam mana doktor tahu dia kena angina?"

Qadri tergelak kecil, bunyi lif berdenting menandakan tingkat yang mereka tuju sudah tiba.

"Kita bincang esok boleh? You need some rest," mereka berdua jalan berdua ke arah parking staf.

Aisya tersenyum mendengar permintaan Qadri, kelihatan lesung pipit di sebelah kiri dan kanannya. Faham dengan permintaan rakan sekerjanya itu.

"And I need some rest too," kedua mereka berhenti di hadapan kereta Myvi putih. Qadri tahan beg sandang belakang yang hampir melurut jatuh di bahu kanan sambil tangan kiri diseluk ke dalam kocek seluar slack hitamnya.

"If you insist, then I balik dulu," Aisya ingin masuk ke dalam keretanya. Qadri hanya mengangguk, detak jantungnya terasa tenang melihat gaya Aisya yang terlalu bersederhana itu.

"Doktor," seru Aisya perlahan.

Qadri yang masih setia menanti di sisi keretanya itu kelihatan sedang tersenyum lembut kepadanya, gadis itu mendongak memandang tubuh tinggi Qadri. Liur ditelan kasar.

Jeda sebentar antara mereka.

Aisya hela nafas rendah, dia menggeleng sedikit bersama senyum nipis, "hati-hati balik. Jumpa esok."

607 (Revamp)Where stories live. Discover now