Bab 21

35 4 3
                                    

"Cik Aisya duduk dengan Julia ya? Julia okay ke, tak duduk sekali dengan Momo?"

Aisya betulkan tali pinggang, dia memandang Afzan dan mengangguk perlahan. Senyuman manis terukir di bibir.

"Saya okay," Aisya membalas ikhlas. Gadis di sebelahnya dipandang sebentar, melihatkan Julia yang masih tidak memakai tali pinggang dengan benar Aisya panjangkan tangan untuk membantu.

"Terima kasih kakak," ucap gadis bertubuh genit itu. Aisya tersenyum.

"Sama-sama Juju," balas Aisya ceria.

"Ehh, kakak tahu nama Juju?"

"Tahulah sayang, you shout your name from a far tadi," usik Aisya. Julia ketawa, dia angguk bersetuju.

"How old are you Juju? Pergi Jepun dengan ayah je?" tanya Aisya. Dia tersangatlah curious dengan hubungan antara Julia dan juga lelaki yang bergelar Momo itu. Nak kata ayah macam muda lagi saja pemuda tersebut, rasanya Julia macam dah jadi anak gadis.

"Momo tu uncle Juju lah, and I'm sixteen this year," Julia menggeleng-geleng menidakkan.

"Oh, your uncle," Aisya berkata perlahan.

"Uncle Juju tu, muda lagi, umur dia..." belum sempat Julia memberitahu, Momo datang menahan.

"Juju, please don't simply sell my name and private informations to a stranger," Momo letakkan tangan pada kepala kerusi. Menghadang laluan keluar untuk bahagian tempat duduk Aisya dan juga Julia. Aisya memandang lelaki itu, dalam hati mengutuk nama si pemuda. Memang tak sesuai lah nama Momo dengan penampilan lelaki di hadapannya.

Berjambang penuh bersama rambut panjang separas bahu. Oh Tuhan! Macam mana boleh hidup dengan gaya macam ni? Aisya memang tak selesa dengan lelaki yang berjambang penuh, nampak sangat garang dan tak mesra alam. Mujurlah fashion taste lelaki tersebut seperti orang kebanyakan. Memakai baju sweatshirt kosong berwarna baby blue dan berseluar jean biru pekat.

"Judging me?" Momo jungkit kening sebelah, dia lihat mata gadis bertudung selendang warna salmon itu ligat memerhatinya. Aisya tersentak, cepat-cepat dia alihkan wajah ke hadapan. Momo senyum sinis, dia pandang wajah Julia yang berada di sebelah Aisya.

"Juju, behave okay. Momo duduk depan tu je, anything panggil Momo," pesan Momo. Julia mengangguk patuh. Momo alihkan pandangan kepada Aisya kembali.

"And lady, may I pass my amanah to you for this 11 hours and 50 minutes? Could you take care of my niece? Dia tak familiar naik kapal terbang," mohon Momo kepada Aisya. Aisya angkat mukanya memandang lelaki di hadapannya itu. Aisya hela nafas lembut.

"Boleh, insyaallah," Aisya ukir senyum nipis.

Lelaki itu membalas bersama anggukan, "anything just call me."

Momo bergerak ke bahagian tempat duduknya kembali, selang dua baris di hadapan mereka. Keadaan kekok untuk diri Aisya beransur hilang apabila Momo tidak lagi berada di hadapannya.

"Momo tu, orang suruh potong rambut dengan jambang serabut dia tak nak," kata Julia tiba-tiba. Aisya palingkan wajah ke arah kanannya, Julia yang duduk di bahagian tingkap itu sedang memuncungkan mulut. Aisya ketawa perlahan.

"Kakak tengok dia lama-lama pun sebab kakak pelik kan dengan dia?" tanya Julia kepadanya. Aisya berdehem sedikit, kantoi pula dengan gadis bawah umur di sebelahnya.

"Momo tu handsome tau, tapi semenjak duduk luar negara macam tak terurus," bebel Julia lagi. Aisya sekadar mendengar.

"Kakak pun cantik," ucap Julia, kedengaran ikhlas. Gadis berusia enam belas tahun sememangnya berasa senang dengan kehadiran Aisya walau pertama kali bersua.

"Kalau kakak dengan Momo..."

"Sorry to dissapoint you sweetheart, I'm already engaged," Aisya angkat jari manisnya yang tersarung cincin. Julia tangkas menarik jari runcing itu.

"Kakak dah bertunang? Alah," Julia berkata hampa. Spontan senyuman lemah di bibir Aisya terukir. Teringatkan hubungannya, buatkan hati Aisya dilanda rasa sebal.

Aisya bersuara dengan nada mengusik, "aik, nak kenenkan kakak dengan uncle awak pulak?"

"Mana tahu, kalau jodoh. Aii, seronoknya kalau Juju dapat aunty macam kakak," teruja Julia menuturkan.

"Amboi, cepatnya percaya dekat kakak?" soal Aisya. Pengumuman daripada pihak cabin crew mula kedengaran. Penerbangan ke Jepun bakal berlepas lagi beberapa minit.

Ketika itu tubuh Julia mendekat, berbisik di sebelah telinganya.

"I don't know, I love your vibes kakak and you smell nice. Feels like home."

''''''''''

"Juju, come here. Ambik beg awak ni, Momo tak larat nak angkat. Bawak apa banyak-banyak ni?" Momo membebel dari selang jarak beberapa meter. Aisya sekali lagi tidak dapat menahan sengihan lucu.

Aisya rasa sifat Momo sangatlah unik.

Rombongan percutian Japan-Malaysia Trip Sapparo mereka telah selamat sampai di Lapangan Terbang New Chitose Sapporo pada jam sebelas pagi dan kini masing-masing sedang menunggu bagasi diturunkan dari kapal terbang. Gadis itu mengangkat bagasi miliknya yang keluar daripada mesin berpusing di hadapannya. Beg bersaiz medium, 27 inci itu diletakkan di atas lantai. Mujurlah beg tersebut tidak berat, sengaja dikosongkan separuh bahagian untuk mengisi cenderamata dan pembelian sepanjang di Jepun.

"Momo tu membebel je, penatlah dengar," Julia menarik bagasi besarnya. Ditarik dalam keadaan sudut darjah 90ᵒ supaya beban tidak terasa berat. Dia menyauk lengannya di antara lengan Aisya.

"Juju, kakak pun bawak dua beg ni. Kena ambik troli ni," Aisya lepaskan tangan Julia, susah untuk dia menarik dua bagasi dalam satu masa yang sama.

Sekarang Aisya menyesal tak ikut cakap Asiah untuk dia bawa satu bagasi besar sahaja dan padatkan. Kenapalah dia keras kepala, bukannya gadis itu tidak biasa ke luar negara.

Di saat itu, Aisya rasa bagasinya ditarik seseorang, Aisya palingkan muka kearah kirinya, gadis itu menahan tubuhnya daripada terus bergerak. Momo mengangkat kening sebelahnya ketika melihat reaksi si gadis. Dia tertunduk sedikit memandang Aisya yang lebih rendah darinya, dalam kepalanya sedang meneka ketinggian Aisya.

167 cm? 165 cm?

"Mind if I help you?" tanya Momo.

"Barang Juju, Momo tak tolong tolak pun?" soal Julia tidak berpuas hati. Momo menggeleng  mendengar suara Julia, ada sahaja budak kecik ni.

"You have one more hand, and this lady lost her two hands already."

Momo berkata sinis. Wajah Aisya jadi memerah, masih menahan bagasinya dari ditarik lelaki itu. Julia ketawa kecil.

"This lady has a name, it's Aisya and no thanks, I ambik troli je," kata Aisya, walau wajah masih terasa panas dia pamerkan wajah stone cold-nya kepada Momo. Momo lorek senyum nipis, tersembunyi di sebalik jambangnya.

"If you say so, then, jom Juju," Momo menarik lengan Julia untuk mengikuti langkahnya. Julia sekadar mengikut, sambil itu dia sempat berpaling melihat Aisya yang terkial-kial menarik dua bagasinya.

"Momo, pergilah tolong kakak. Kesian dia," ucap Julia. Momo melepaskan keluhan.

"Dia yang tak nak," Momo menjawab senada. Dalam pada itu sempat juga dia berpaling melihat keadaan Aisya. Jalan gadis itu jadi perlahan disebabkan kedua bagasi di sebelah kiri dan kanan.

Momo menegadahkan kepala ke atas sebentar, dia menggeleng perlahan.

"Juju, wait here," Momo terus meninggalkan Julia, mereka sudah semakin hampir di pintu ketibaan di Lapangan Terbang New Chitose Sapporo, rombongan mereka yang lain sudah terkehadapan berjalan.

Julia perhatikan langkah Momo yang cepat, pak ciknya itu berbual sebentar bersama Aisya dan dia lihat bagasi milik Aisya sudah bertukar tangan. Julia tayang sengih.

"This is really interesting," kata Julia seorang diri. 

607 (Revamp)Where stories live. Discover now