Bab 43

26 3 0
                                    

Dato' Naufal perhatikan Aisya yang berjalan laju sebaik sahaja pintu rumah dibuka. Nampak langkah anaknya itu dipenuhi rasa marah. Dato' Naufal menggeleng melihat tingkah laku anak gadisnya itu.

"Cha, it's been two years lah," suara Dato' Naufal mematikan langkah Aisya yang sudah pun menaiki anak tangga. Aisya berpaling melihat kedua ibu bapanya dan juga Anisa yang berdiri di ruang tamu, mendongak memandangnya.

"Two years? Yes, it does feel so long, but no! Two years just felt like yesterday to me!"

"Cha, awak yang kata bagi awak masa untuk sembuhkan diri. Mama dan papa dah bagi masa, and you are turning thirty this year!" kali ini Datin Luthfiya pula bersuara. Geram sungguh melihat anak gadisnya itu.

"Oh come on! Three years ago, mama dan papa suruh Cha kenal dengan Hafiz bila dia merisik and the ending wasn't like all of us expected. Sekarang nak Cha kenal dengan Tuah tu pulak? Tak serik ke?"

"Kak Cha!" jerit Anisa. Aisya mendengus sambil membalas pandangan mata Anisa bersama mata yang garang melingas.

"Cha, kalau tak jadi kami takkan paksa bila Cha tak nak. Ingat, dulu Cha ada pilihan untuk tolak risikan Hafiz," balas Dato' Naufal.

Aisya mengetap bibir geram, "now it was my fault? Yes, it is always my fault."

Gadis itu terus berlari menaiki anak tangga dan biliknya di tingkat paling atas sekali dituju.

"Don't talk to me for two days!"

'''''''''''''''''''''

"Aisya! Dr Aisya!"

Aisya tersedar daripada lamunan tentang pergaduhannya bersama keluarganya, doktor muda itu memandang wajah-wajah yang memerhatinya. Terkebil-kebil Aisya ketika itu sebelum pandangannya jatuh kepada pesakit yang berada di atas katil.

"Are you okay? This is really not you," Dr Tafir menegur bawahannya itu. Aisya termenung ketika rounds? Sungguhlah bukan Dr Aisya.

Qadri yang berdiri di sebelah Dr Tafir turut memandang Aisya yang seperti baru sahaja tersedar dari mimpi. Iris hazel itu kadang-kala lari entah ke mana-mana, dan lelaki itu masih memerhati tingkah laku Aisya.

Dr Tafir menggeleng melihat tingkah Aisya, dia memandang pesakitnya.

"Pak cik ada soalan?" tanya Dr Tafir kepada pesakit yang diberi penjelasan tentang prosedur pembedahan yang bakal berlangsung pada hari esok. Pesakit berusia 50-an itu menggeleng, lelaki itu tersenyum perlahan.

"Saya akan selamat kan Dr?" soal pesakit tersebut.

Berulang sejuta kali sekalipun soalan itu, tetap buatkan hati Aisya tersentuh. Dipandang sebentar wajah pesakit tua itu, sebelum matanya teralih kepada Qadri dan mata mereka bertemu. Aisya kembali melarikan iris hazelnya.

"Insyaallah, selamat pak cik."

''''''''''''''

Aisya dan para doktor yang sudah selesai melakukan rounds keluar daripada wad. Masing-masing ingin meneruskan tugasan setelah rutin rounds.

"Doktor okay ke?" tanya Hanisah, H.O yang turut mengikuti perbincangan bersama pesakit pada pagi ini.

Aisya tersenyum lembut membalas soalan Hanisah, "saya okay. Mengelamun sekejap tadi."

"Dr dah breakfast?"

"Dah," balas Aisya, yang sebenarnya dia tipu.

Masih mogok dengan mama dan papa, makan pagi tadi tidak dijamah langsung. Sudahnya dia keluar seawal pagi.

'Macam budak-budak!' kutuk Aisya sendiri. Memang rasa macam tak berperangai matang tetapi Aisya betul-betul makan hati dengan idea Dato' Naufal dan Datin Luthfiya.

"Kalau Dr Aisya nak join kami boleh je, kami ada dekat kafe."

"Sure," jawab Aisya. Hanisah berlalu meninggalkan Aisya yang menuju ke pejabatnya. Gadis itu duduk di tempatnya, mahu menyambung kerja tetapi perut mula berkeroncong.

"Apa kenalah dengan kau ni Cha?" kata Aisya sendirian. Sudah mula rasa tak selesa dengan perut yang berbunyi, Aisya akhirnya mengambil keputusan untuk ke pantri bagi mengisi perutnya.

Perut dipegang sekejap, pantri semakin dekat dan doktor itu segera masuk ke dalam ruangan yang disangka tak berpenghuni itu.

"Shot, ada Dr Qadri!" kata Aisya perlahan.

Aisya terhenti di muka pintu, sangkanya kosong tetapi dia nampak Dr Qadri sedang membancuh air.

"Relaks Cha," masih berbisik sendiri, Aisya berjalan ke arah kabinet yang berisi paket minuman segera dan biskut.

Sedar akan kehadiran Aisya, Qadri yang selesai membancuh memusingkan tubuhnya menghadap Aisya, menghirup air kopi di dalam mug sambil bersandar di kabinet lantai. Aisya kelihatan bersahaja, Qadri sembunyi senyum.

"Tak turun makan?"

Aisya kalihkan muka melihat Qadri, lelaki itu memakai kaca mata, bersama rambutnya yang ikal bersikat rapi ke belakang dan berbaju kemeja hijau.

'Sejak bila dia pakai cermin mata?' seminggu berlalu, dia tidak perasan lelaki berkumis nipis itu pernah menggayakan kaca mata pada wajahnya.

Qadri jungkit kening, menunggu balasan Aisya.

"Not in the mood nak makan," jawab Aisya senada. Jantungnya tiba-tiba berdebar melihat gaya selamba practitioner specialist di sebelahnya itu.

Qadri letakkan mug di atas kabinet, masih memandang Aisya. Tangan halus itu sedang merendamkan uncang teh dan diangkat beberapa kali sebelum uncang tersebut dibuang.

"Sugar?" tanya Qadri.

"No need, I prefer tea without sugar."

Pemuda itu tersenyum sedikit, refleks. Aisya angkat mug yang panas berisi air teh tanpa gula, dihirup sedikit dan iris hazel itu berbalas pandang dengan iris coklat pekat milik Qadri.

"I hope we can work together, really well," kata Qadri tiba-tiba. Mug ditangan Aisya pegang kemas supaya tidak terjatuh kerana terkejut mendengar ucapan Qadri.

"And I'm sorry for my rudeness, it is my fault."

"The word 'oh' was not a great start for us."

Aisya terpana, mudah sungguh lelaki itu menebak rasa kedangkalan di dalam dirinya.

"And yes, you are smart and wise as I heard before."

Qadri dekatkan tubuh pada singki, sehingga badannya hampir dengan Aisya yang berdiri berdekatan singki. Dibasuh mug dan diletakkan di tempat asalnya.

"And you, are beautiful, as I ever heard."

Aisya terpaku di situ. Qadri dilihatnya berlalu meninggalkan pantri, meninggalkan Aisya yang terdiam tak membalas.

Ma! Pa! Apa ni!

''''''''''''''''''''

Your eyes whispered, "Have we met?"

'Cross the room your silhouetteStarts to make its way to meThe playful conversation startsCounter all your quick remarksLike passing notes in secrecy

And it was enchanting to meet you

All I can say is, I was enchanted to meet you

Enchanted - Taylor Swift

607 (Revamp)Where stories live. Discover now