Bab 4

36 5 0
                                    

Aisya tak sangka pertemuan selama lima belas minit bersama Hafiz di kenduri kahwin Adli akan mengarah ke situasi sekarang. Hati Aisya jadi tidak keruan untuk menghabiskan syif berkerja pada hujung minggu itu. Perbualannya bersama Dr Hassan juga berakhir tanpa konklusi, segalanya dibiarkan tanpa jawapan. Rasa serba salah mencengkam hati Aisya ketika itu, terfikirkan ucapannya yang mencabar keberanian Hafiz dan juga luahan Dr Hassan yang baginya kedengaran begitu ikhlas.

Kenapa bila Aisya sudah berjanji pada diri sendiri, untuk berdamai dengan takdir yang tertulis antara dirinya dan Adli, muncul pula lelaki asing dalam hidupnya yang menagih cinta padanya?

Aisya tidak pernah peduli tentang lelaki yang datang dalam hidupnya, teman sekolah atau teman sewaktu menuntut Ijazah Sarjana Muda semuanya dia tolak jauh.

Semuanya dia tolak untuk kepentingan diri sendiri, tetapi kenapa Hafiz tidak pernah mengalah?

Aisya masuk ke perkarangan rumah dengan keadaan yang tergesa-gesa, tak sempat dia mahu membetulkan letak parkir keretanya Aisya segera turun daripada kereta. Pintu utama rumah keluarganya yang terbuka lebar mengesahkan dirinya bahawa peristiwa awal petang tadi bukanlah sebuah permainan.

"Assalamualaikum," ucap Aisya sebaik sahaja dia melangkah masuk. Kelihatan ahli keluarganya berkumpul di ruang tamu, Along, Angah, Asad, Nash, kakak dan Anisa. Mama dan papa turut berada di situ. Aisya ketap bibir, terasa seram sejuk dengan pandangan yang dihantar keluarganya.

"Kenapa tak bagitahu mama papa ada orang nak datang merisik?"

Aisya menelan liur yang terasa kesat, oh tidak!

"Ingat merisik ni main-main ke?" soalan Along kedengaran garang. Aisya berjalan mendekati ahli keluarganya, memilih untuk hanya duduk di atas lantai beralas karpet. Tertunduk sambil menggenggam tangan.

"Cha...Cha tak tahu," balas Aisya lambat-lambat. Asad mendengus geram.

"Cha, kalau ada yang berkenan dengan Cha bagitau mama dengan papa. Tak pun bagitau kakak atau adik dulu. Mama dan papa terperanjat tahu tadi," ulas Datin Luthfiya. Betapa kecewanya dia apabila ada rombongan yang datang ke rumah untuk merisik anak daranya secara mengejut. Kecewa Datin Luthfiya bukan kerana rombongan itu tetapi tindakan Aisya yang berahsia tentang hal yang melibatkan adat. Segalanya jadi caca marba dan serba tak kena.

Genggaman tangan semakin diketatkan, semakin tertunduk, "Cha suka Hafiz tu?"

Kepala Aisya terangkat terus memandang Datin Luthfiya, kemudian wajah Dato' Naufal dipandang. Kecewa.

"Cha... Cha tak suka dia," balas Aisya perlahan.

"Tak suka? Kenapa sampai merisik?" tanya Angah pula. Aisya ingin menangis, silap dia kerana mencabar lelaki itu. Dan sungguh, dia memang terlupa akan Hafiz kerana terlalu sibuk dengan kerja dan juga merawat hati yang terluka.

"Cha... Cha cuma mintak dia jumpa mama dan papa. Cha tak sangka dia akan buat macam ni," takut-takut Aisya berkata.

"Ya Allah, Aisya Zinnirah," Asad berkata dalam nada yang tegas.

Aisya tahu semua orang sedang marah tapi Aisya tak mahu semua kesalahan diletakkan di bahunya sahaja, "dia tak telefon Cha langsung. Cha tak tahu! Ma, pa kalau Cha tahu Cha akan bagitahu mama dengan papa."

"Knowing you Aisya Zinnirah, I know you dared him."

Mendengarkan suara Nash yang turut menyerangnya itu buatkan Aisya terdiam. Mati akal untuk membalas.

"You have so many ways to reject a guy but you choose to dare him?" tanya Nash lagi.

Mata Aisya mula berkaca, "Cha minta maaf. This won't happen again. I'm sorry."

Aisya pandang satu persatu wajah ahli keluarganya, dia bangun dari terus melutut. Penat yang terasa di tubuh tubuh bekerja waktu hujung minggu terus hilang apabila diri dihadapkan di hadapan keluarganya ibarat penjenayah.

"Cha, bincang hal ni elok-elok dengan Hafiz. Kalau betul Cha nak teruskan, mama dan papa takkan halang."

Suara Dato' Naufal kedengaran sebelum Aisya mendaki tangga. Aisya termanggu sebentar.

"Mama dan papa mintak maaf, tapi Cha anak mama dan papa yang kami sayang."

''''''''''''''''''

Air matanya tidak mahu berhenti, dadanya terasa sempit setiap kali teringatkan perjumpaannya bersama Hafiz, yang merayu, yang memohon maaf, yang mencuba untuk bercakap dengannya seminggu yang lalu di majlis perkahwinan Adli.

"Kau yang mintak Aisya, bila ada lelaki yang sudi kenapa kau sedih?" ejeknya kepada diri sendiri. Air matanya dikesat kasar, dia tahu kenapa perasaan sedih itu yang hadir.

Kerana bukan Adli yang datang merisiknya.

Ya Allah, Aisya! Adli dah kahwin!

Dengan mata yang membengkak Aisya mencari nombor seseorang di telefon pintarnya, terus sahaja menekan ikon telefon dan kedengaran bunyi bip beberapa kali sebelum talian disambungkan.

"Nana, kau dekat mana?"

"Dekat mana? Rumah akulah," kata Raihanah di hujung sana. Terus terduduk tegak di atas sofa ketika mendengar suara Aisya. Hujung minggu ini lebih baik dia berehat sahaja di rumah.

"Tolong aku," pinta Aisya. Air matanya yang mengalir dikesat.

"Kau menangis ke Chacha?" tanya Raihanah. Mood tempur terus dipasang, siapa yang berani buat Chacha nangis ni?

"Ya, aku menangis. Nana, tolong carikan nombor Hafiz, senior kita masa dekat maktab dulu," Aisya mengambil beberapa helai tisu, letih menangis tanpa henti.

Terjatuh rahang Raihanah ketika itu, Aisya minta nombor lelaki?

"Kau...kenapa?"

"Hafiz merisik aku," dengan sekali nafas Aisya membalas.

"What?! Bukan Yaya?"

"Yaya? Wait, what do you mean?"

"Kau tak tahu ke Chacha?"

"Tahu apa ni?"

"Yaya suka Hafiz kan dulu. Eh, aku peninglah, cuba cerita dekat aku macam mana Hafiz boleh merisik kau ni? Ada benda aku tak tahu ke?"

Aisya tidak lagi membalas soalan-soalan Raihanah, Yaya yang Nana maksudkan ialah kakak kembar dia sendiri. Kenapa jadi makin rumit?

Dan kenapa Aisya tak tahu?

607 (Revamp)Donde viven las historias. Descúbrelo ahora