Bab 39

34 3 5
                                    

Aisya oleskan gincu di bibir, suara anak buahnya yang tertawa dan menjerit-jerit girang di tingkat bawah memenuhi ruangan rumah.

"Mak Cik, jomlah main dengan kitaorang!" wajah berpeluh Syifa, anak sulung Umar muncul di muka pintu biliknya. Aisya menggeleng perlahan, berjalan ke arah anak buahnya itu dan tangannya mengesat dahi dan rambut yang basah dengan peluh.

"Mak Cik nak keluar lah sayang, nanti petang kita main sekali okay?"

"Alah, nak pergi mana?" Syifa peluk kaki Aisya. Langkah Aisya jadi terbatas untuk menuju ke arah walk in closet.

"Nak keluar makan je. Mak Cik dah janji dengan kawan, sorry sayang."

Afiya pula muncul entah dari mana, anak perempuan itu memeluk kaki kanan Aisya pula. Aisya ketawa melihat gelagat anak-anak buahnya. Tangannya ketika itu sedang mencari-cari anak tudungnya untuk disarung di kepala.

"Alah, nak ikut," Syifa dan Afiya sama-sama menggoncangkan tubuhnya.

"Tak boleh sayang," tegah Aisya.

Disebabkan keadaan tubuh yang tidak stabil, gerakan tangan Aisya tidak teratur dan menyebabkan lipatan kain terjatuh. Aisya menggeleng geram.

"Hah! Kacau Mak Cik!" suara Anisa nyaring kedengaran menyergah mereka. Aisya tersentak, dijeling tajam adik bongsunya. Ini lagi seorang manusia yang buat hati dia jadi panas pagi-pagi yang tenang ini.

"Janganlah sergah macam tu," tegur Aisya, dia menundukkan tubuhnya mengambil serkup kepala dan beberapa kain lain yang berterabur di atas lantai.

"Kak Cha ni, lembut sangatlah," Anisa bercekak pinggang di muka pintu walk in closet. Afiya dan Syifa sudah cemberut mendengar suara Mak Su mereka.

"Mak Su tak best!" kemudian kedua anak perempuan yang sebaya itu berpegangan tangan dan berlari keluar dari bilik Aisya. Aisya menggeleng entah kali keberapa.

Matanya menangkap sapu tangan yang berwarna biru laut bersama jahitan akronim 'TA' ketika menyusun lipatan kain yang jatuh dari susunan kemas disebabkan anak buahnya. Diusap sebentar kain itu sebelum diletakkan ditempatnya. Bagaimanalah agaknya dia mahu memulangkan semula sapu tangan mahal, milik jejaka yang muncul tiba-tiba ketika dia menangis sewaktu awal-awal putus tunang.

"Kawan papa jadi datang ke?" tanya Aisya yang kini sudah menyarung serkup kepala.

"Tak," balas Anisa. Dipandang tampang kakaknya yang santai dengan baju-t oversized labuh sehingga punggung dan palazo berwarna krim. Agaknya memang semua doktor ni jenis yang selamba ke ya? Dia jarang nampak Aisya berpakaian mewah atau terlampau feminin. Fesyen Aisya selalunya lebih kepada downtown girl, indie atau academian tetapi versi muslimah kerana baju longgar dan labuh, tudung bawah dada, stoking kaki dan tangan tidak pernah tinggal dalam senarai pemakaian kakaknya itu.

"Kak Cha okay ke?"

"Okay lah," pipi adiknya itu ditepuk lembut beberapa kali.

"Risau lagi?" soal Aisya pula.

Anisa angguk perlahan.

"Kak Cha okay, jangan risau."

''''''''''''''''''

Aisya panjangkan langkah ke bahagian buku-buku keluaran penerbit tempatan.

It's been a month since I last cry about him.

Dan juga genap empat bulan dari tarikh perkahwinan yang seharusnya menjadi tarikh bersejarah untuknya dan Hafiz. Lapan bulan setelah pertunangan mereka putus.

Tiada lagi panggilan dari pihak sana semenjak perjumpaan di rumah besar milik Dato' Naufal. Semuanya dibatalkan secara alam maya dan segala ganti rugi ditanggung oleh papa.

Demi Allah, entah berapa kali Aisya bersumpah untuk menyayangi ahli keluarganya melebihi segalanya disebabkan kebaikan yang terlimpah atas dirinya.

Mata Aisya menangkap buku tulisan Hamka, jarinya terus menarik buku tersebut dari susunan buku.

"I perasan you baca buku Hamka semalam, can you suggest me a book from him?"

"Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck."

"Quite popular. Kenapa? Nak I baca dialog popular Zainuddin pada Hayati?"

"I rasa buku tu sesuai untuk orang yang baru kenal erti cinta."

Aisya tersenyum, perbualannya dan juga Momo kedengaran jelas di telinganya. Terngiang-ngiang, walau sudah lapan bulan berlalu sejak kali terakhir mereka bertemu.

Mungkin betul, mungkin benar Aisya baru mengenali erti cinta bak kata Momo.

Aisya termenung di hadapan rak tersebut sambil tangan mengusap kulit buku yang dipegangnya. Membuat keputusan untuk memiliki buku tersebut sebelum gadis itu berjalan ke arah kaunter pembayaran, sambil menunggu gilirannya tiba, Aisya membuka telefon pintarnya. Laman sosial Instagram dibuka.

aisyaaaaa_93: Hello my sweet not a little girl anymore 😆How are you? Kakak rindu Juju, can we meet up someday?

Butang hantar ditekan. Dia merenung skrin telefonnya sebentar, sebelum keluhan terlepas di bibir.

Kali terakhir dia berbalas mesej terus dengan Julia di laman Instagram adalah enam bulan yang lalu, dua bulan setelah talian pertunangannya dan Hafiz putus. Dia tidak pasti apa yang terjadi pada Julia, adakah gadis itu mengalami kesukaran untuk menggunakan telefon pintar?

Hatinya jadi risau.

Dan dia juga mahu memberitahu gadis kecil itu tentang perkahwinannya, dia tahu Julia sangat teruja ingin hadir ke majlis perkahwinannya tetapi nampaknya tiada majlis yang telah berlangsung.

"Miss," panggil penjaga kaunter pembayaran. Aisya tersedar daripada lamunannya, dia tersenyum malu.

"Ini sahaja ya cik? Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck."

Aisya angguk perlahan, gadis yang bertag Mariam itu tersenyum.

"Selamat membaca dan terima kasih."

Aisya membalas ucapan tersebut bersama senyuman manis.

Gadis itu keluar daripada kedai buku Popular yang dikunjunginya, ketika itu telefon pintarnya berbunyi.

"Chacha, kau dekat mana? Aku dah sampai dah ni," Raihanah di hujung sana terus bersuara sebaik sahaja dia mengangkat telefon.

"On the way lah Nana, Yaya pun tak sampai lagi," kakinya bergerak laju sehingga tidak sengaja terlanggar bahu seseorang. Mujur sahaja beg kait berisi buku dibelinya tidak terlepas.

"Sorry," Aisya memohon maaf.

"It's okay... lady," kata lelaki itu. Dari menunduk sedikit, Aisya terus angkat kepala. Lelaki yang berlanggar dengannya tadi sudah bergerak jauh.

Lady.

Aisya garis senyum perlahan, dia menggeleng kecil.

Tak mungkin itu Momo, jika iya pasti Aisya dapat mengecam pemakaian serta gaya lelaki itu. Sekali lagi Aisya alihkan wajah untuk melihat gerangan yang berlanggar bahu dengannya tetapi bayang tubuh tersebut sudah hilang.

"Bukan dia sorang je yang gentleman dalam dunia ni," kata Aisya sendirian, langkahnya diteruskan ke arah keretanya yang diparkir di kawasan tidak berbumbung.

Dan iya, ingatannya pada Momo dan Juju tidak lari dari fikirannya semenjak sebulan ini juga.

Aisya pandang langit yang kelihatan cerah, teriknya tidak menyilaukan.

Hidup bersendiri lagi, tanpa terikat dengan sesiapa.

Sehingga masa menentukan.

607 (Revamp)Where stories live. Discover now