Bab 34

32 4 4
                                    

Aisya duduk di kerusi halaman rumah dengan perasaan yang sedikit gemuruh. Wajah Hafiz yang kelihatan hambar itu dipandang, hilang terus gemuruh di dalam jiwa dan digantikan rasa meluat.

"Seronok pergi Jepun?"

"Lebih dari seronok," kata Aisya keras.

"How dare you! Pergi Jepun tak bagitahu saya, awak bagitahu saya bila awak dah nak berlepas?! Saya ni orang asing ke?!"

Aisya ketap gigi, rahangnya terasa tegang. Mendengar suara Hafiz yang nyaring menjerit dihadapannya menambahkan perasaan geram pada lelaki itu.

"Soon to be orang asing," Aisya menjawab soalan Hafiz tanpa nada. Reaksi muka Hafiz kelihatan kendur, lelaki itu menyebak rambutnya kasar. Tidak faham dengan maksud Aisya.

"Susah sangat ke bila saya mintak awak layan saya macam orang yang awak sayang? Susah?" tanya Hafiz, seminggu sudah Aisya pulang ke Malaysia dan baru sekarang mereka dapat bersua. Hatinya berkecamuk dengan rasa yang bercampur baur, sikap Aisya baginya tidak memahami kehendak hatinya yang mahu berkasih.

Keputusan Aisya untuk pergi ke Jepun sendirian membuatkan lelaki itu bertambah berang, Aisya telah membelakanginya.

"Ya susah! Susah bila permintaan awak melampaui batas! Saya tak suka dan saya tak selesa!"

"Kita dah bertunang, apa salahnya panggil sayang, call malam-malam, keluar dating apa masalahnya?!"

Aisya beristighfar, nafasnya cuba ditenangkan, keadaan mereka berdua terasa semakin tegang dan membahang.

"You tipu I Hafiz, you tipu I," balas Aisya rendah.

Kata ganti Aisya kepadanya itu kedengaran tanpa emosi, lelaki itu memandang tunangnya.

"Apa rasanya bila you dapat I jadi tunang youYou rasa menang lottery?" soal Aisya. Matanya masih lagi tajam melihat tunangnya itu.

"Apa awak cakap ni?" tanya Hafiz bersama amarah. Kata ganti diri yang digunakan Aisya juga kedengaran asing, entah apa yang merasuk diri Aisya pada hari ini dia jadi bengang dan dangkal.

"I nak putus dengan you," senafas Aisya mengucapkan.

Hafiz mendengus marah, "no! majlis kita lagi tiga bulan."

"I tak nak kahwin dengan you, you tak pernah hormat pendirian I."

"Minggu ni ada majlis akikah dekat rumah mak, kalau awak nak putus tunang bagitau mak sendiri."

Hafiz sudah bangun dari duduknya, panas hatinya dengan permintaan Aisya yang terlalu tiba-tiba. Jiwanya seperti disimbah dengan minyak pada api yang sudah marak.

"I will, I akan datang akikah anak buah you."

Aisya berkata dengan nada mencabar. Ternyata perjumpaan hari ini tidak membuahkan hasil. Gadis itu sandarkan tubuh pada kerusi, keluhan terlepas jua dari bibir. Tujuannya mengajak Hafiz untuk ke rumah keluarganya bagi membincangkan hala tujuan hubungan mereka. Hati Aisya mendesak-desak untuk memutuskan pertalian pertunangan mereka.

"How I wish I did not start all this," bisik Aisya sendirian.

607 (Revamp)Where stories live. Discover now