Bab 47

26 3 0
                                    

Qadri mencuri pandang sisi wajah Aisya. Gadis itu nampak tak bersemangat hari ini.

"Dr Aisya, macam mana report case patient GIST wad 4A?" (GIST= Gastrointestinal stromal tumors= tumor di dalam perut atau usus kecil)

Aisya tidak menyahut, tenggelam dengan tugasannya yang menaip di komputer.

Iris coklat pekat milik Qadri kini tertumpu terus kepada Aisya. Dihela nafasnya lembut, kerusi di sebelah Aisya ditarik dan Qadri terus melabuhkan duduk. Pen yang terselit di scrub yang dipakainya diambil, disentuh jari Aisya perlahan menggunakan hujung pen. (scrub=baju uniform untuk para doktor dan jururawat untuk proses pembedahan atau semasa rawatan)

Aisya terus kalih melihat kiri, wajahnya nampak sedikit pucat.

"Dr Aisya, you okay ke?"

Aisya angguk sahaja mendengar soalan Qadri, gadis itu menyoal, "doktor nak apa ya?"

Qadri tidak membalas, tangannya diseluk ke dalam kocek seluar. Bunyi plastik kedengaran sebelum beberapa biji gula-gula terlihat di dalam genggaman Qadri.

"Here, makan ni dulu."

"I tak suka benda manis," kata Aisya, dipandang wajah Qadri dan gula-gula Choclairs Cadburry silih berganti.

"I know."

Perasaan aneh terbit di dalam hati Aisya, berkerut dahinya. Bagaimana Dr Qadri tahu?

Qadri senyum sedikit, "you prefer tea without sugar. Remember?"

Teringat peristiwa di pantri, Aisya angguk bersetuju. Sebiji gula-gula diambil dan terus dimasukkan ke dalam mulut. Plastik balutan dimasukkan ke dalam kocek kot.

"I nak report pt GIST," kata Qadri. Aisya angguk lagi, baru teringat dia ada berhutang laporan mingguan dengan Qadri. (pt=patient=pesakit)

"I don't want to pressure you, but boleh bagi I asap?"

"Sure doktor, insyaallah I bagi sebelum tengahari."

'As I expected from this girl,' sela hati Qadri setelah mendengar jawapan balas Aisya. Qadri bangun daripada duduknya. Aisya ingin menyambung kerja sebelum Qadri bersuara.

"Selalunya hari minggu you buat apa?"

"Hah?" termangu Aisya ketika mendapat soalan itu.

Aisya tak jadi mahu menghadap semula skrin komputer, didongak kepalanya memandang pelatih pakar bedah itu.

"Museum or extreme park?" Qadri menyoal. Degup jantung tiba-tiba berubah kencang.

"Or," jawab Aisya. Tubuhnya dari menegang mendengar soalan Qadri berubah normal ketika menjawab.

"Bookstore?" Qadri menyoal lagi.

"You nak ajak I dating ke?" tanya Aisya, entah dari mana keberanian hadir Aisya bertanya soalan tersebut. Nadanya kedengaran bergurau.

Qadri tersenyum kecil, wajahnya tenang.

"Nak masuk dalam poket checklist I."

Aisya ketawa sahaja mendengar jawapan Qadri, bekerja dengan Qadri selama dua bulan pertama ini menghadirkan rasa selesa setiap kali berdepan dengan lelaki itu. Doktor itu tidak banyak bercakap, bercakap bila perlu sahaja tetapi ada kalanya Qadri bergurau dan masuk air juga. Semenjak peristiwa di pantri, segalanya terasa normal dan Aisya tidak mahu memanjangkan cerita tentang ketidak sopanan sikap Qadri sewaktu hari pertama mereka bersua.

Sebaiknya Aisya menganggap Qadri rakan sekerja walau kadang dia geram dengan Qadri yang kadang-kala kelihatan kerek.

"I will be head over heels with your answer if I have feelings for you," senda Aisya, senyumannya nampak nakal.

Qadri tersenyum sedikit mendengar ayat Aisya, "a woman as smart and wise as you, you, won't fall in love easily and I appreciate that part of you."

Qadri sempat memandang Aisya sebelum meninggalkan gadis itu, jantungnya bagai mahu terkeluar sepanjang berbual. Sejujurnya dia tidak mengharapkan Aisya membalas pujian yang diberikannya kepada gadis itu.

Tidak sedar setiap yang diluahkan olehnya menguatkan lagi perasaan di dalam hati Aisya.

'''''''''''''''

"Kau serius nampak tak sihat Aisya, kau kenapa?"

"Tak cukup tidurlah," jawab Aisya ketika diajukan soalan oleh Jannah. Jannah mengurut sedikit bahu rakannya itu.

Aisya pejamkan mata sebentar, fikirannya agak terganggu beberapa hari ini.

Memikirkan papa dan mama yang mahukan menantu.

Mindanya turut bercelaru kerana bimbang jika kemasukannya ke peringkat Ijazah Sarjana Perubatan (Pembedahan Am) tidak akan berjaya.

"Aku nak muntahlah," kata Aisya tiba-tiba.

"Hey, kau patut ambik mc," Jannah bersuara risau.

Aisya berkeluh lagi, dipicit kepalanya sedikit kuat, "papa aku nak jodohkan aku dengan anak kawan dia lah," ujar Aisya.

Jannah terlongo, "serius?"

"Serius."

"Sebab tu ke kau sampai tak cukup tidur?"

Aisya angguk sedikit, Jannah pandang Aisya yang berbibir kering itu. Tak nampak ceria langsung, "kau boleh tolak."

"Aku dah tolak, papa terima keputusan aku tapi otak aku dah jadi serabut bila family aku risaukan aku dan makin kerap tanya pasal kahwin. Aku dengan tengah risau admission master lagi."

Aisya mengeluh lemah, beberapa hari yang lalu ahli keluarga Datin Luthfiya bertandang ke rumah mereka dan topik yang sering meluncur dari mulut para mak cik dan juga pak ciknya pastilah berkisar tentang jodoh. Mulanya dia layankan sahaja tetapi bila ada pula yang sering mendesak buat dia rasa terkilan akan sikap adik beradik Datin Luthfiya.

Kata mereka, anak dara dah masuk usia 30 tahun ni dah kena lebihkan usaha untuk mencari jodoh.

Aisya melamun sebelum kelibat Qadri bersama doktor lelaki yang lain masuk ke dalam pantri, pandangan mata Aisya bertemu dengan Qadri. Wajah Qadri kelihatan serius ketika itu, mungkin baru sahaja selesai perbincangan kes pesakit di bawah rawatan kumpulan Qadri.

"Dr Aisya, kenapa nampak pucat?"

Aisya tersenyum lemah membalas soalan doktor pelatih bernama Ikhwan itu.

"Lack of sleep je, you all baru nak makan ke?" tanya Aisya. Jannah yang duduk di tepi Aisya sekadar berdiam diri, memerhatikan kumpulan doktor muda itu termasuk Qadri. Ketika itu, Jannah perasan mata Qadri terpanah pada Aisya. Dahinya berkerut sedikit, pandangan lelaki itu terlihat berbeza. Senyuman kecil terbit di hujung bibir Jannah.

Jannah kalihkan pula wajahnya pada Aisya yang ralit berborak bersama Ikhwan.

Semakin lebar senyuman Jannah. Mungkin tidak lama lagi dia akan melihat drama cinta tak berbayar di hospital ini.

'''''''''''''

Update:

I will be uploading every chapter according to this schedule (every week):

Tuesday: 6.00 pm

Thursday: 6.00 pm

Saturday: 10.00 am

Sunday: 10.00 am

Okay, that's all. Bye, peeps!

607 (Revamp)Where stories live. Discover now