Bab 3

55 5 0
                                    

Hidup tetaplah perlu diteruskan walau hati sedang berkecamuk seribu kedutan dan disiat belati.

Aisya termenung di bilik pantri ketika namanya dipanggil Jannah, ceria sahaja gadis itu masuk ke dalam bilik tersebut.

"Dr Hassan, cari kau," kata Jannah sebaik sahaja dia duduk menghadap Aisya. Aisya tersenyum sinis, dia menggeleng sedikit.

"Rounds ke?" tanya Aisya. (rounds=when the medical team visits each patient as a group to review the patient's status and care plan.)

"Tak tahu, nak ajak makan kot," Jannah bersuara dengan suara yang mengusik. Tahu sahaja Dr Hassan sudah terjatuh suka pada Aisya. Jannah merenung wajah Aisya, jiwanya diserbu rasa damai. Jannah tidak tahu, tetapi berada dekat bersama Aisya ibarat berada di bawah sayap bidadari.

"Kenapa tenung aku macam tu?" Aisya menyoal tanda tidak selesa, berkerut keningnya ketika itu. Jannah tayang senyum senget, tertangkap merenung Aisya.

"Apa kurangnya Dr Hassan tu, aku tengok baik je. M.O.  yang tersangat baik, orang kata kalau nak tengok lelaki tu baik atau tak tengok masa dia bekerja. Dr Hassan tulah bukti lelaki yang penyabar tau," Aisya memutar bola matanya kerana menyampah dengan ungkapan Jannah. (M.O.=medical officer=pegawai perubatan yang sudah tamat tempoh houseman)

During bad and worse, I have seen it all.

"Aku tak rasa nak settle down lagi buat masa sekarang, can we stop talking about this?"

Kenapa dia perlu layan semua soalan tentang perkahwinan bila usia sudah mula menginjak angka dua puluh enam tahun? Itu sahajakah yang orang risaukan? Hanya itu?

Bagaimana dengan kerjaya Aisya?

Adakah apabila seorang wanita berjaya mendapat segulung ijazah, mereka wajib untuk bernikah?

Selepas itu apa?

Anak? Kenapa tak tambah anak lagi? Kemudian?

Serasa sebuah pentas perlumbaan, berlumba-lumba menunjukkan kejayaan yang diperoleh dan adat orang Melayu tidak akan lari dengan perkahwinan. Perkahwinan itu kini lebih kepada mengikut adat berbanding mengikuti tuntutan agama.

Sedangkan dalam diri Aisya, sudah terpasak impian dan cita-cita untuk bernikah dengan lelaki yang dia cintai sepenuh hati didasari agama dan ilmu. Juga impian untuk terus menuntut ilmu sehingga di hadapan nama Aisya tertera pakar perubatan.

"Kau tahu kan, kalau kau tak cari sekarang kau mungkin takkan jumpa jodoh kau," ugut Jannah.

Realiti, Aisya tahu itu. Sebab itu ramai antara rakan perubatannya tidak kira dalam dan luar negara mengambil keputusan untuk berkahwin setelah tamat belajar atau ketika masih menuntut tetapi Aisya tidak mahukan itu.

Hati Aisya tidak mahu terikat dengan sesiapa dalam tempoh setahun dua ini, berkahwin setelah tamat belajar bukan pilihannya.

"Itulah gunanya doa, dan kau bukan tuhan nak tentukan aku jumpa jodoh aku atau tak," Aisya membalas dengan lidah yang sengaja dijelirkan. Jannah mencebik, bila bercakap dengan Aisya memang susah nak menang.

"Dr Hassan cari kau lah, pergilah jumpa dia," desak Jannah.

"Tak nak lah aku."

Jannah menggeleng geram, dia memandang ke arah pintu pantri apabila susuk tubuh Dr Hassan muncul di muka pintu. Jannah mengemam bibir, tindakannya itu mengundang tanda tanya Aisya. Aisya memalingkan wajah memandang muka pintu, wajah Dr Hassan menyapa pandangannya.

Keluhan terlepas daripada bibirnya, "Aisya, jom makan."

Aisya jadi tidak tahu bagaimana mahu menolak ajakan Dr Hassan, sekali lagi mata Aisya memandang Jannah. Memohon pertolongan dari temannya tetapi Jannah nampaknya tidak mahu memberi kerjasama.

"Pergilah," gerak bibir Jannah menyuruh Aisya untuk makan bersama Dr Hassan.

Bahu Aisya yang tadinya tegang mengendur apabila Jannah sudah mengarah, lambat-lambat Aisya mengangguk. Telefon pintarnya di atas meja diambil. Kot dan juga steteskop diserahkan kepada Jannah.

Aisya berjalan ke arah Dr Hassan, jelas terpancar kegembiraan pada wajah seniornya itu.

"Kita cuma ada setengah jam je lagi," kata Aisya dengan intonasi keras.

"Saya tahu," jawab Dr Hassan.

''''''''''''

Air lemon panas di dalam gelas dihirup perlahan, Aisya hanya memilih untuk makan nasi goreng berserta roti berkrim. Berbeza dengan Dr Hassan yang mengambil nasi berlauk. Berselera sungguh Dr Hassan makan di mata Aisya.

"So how's your day today?" tanya Dr Hassan, Aisya nampaknya tidak berminat mahu memulakan perbualannya.

"Not so bad, alhamdulillah," balas Aisya senada.

Suasana kembali sepi, Dr Hassan sekali lagi cuba untuk menghilangkan rasa kekok antara mereka berdua.

"Macam mana setakat ni? Jaga wad okay?"

"Setakat ni okay, houseman lain pun okay saja dengan saya." (houseman= housemanship=internship= is the period of resident medical practice before full registration as stipulated under the Medical Act 1971; 1.10.)

Dr Hassan mengangguk, "waktu kena lantik jadi leader, are you even surprise?"

Aisya jungkit bahu, dia tidak tahu sama ada dia terperanjat atau tidak. Aisya sekadar menggalas tugas itu sehabis baik, bekerja di Jabatan Obstetrik dan Ginekologi (jabatan untuk rawatan dan penjagaan wanita semasa hamil, melahirkan anak dan selepas bersalin) tidaklah sesukar yang dia bayangkan. Ada masa dia rasa nak berhenti, ada masa dia mahu teruskan pengajian dibahagian obgyn (obgyn=singkatan untuk Obstetrik dan Ginekologi), saban hari mood-nya bertukar-tukar tetapi setakat ini Aisya berasa seronok bergelar houseman di jabatan tersebut.

Bunyi pinggan beserta sudu dan garfu berlaga kembali kedengaran, Aisya membuka plastik roti yang berada di atas meja. Penuh cermat dia mengopek roti dan disuakan ke dalam mulut, perlakuannya diperhatikan Dr Hassan. Tersenyum manis melihat kelakuan Aisya.

"Aisya, saya rasa awak tahu kenapa saya try hard sangat nak ajak awak makan. Kita dah cukup dewasa untuk faham setiap perbuatan orang keliling kita. Saya tak tahu sejak bila saya mula jatuh suka pada awak. Mungkin bila kita berdua buat rounds sama-sama, during your presentation atau bila awak cemas panggil saya bila ada patients collapse, saya tak tahu. Tapi saya, Hassan Basri dah tak mampu nak pendam perasaan saya. Saya tak tahu bila masa yang sesuai untuk saya luahkan jadi saya minta maaf saya luahkan perasaan saya sekarang, waktu rehat kita. Awak selalu mengelak bila saya cuba nak luahkan perasaan, saya tahu awak faham hint yang saya bagi."

Panjang lebar Dr Hassan meluahkan, Aisya terdiam di kerusi. Kepala teringatkan Hafiz, sewaktu lelaki itu turut meluahkan perasaan di meja makan. Jantung Aisya tiba-tiba mengepam segalanya dengan pantas.

"Rotation awak tinggal dua minggu je lagi dekat sini, jadi saya ambil keputusan untuk luahkan sekarang." (rotation=tempoh untuk Pegawai Perubatan Siswazah di dalam setiap jabatan, kebiasaannya selama tiga hingga empat bulan dalam suatu jabatan bergantung kepada prestasi.)

Muka Aisya kini terasa berbahang. Semakin jelas apabila Dr Hassan tersenyum kepadanya, Aisya tertunduk.

Dua kali, dua kali dalam tempoh dua minggu dia mendengar luahan perasaan daripada lelaki.

"Fikirkan dulu, saya tak nak paksa awak."

"Dr..." tak sempat Aisya ingin membalas luahan Dr Hassan, telefonnya berbunyi nyaring. Nama adiknya tertera.

"Kak Cha, tengok Whatsapp group fams now!"

Panggilan terus mati sebelum Aisya bersuara, berkerut kening doktor muda itu. Aplikasi WhatsApp dibuka, beberapa mesej daripada keluarganya naik di peti simpanan.

Alangkah terkejutnya Aisya apabila melihat gambar ruang tamu rumah papa dan mama dipenuhi manusia yang tidak dikenalinya. Mata Aisya memicing melihat setiap wajah di dalam gambar tersebut. Seorang lelaki yang dia kenali sedang duduk di antara para tetamu menarik perhatiannya, jari bergerak untuk zum masuk gambar tersebut.

"Allah," ucap Aisya perlahan.

Hafiz betul-betul serius.

607 (Revamp)Where stories live. Discover now