Bab 26

36 4 4
                                    

Bibir Aisya tidak sudah mengucapkan pujian pada Yang Maha Pencipta. Kecantikan yang dihadapkan di hadapan matanya memang teramat indah. Semalam gadis itu hanya berkesempatan untuk melihat kawasan Taman Odori dari Sapporo TV Tower sahaja, melihat dari dek pemerhati sahaja sudah kelihatan begitu cantik apatah lagi apabila matanya kini disajikan dengan jarak yang dekat akan keindahan Taman Odori.

"Kakak, cantiknya!" kata-kata Julia itu disahut dengan anggukan. Rata-rata ahli rombongan percutian mereka sangat terpegun dengan banyaknya dan besarnya arca ais di Taman Odori.

"Setiap tahun dalam bulan Februari, festival musim sejuk akan dibuat di sini selama tujuh hari. Bilangan ice sculpture yang besar selalunya ada tujuh, ada arca yang kecik-kecik. Taman Odori ada pecahan square masing-masing, ada Citizen's Square, Art Square, STV Square dan macam-macam lagilah. Untuk habiskan satu pusingan di taman ni ambil masa 30 minit, tapi saya tahu semua nak tengok-tengok dan bergambar," Afzan yang mengetuai rombongan mereka bersuara.

"Kita berpecah dekat Art Square. Kita berkumpul balik di sini lagi satu jam setengah, boleh?"

Aisya menyahut ceria, sama juga dengan ahli rombongan lain.

Nafas Aisya berasap keluar, hati menggebu-gebu gembira kerana berpeluang merasai lagi musim sejuk di negara asing. Dia dan Julia sama-sama bergandingan jalan. Bergerak dari satu bahagian ke bahagian lain.

Momo hanya mengekori langkah mereka berdua, lelaki itu tidak banyak bercakap. Kadang kala tangannya menghalakan kamera digital yang tergantung di leher untuk mengambil beberapa gambar. Minatnya yang mendalam dalam bidang fotografi terbit sejak kecil, arwah abahnya yang tanamkan minat tersebut. Momo garis senyum nipis. Kameranya diarahkan kepada Aisya dan Julia yang terpegun melihat arca ais berbentuk empat segi yang boleh mengeluarkan bunyian.

'Abah, Angah jumpa dia lagi,' bisik hati lelaki itu.

Tangan menekan punat, dan bunyi klik kedengaran. Momo pandang skrin kamera digitalnya.

"Subhanallah," kata Momo sendirian. Merenung skrin itu sehingga suara Julia menyedarkan diri.

"Momo! Cepat ni tangkap gambar Juju dengan kakak," Julia menjerit ceria. Momo ketawa tanpa suara, dia kini sudah berdiri berhadapan dua gadis berbeza umur itu.

"Boleh ke? You ambik gambar kami?" tanya Aisya sopan, segan pula nanti ada muka dia dalam memori kamera besar milik lelaki itu. Momo sekadar mengangguk. Kini lensa sudah tertumpu pada Aisya dan Julia.

Julia lentokkan kepala pada lengan Aisya, dipeluk lengan Aisya. Aisya tersenyum sehingga jelas kelihatan kedua lesung pipit di pipi kiri dan kanan. Setelah beberapa detik, Momo melihat skrin kamera, berpuas hati dengan hasil tangkapannya dia suakan pula kamera kedua gadis itu.

"Cantiklah, Momo memang pandai tangkap gambar," puji Julia, Aisya gerakkan sedikit kepala untuk melihat gambar di skrin kamera itu. Melihatkan pergerakan Aisya yang sukar untuk memandang skrin, Momo dekatkan pula kamera pada Aisya. Berdiri lebih hampir dengan Aisya.

Aisya pegang bahagian sebelah kamera tersebut, tangan digerak-gerakkan di atas skrin untuk mendekatkan lagi imej wajahnya dan Julia.

"Cantik," Aisya berkata ikhlas, dia pandang Momo yang menunduk di sebelahnya itu. Gadis itu tersenyum lembut. Momo diam tidak membalas, dia jarakkan kembali kedudukan mereka. Kamera sudah pun kembali sepenuhnya di tangannya.

"Jom kakak, kita pergi another square!" Julia sudah menarik tangan Aisya untuk mengikutinya. Aisya mengangguk setuju.

"Jom Momo," ajak Aisya.

Lelaki itu terpegun sekejap. Jantungnya berdebar mendengar ajakan Aisya.

Pertama kali, wajah Aisya kelihatan begitu ceria dan senang di hadapannya.

'''''''''''''''''

"Kakak belanja ni, untuk Juju," jelas Julia. Julia tunjukkan sebuah plastik yang berisi cenderamata. Momo turut melihat barangan yang dibeli Julia. Aisya mendekati mereka berdua.

"How much?" tanya Momo. Aisya menggeleng.

"Semalam you dah belanja, harini it's my turn."

"Juju, berapa?" tanya Momo kepada Julia. Julia terkebil-kebil memandang pak ciknya.

Panahan mata Aisya yang memberi amaran itu buatkan Julia gerun.

"Look, Juju is my amanah. You tak perlu keluarkan duit untuk belanja Juju," kata Momo, tidak senang apabila Aisya membelanjakan duit untuk anak buahnya. Sedangkan boleh sahaja Julia meminta wang kepada dirinya, Kamalia juga turut menyediakan wang untuk anak perempuannya.

"Maybe Juju is my amanah too? Not only for 11 hours 50 minutes like you said two days ago," jawab Aisya. Tidak mahu mengalah. Gadis itu memang bermurah hati mahu membelanja Julia.

Momo pandang wajah Aisya, akhirnya lelaki itu mengalah tidak membalas. Mereka bertiga dan ahli rombongan yang lain sedang berkumpul. Masing-masing melepaskan lelah, selepas ini mereka perlu menaiki kereta api di Stesen Odori untuk ke destinasi percutian mereka yang seterusnya iaitu Gunung Okura.

Momo biarkan sahaja Aisya dan Julia berborak berdua. Bukan main semangat lagi Julia bercerita tentang keluarganya dan juga pelajarannya sepanjang perjalanan mereka menuju ke stesen kereta api.

"Momo belanja Juju sebab Juju dapat straight A's PT3," kata Julia. Aisya terpegun kerana kagum.

"Pandainya Juju, tahniah sweetheart," Aisya peluk bahu itu sekejap.

"Sekarang Juju sekolah dekat mana?"

"Sekolah? Juju dapat masuk MRSM. Maktab Taiping," ujar Julia. Sekali lagi Aisya terpegun.

"Taiping? Sayang! Kakak alumni situ," teruja Aisya berkata. Julia ketawa melihat reaksi Aisya. Hari ini dia rasa Aisya lain, tak macam semalam, murung saja banyak.

"Eh! Yeke kakak? Ya Allah," Julia genggam tangan Aisya, menggoyangkan ia ke depan dan belakang.

"So nice lah jodoh kita kakak," kata Julia lagi. Aisya menyahut dengan tawa halus.

"So betul lah kan kakak doktor?" tanya Julia pula.

Aisya menggangguk ringkas, Julia tersengih kecil. Dia pandang Momo yang berdiri di sebelahnya. Kening diangkat-angkat beberapa kali kepada Momo. Pemuda itu buat tak layan.

"Kakak belajar dekat mana dulu? Boleh cerita dekat Juju? Sebab Juju kena cari inspirasi nak sambung belajar," masih dengan nada yang manja dan teruja.

"Kakak belajar dekat UK," jelas Aisya.

Mata Julia membulat, dia pandang Momo kembali. Pak ciknya itu masih beriak tenang, "ehh, Momo pun tengah..."

Suara Momo laju mencelah, "Juju," tegur Momo bersama gelengan memberi amaran.

Julia berdecit, terbatal niat nak kaitkan Momo dan Aisya. Bila ada peluang nak kenenkan Momo pula menepis, dia tahu ada sesuatu yang disembunyikan lelaki itu.

Hati Aisya jadi tertanya-tanya, dia pandang Momo yang berdiri tegak di sebelah Julia.

'Bukannya aku nak jual maklumat dia, dekat pengutip hutang, haish!' hati Aisya mengutuk geram. Wajahnya tanpa sedar terpamer riak kegeraman dan Momo berjaya menangkap ekspresi tersebut.

Momo tergelak halus, dia gelengkan kepala.

Julia yang memerhati dari tadi menjerit di dalam hati, 'memang sah! Momo suka kakak!'

607 (Revamp)Where stories live. Discover now