BDTA | 48

2.9K 161 21
                                    

She is a girl with scars. -Ren
——

"Are you okay?"

"Perhaps.." jawab Areesya lemah.

Fareez memandang simpati sebagai rakan. Areesya dijadualkan untuk menjalani kemoterapi hujung bulan hadapan, atas permintaan Areesya sendiri untuk menangguhkan rawatan kerana ingin menyelesaikan kerja yang tertangguh.

"You tetap nak discaj hari ni? Badan you nampak masih lemah lagi. Are you sure?"

"I kena kerja, Fareez. I tak kerja, tak dapat duit. Kos rawatan bukan murah. I ada banyak komitmen, kereta, apartment, and so on.."

"Memanglah duit tu penting tapi kalau you pengsan, masuk hospital balik nanti. Kesihatan badan tu kena utamakan juga."

Areesya senyum nipis sambil tangannya lincah menzip beg bajunya. Dia pandang Fareez. "Terima kasih sebab risaukan I. I tahu you risau dengan I, tapi insyaallah I tak akan apa-apa. I okey."

Fareez berdehem kuat. Belakang tengkuk dia usap. "No, I am not." nafinya.

"Maksud I, you risaukan I sebagai kawan. Tak salah kan you risaukan I sebagai kawan?"

"Ya, tak salah. Tak lebih dari kawan."

"I pergi dulu."

Fareez angguk. Areesya pulang bersama seorang lelaki, yang Fareez anggap pengurus wanita itu. Lambaian Areesya padanya sebelum pergi dipandang sepi, tangannya statik berada dalam poket seluarnya tanpa niat ingin membalas.

"Doktor Fareez, operation room."

"Lima minit, saya datang."

Emir menolak daun pintu

¡Ay! Esta imagen no sigue nuestras pautas de contenido. Para continuar la publicación, intente quitarla o subir otra.

Emir menolak daun pintu. Bau makanan semerbak memenuhi bilik rehat mereka. Dahinya berkerut melihat Fareez yang begitu berselera menjamah makanan di hadapannya.

"Bau apa ni kuat sangat? Dah lah bau sedap betul, lapar aku jadinya."

Emir menarik kerusi di hadapan Fareez lalu melabuhkan duduknya. Dia mengintai bekal Fareez.

"Mi kari. Kau nak sikit?" Fareez mempelawa Emir makan sekali.

"Qisya hantar ke? Tak nampak pun dia datang tadi. Nak rasa sikit weh, lapar dowh."

Fareez geleng. Tak, bukan Qisya.

"Areesya yang bagi tadi. Dia yang masak. " jawab Fareez.

Mata Emir membuntang mendengar sebaris nama itu. Pantas dia tidak jadi menyuap mi kari. Bekas makanan itu dia tolak kembali pada Fareez.

Tak nak ah makan!

"Kenapa perempuan tu nak bagi kau mi kari pula?"

"Areesya baru lepas jumpa Doktor Kayla. Dia kasi aku mi kari ni, bukan aku sorang aje dapat Kayla pun dapat lah." ujar Fareez tanpa berprasangka lebih.

Bukan Dia Tapi Aku (C)Donde viven las historias. Descúbrelo ahora