BDTA | 58

4.3K 245 36
                                    

Hanya kerana pernah cintakan kamu membuatku lelah sebegini..

——-

Hari kejadian, 8/5/2019, 12 pm
📍University of Melbourne

"Congratulation, pretty."

"Thank you Jose, you too. Congrats! We did it!"

Ren senyum lebar dari jauh memasang telinga perbualan Qisya bersama rakan sekuliahnya. Tangan beruratnya setia memegang sejambak bunga dan anak patung besar untuk dihadiahkan kepada teman baiknya.

"See you this night. Make sure you come, Qisya. You seldom come to our gatherings."

"No, come on. I don't want to hear any rejection from you Qisya. We are going to have fun this night."

"Alright okay okay, I will come. Are we good now?"

"This time I will trust you."

Qisya ketawa lalu meminta diri. Lama sangat dia bersembang dengan rakan sekelasnya, sampai tak sedar Ren dari tadi tunggu dia jadi mat pacak kat situ.

"Kenapa tu?"

"Erm tak adalah, kawan aku suruh aku datang party sambutan malam ni."

"Kau datang tak? Aku boleh temankan, kau tahu kan yang kau jarang datang. Kesian dia orang, penat-penat dia orang order masakan yang halal untuk kau."

"Ya aku datang, jangan risau." janji Qisya.

Banyak kali dia menghampakan ajakan rakannya kerana terlalu sibuk bekerja part time, kali ini Qisya nekad untuk menebus silapnya. Malam ini dia akan open table, dia nak belanja semua orang makan.

Qisya terhendap-hendap belakang badan Ren. Apa macam nak berkawad aje kawan dia ni senang diri pula. Bila dia nampak Ren tengah pegang barang, auto senyuman Qisya melebar. "Kau bawa apa tu? Untuk aku ke?"

"Herm haah." Ren hulur sejambak bunga Rose yang juga diselit dengan beberapa biji coklat. "Happy graduation, Lia. Selamat melangkah ke dalam alam pekerjaan bila kau kena hadap hari-hari kena kerja cari duit, no more class cancel and no more lecturer text dia tak masuk kelas."

"Ada tak cara untuk aku dapat duit selain kerja? Malaslah pula nak kerja." Cemberut wajahnya menyoal.

"Ada."

"Apa dia?"

"Tanam pokok duit. Bila sampai musimnya nanti pokok kau berbuah, kau dapatlah duit. Sementara kau tak ada duit tu, kau makan maggi. Biar rambut kau botak sebab makan maggi hari-hari." selamba Ren berlawak bodoh.

Papp!

"Lia, eii sakitlah! Kau suka tampar bahu aku, tahulah kau jeles aku pergi gym kan."

"Tak ada maknanya."

Ren ketawa. Qisya juga turut sama ketawa. Di hari yang indah ini mengapa perlu ada tangisan?

Mereka melabuh punggung di kerusi berhampiran tasik. Sambil mata memerhati gelagat pelajar universiti yang bergambar dengan keluarga, hati Qisya terjentik rasa sayu.

Bukan Dia Tapi Aku (C)Where stories live. Discover now