BDTA | 25

3.5K 141 8
                                    

What if everything you are going through is preparing you for what you asked for? -Emir
---

Fareez menanti dengan penuh sabar di luar bilik bedah. Tangan hanya sempat dicuci tapi baju masih tidak diganti kerana Fareez ingin menunggu pembedahan tamat dahulu. Perfume dia sembur satu badan cukup untuk menghilangkan bau darah.

Kayla sudah keluar dari bilik bedah. Fareez bingkas bangun dari duduk. "Macam mana dengan keadaan dia, Kayla?" tanya Fareez tidak sabar.

"Alhamdulillah, pembedahan berjalan lancar cuma kecederaan kat tulang kaki Cik Qisya akan menyukarkan Cik Qisya untuk berjalan seperti biasa buat sementara waktu. Kaki dia badly injured, Dr Fareez."

Fareez memanjatkan rasa syukur yang tidak terhingga kepada Allah di dalam hati. Lega. Lega kerana tiada komplikasi berlaku. "How about physiotherapy? Cik Qisya boleh sembuh kan?"

Kayla mengangguk. Fisioterapi memang berkesan. "Rawatan tu membantu juga tapi kalau nak cepat sembuh kau tahulah kan kena guide dia juga."

"Thanks Kayla."

"My pleasure. By the way, kenapa aku tak nampak ahli keluarga Cik Qisya datang melawat? Yang peliknya kau pula yang setia tunggu sampai habis pembedahan." Kayla meluah rasa hairannya.

Depan bilik bedah ni kosong je, yang ada cuma kelibat Fareez sahaja. Selalunya ahli keluarga mangsa akan tunggu di luar bilik bedah.

"She has no family. Lagipun dia kena langgar sebab selamatkan aku."

Kayla terpempan. "Are you serious, Fareez? How come?"

"Langgar lari."

"Kau pasti ini kes langgar?" tanya Kayla lagi. Dia mula rasa ragu-ragu di dalam hati.

Fareez mengangguk laju.

"Ya, kalau tak apa lagi? Dah sah-sah kereta tu lari lepas langgar dia, sepatutnya pemandu kereta tu bertanggungjawab lah kan."

Kayla menggeleng perlahan, bukan itu yang dia cuba maksudkan. "I mean, mana tahu ada orang berniat jahat pada Cik Qisya ke. Tak pun maybe pada kau sebab kereta tu nak langgar kau kan?"

Fareez tergelak kecil mendengar balasan Kayla. "You with your drama pukul 7."

"I'm serious okay, Cik Qisya tu model terkenal. Orang terkenal ni ada peminat, haters pun ada."

"I don't think so." Fareez tak rasa yang langgar tu orang berdendam pada mereka. Kes langgar lari ni normal. Lepas terlanjur langgar orang, mereka akan lari untuk elak diri dari ditangkap.

"Apa kata kau bagitahu pihak media pasal ni? Maybe orang yang langgar dia akan cepat dikesan." Kayla memberi cadangan.

"No! Memang taklah!" Fareez pantas membantah.

"Kenapa pula?"

" Qisya itu model, itu kan privasi dia. Lagipun ni kan dah jadi kes polis biar lah polis yang siasat."

Tapi kalau dah jadi kes polis, kebarangkalian untuk pihak media tahu pun besar juga.

"Tapi tak mustahil orang ramai tak bercerita pasal ni. Insiden ni berlaku kat tempat awam kut, mesti ada yang merakam dan ambil gambar semua lepastu sebar kat media sosial. Benda sama je kan wahai Doktor Fareez?" Kayla memberi pendapat lagi.

Fareez diam, tidak cuba menyangkal lagi. Benar juga kata-kata Kayla itu, kalau bukan dari pihak media pasti orang ramai pun akan bercerita pasal ini.

Tapi kebarangkalian untuk orang ramai tak sebarkan pasal insiden tadi pun ada juga, mana tahu diorang tak cam itu Qisya.

Bukan Dia Tapi Aku (C)Where stories live. Discover now