BDTA | 1

7.4K 236 1
                                    

Kalau kita telah ditakdirkan untuk hidup bersama, pasti kita berdua tetap akan bertemu suatu ketika nanti. Sama ada kamu datang menemukan aku dahulu, ataupun aku yang datang menghampiri dirimu yang jauh dari pandangan mata z
---

"Rumah Istana Kellie atau Rumah Kellas telah dibina pada tahun 1905 oleh seorang peladang getah  terkemuka Scotland bernama William Kellie Smith. Bangunan tiga tingkat dibina mengikut reka bentuk sebuah  istana Moghul di bandar Agra, India. Tukang-tukang binaan bangunan tersebut dibawa khas dari Madras.

William Kellie Smith adalah dari sebuah kampung di Scotland yang dikenali sebagai Kellas. Pada tahun 1890, ketika berusia 20 tahun, Smith tiba sebelum Tanah Melayu membangun. Di Tanah Melayu, beliau kembali ke rumah beliau untuk berkahwin dengan orang Scotland tercinta, Agnes, dan isterinya dibawa ke Tanah Melayu pada tahun 1903.

Tahun berikutnya, pasangan ini diberkati dengan anak perempuan mereka yang bernama Helen. Selama bertahun-tahun selepas itu, Agnes berusaha untuk hamil, tapi gagal. William Smith terlalu mengharapkan seorang anak lelaki sebagai waris untuk mengambil alih kerajaan itu di Kepulauan Melayu. Setelah bertahun-tahun selepas itu, akhirnya Agnes telah melahirkan seorang anak lelaki bernama Anthony, pada tahun 1915.

Kelahiran anaknya ialah peringkat awal bagi keuntungan yang lebih besar untuk William Smith. Bagi merayakan kelahiran Anthony, William Smith telah memutuskan untuk memperluas rumahnya. Smith memulai perancangan untuk cadangan istana besar yang dirancangkan untuk digelar sebagai Rumah Kellas (Kellas House), sempena rumahnya di Scotland.

Bangunan ini tidak sempat disiapkan setelah Kellie Smith meninggal dunia di Pelabuhan Lisbon, Portugal untuk mengambil lif yang ditempah pada 11 Disember 1926. Bangunan yang ----"

"Adik!"

"Bangunan yang kekal dalam keadaan 'sedang dibina' telah menjadi tarikan pengunjung ke Ba----"

"Adik!" Fareez memanggil sekali lagi. Hatinya sudah mendongkol geram melihat perangai adik kembarnya yang pura pura buat pekak apabila dipanggil.

"Hana! Hani!" tempik Fareez sekali lagi.

Hana dan Hani serentak mengangkat muka memandang gerangan yang memanggil nama mereka tadi sebelum mereka saling memandang . Argh sudah habis lah .

"Eh abang? Abang buat apa kat dalam bilik kami?" tanya Hani sambil mukanya tersengih melihat Fareez yang sudah tercegat di pintu bilik. Riak muka Fareez sekarang ini tak payah cakaplah memang nampak menakutkan.

"Suara korang tak boleh kuat lagi ke? Abang tak dengar lah, abang nak tahu juga korang baca apa dari tadi sampai abang dekat bilik sebelah boleh dengar." tanya Fareez dengan nada sinis. Sebelah keningnya terangkat sikit memandang adik kembarnya itu.

"Tiada apa apa yang menarik pun. Kita orang tengah baca pasal Kellie Castle untuk buat folio sejarah nanti." balas Hana. Hani di sebelah hanya mengangguk mengiakan kata-kata kembarnya.

"Perlu ke baca kuat-kuat? Abang tak boleh fokus baca buku tahu tak? Esok dahlah ada peperiksaan, abang nak study ni."

"Maaf abang , kita orang betul-betul tak tahu. " balas Hani.

Kembar itu sudah tersengih memandang muka Fareez ingin meminta simpati. Yelah, takut betul abang mereka marah kan.

"Abang tak kisah adik nak baca pasal Kellie Castle ke pasal Genting Highland ke, abang memang tak kisah dengan semua itu malah abang ni tumpang rasa gembira tau sebab korang nak membaca. Yelah korang kan jenis alah dengan buku, ini macam satu kejutan budaya pada abang bila dengar korang membaca tambah lagi baca sejarah. Tapi abang pantang bila korang buat kerja sampai menganggu orang lain. "

Bukan Dia Tapi Aku (C)Where stories live. Discover now