BDTA | 19

2.9K 124 4
                                    

When the memories hit you
----

6 tahun kemudian

"Hayder, can you please check my schedule? " Qisya memaling wajah sekejap melihat Hayder, pengurusnya yang sedang berdiri tegak di sisi menemaninya tanpa jemu.

"Wait a minute." Hayder mengangguk dan terus membuka beg kecilnya yang disandang untuk mengeluarkan Ipad.

Sementara itu, cermin di hadapan ditenung lama oleh Qisya. Wajahnya masih kelihatan pucat sedikit walaupun sudah disolek tebal.

Jarang juga dia ingin meminta untuk disolek tebal seperti ini kerana selalunya solekan yang nipis saja sudah cukup untuk menampakkan seri wajahnya tapi hari ini terdesak.

"Kenapa muka you tu? I nampak you macam letih je tadi shoot. You tidur lewat semalam?" tegur Dinda dari jauh.

Dinda berjalan ke arah Qisya yang sedang duduk di kerusi berhadapan cermin lalu mengambil tempat di sisi Qisya. Wajah rakannya dipandang simpati.

"Yes, I ada shoot sampai pukul 2 pagi." balasnya ringkas sambil sebelah tangannya naik mengurut lembut kepalanya yang sedikit berdenyut-denyut.

Kalau tak makan panadol, macam inilah jadinya.

"I heard you want to stop modelling for a while. Is it true?" tanya Dinda lagi.

Dinda adalah seorang model juga tetapi Dinda adalah model yang free hair manakala Qisya lebih selesa menjadi model muslimah.

"I'm not sure but I still thinking about it. I think that is the best decision for now." Bibirnya cuba mengukir senyuman nipis memandang Dinda yang duduk di sebelah.

"What is it for? Do you want to go travel? Or perhaps you are getting married?" Dinda cuba meneka.

"I don't have a boyfriend, Dinda. " Qisya ketawa halus.

"You should get yourself a boyfriend. You are so pretty."

"Wow, that means a lot coming from someone as gorgeous as you!" Qisya membalas pujian.

Mereka berdua ketawa halus. Masing-masing adalah model, ada rupa paras yang cantik tapi sayangnya belum berpunya.

Umur sudah makin meningkat, tipu lah kalau Qisya tak mahu ada teman istimewa. Tapi itu lah, dia terlalu sibuk membina nama.

"So, where are you going? " Dinda bertanya lagi. Matanya memandang Qisya lama meminta jawapan.

"Malaysia."

"Malaysia? Are you going back to your hometown?"

"That is my first plan but I'm still thinking about it. I'm going to sign a new contract with a company over there. "

"Oh ya, I forgot about it. Your contract with Benjamin is going to end soon."

"Yes." Qisya sekadar mengiyakan.

"Miss, ada orang nak jumpa." Baru sahaja Dinda ingin membuka mulut untuk bertanya lagi, Hayder lebih cepat memintas.

" See you later." Qisya meminta diri.

"Miss Dinda cakap apa? "

Seraya mendengar soalan Hayder, Qisya terus berhenti melangkah. Dia memandang pelik Hayder di sebelah.

"Tiada yang penting pun. Tapi saya pelik, macam mana dia boleh tahu saya nak berhenti modelling buat sementara waktu?"

"Eh? Saya tak bagitahu siapa-siapa pun miss. Tak mungkin Mr. Benjamin pula yang bagitahu dia?" Dahi Hayder naik berkerut mendengar kata-kata Qisya.

Bukan Dia Tapi Aku (C)Where stories live. Discover now