BDTA | 13

2.8K 117 0
                                    

If Allah brings you to it, He will bring you
through it.
---

"Areesya.."

"Areesya.."

"Kenapa you tinggalkan I sayang? "

"I ..I paling takut bila you hilang dari hidup I. Jadi kenapa sayang--kenapa you tinggalkan I?"

"Cuba you bagitahu I sayang, apa lagi yang patut I buat untuk terima apa yang telah berlaku antara kita?"

"I tak akan mampu lupakan you, you cinta pertama I."

"Tempat you akan sentiasa kekal dalam hati I dan selagi I hidup I akan pastikan tiada siapa akan boleh gantikan you." Fareez mengongoi sedih.

Mata Fareez masih tidak berkalih pada surat itu walaupun pandangannya berbalam-balam kerana dikaburi air mata.

Dalam genggamannya, dua helai kertas surat sudah renyuk, serenyuk hatinya.

Assalamualaikum budak handsome I !

"Budak handsome you? I ini tunang you, sayang."

Fareez menggeleng beberapa kali. Dia cuba fokus sekali lagi.

Saat you baca surat ni, I dah pergi dari hidup you Fareez. Jadi I nak ceritakan pasal cita-cita I yang I impikan dari kecil lagi. You baca tahu, jangan skip! I teringin sangat nak jadi model, you pun tahu kan cita-cita I ni. I excited sangat, tak sabar nak pakai baju cantik -cantik rekaan pereka fesyen yang terkenal! Mesti I bertambah cantik kan, Fareez? Dan you akan lebih sayangkan I kan?

"Sekarang pun you dah cantik sangat sayang, you kan tunang I mestilah I sayang you." Fareez mengumam sekali lagi. Dia sudah ketawa kecil dengan air mata yang masih mengalir di pipi.

I appreciate your effort, dear. You baik sangat dengan I. You suka manjakan I dengan benda yang I suka walaupun you tak mampu tapi you cuba sebaik mungkin untuk penuhi permintaan I. I terharu sangat Fareez, sampai satu tahap I rasa yang I tak layak untuk memiliki you. I masih ingat lagi usaha you untuk pikat I dari tingkatan 2 lagi dan I cuma hiraukan you. You tak pernah penat untuk kejar I, dan berkat doa you juga hati I terbuka untuk terima you dalam hidup I.

Fareez, kebelakangan ni I selalu fikir bukan-bukan. I takut nyawa I tak panjang untuk hidup bersama you hingga kita ada anak yang comel - comel dan kacak macam you. I takut Fareez, I tak nafikan yang I takut mati tapi siapalah I untuk menolak ketentuan Allah. Mati itu benda yang pasti, sayang.

I cuba kumpulkan kekuatan I untuk menulis surat ni pada you. I tak pernah bagitahu you perasaan I dan selama ini hanya you yang selalu meluah rasa cinta pada I. I minta maaf, Fareez.

I cintakan you, I sayangkan you dan I sukakan you, encik tunang. Terima kasih atas segala pengorbanan you dan kesetiaan you sepanjang kita bersama. I mohon sangat, jika I benar-benar pergi tolong jangan tangisi pemergian I. Redhakan segalanya, sayang. Mungkin sudah tertulis jodoh kita tak panjang.

Jaga diri baik-baik sayang. Eat well and sleep well . Sebaiknya you cari pengganti I yang boleh menggembirakan you and mampu membahagiakan you lebih daripada yang I pernah buat.

I sayang you, sampai mati.

"Fareez." Fareez tersentak. Dia mendongakkan kepala memandang gerangan yang memanggilnya.

Bukan Dia Tapi Aku (C)Where stories live. Discover now