BDTA | 63

3.7K 236 25
                                    

You had me with your words.
You lost me with your actions.
---

Qisya pov

Setelah mendengar nasihat Ren, aku terus saja menyelesaikan kerja yang menanti dan bingkas pulang ke rumah. Hayder yang menjadi pemandu setiaku turut rasa pelik apabila aku meminta dia untuk menghantarku ke rumah umi dan walid.

Ya. Rumah keluarga Fareez.

Pandangan hairan umi dan walid yang memandangku begitu tergesa-gesa naik ke bilik aku hiraukan selepas mengucup hormat tangan mereka. Hatiku berkobar-kobar untuk mencari kebenaran yang selama ini aku minta untuk dijelaskan.

Mungkin benar kata Ren, Fareez saja ada jawapannya. Fareez pegang kunci kepada kebenaran yang aku mahukan ianya tersingkap.

Sekarang aku telah tiba di dalam bilik Fareez. Pandangan mataku diliarkan memerhati segenap ruang. Persoalannya, di mana dan bagaimana aku ingin jumpa apa yang aku cari? Di sudut mana aku harus mulakan carianku?

Sama seperti dalam movie seram yang memaparkan pelakon melihat hantu di bawah katil, aku bersusah payah menunduk dan melihat barang yang mungkin ada disimpan di bawah katil Fareez. Sebenarnya aku sedikit terganggu dengan kotak di bawah katil Fareez saat bermalam di rumah mertuaku bulan lepas, tapi aku tidak punya masa untuk memeriksa.

Bingo! Aku telah jumpa sebuah kotak besar berwarna hitam. Aku cuba mencapai kotak itu namun hampa kerana kotak itu terlalu jauh di tengah katil. Dengan keadaan aku yang cepat letih apabila menunduk membataskan pergerakan aku.

Alternatifnya, aku mencapai sebatang penyapu dan menolak perlahan kotak besar itu berulang kali sehingga aku dapat mengambilnya sendiri.

Bersama ucapan bismillah, aku sandarkan tubuhku pada kaki katil. Aku tercungap-cungap kepenatan. Aku ambil nafas sebentar. Kotak hitam aku pandang lama sebelum aku memutuskan untuk melihat isi dalamnya.

Alisku naik berkerut apabila melihat isi dalam kotak itu.

Modul kompilasi nota biologi tingkatan 4 dan 5. Modul kompilasi nota fizik tingkatan 4 dan 5 . Modul kompilasi nota kimia tingkatan 4 dan 5 .

Kotak muzik Lyane. Kasut sukan jenama Adidas. Jam tangan. Beberapa batang pen. Dan akhirnya sekeping nota kecil.

Tanganku terketar-ketar memegang nota kecil itu. Entah kenapa hatiku berdebar-debar untuk membaca tulisan di atas kad itu.

Jangan cuba cari saya, Fareez. Semakin awak cuba untuk mencari saya, semakin jauh saya akan bersembunyi dari awak. Anggaplah pemberian yang tidak seberapa ini sebagai tanda bahawa saya sentiasa dekat dengan awak.

Tapi itu dulu, sekarang tidak lagi. Ini adalah hadiah yang terakhir daripada saya untuk awak. Sometimes, the heart loves but the lips cannot speak. Terima kasih atas segalanya, awak dah buat saya bahagia.

Teruskan bahagia, Fareez. Awak bahagia, saya pun tumpang bahagia. Assalamualaikum.

"Arghh!" Aku menjerit kesakitan. Kepalaku seperti sedang dicucuk-cucuk dengan benda yang tajam.

Sakitnya ya Allah. Saat ini juga semua memori terlayar semula dalam ingatanku. Setiap cebis dan setiap inci memori yang aku telah lupa untuk beberapa bulan ini telah muncul dalam ingatanku semula.

Bukan Dia Tapi Aku (C)Where stories live. Discover now