BDTA | 32

3.4K 172 20
                                    

Kita sama-sama mencuba.
-----

Dua bulan kemudian

Fareez melihat Emir di hadapan yang sedang makan dengan begitu berselera. Hari ini Emir yang ajak Fareez makan tengah hari di luar selepas habis kerja. Kata Emir nak belanja Fareez makan sempena hadiah kahwin yang Emir lupa nak bagi.

Hadiah kahwin apanya, dah dua bulan dah pun Fareez kahwin. Fareez selaku kawan yang baik hati ikutkan ajelah Emir. Kesian kawan tu mesti sunyi sebab isteri tinggal berjauhan lepas tu guna alasan nak ajak dia lepak temankan makan.

' Nasib baiklah isteri aku tak tinggal jauh, kalau tak macam Emir la nasib aku. '

" Hoi! Kau tersengih macam kerang busuk tu kenapa? Rindu isteri kat rumah? " sakat Emir. Geli jugak dia tengok Fareez duk sengih dari tadi. Makanan kat depan dia tak makan pun tapi sibuk berangan.

"Haah." Fareez mengiyakan tanpa segan silu. Nak malu apanya, rindu cakap rindu.

"Jangan buat aku sedih, Reez. Aku pun rindu isteri aku."

Fareez angkat kening. Kata rindu isteri tapi kenapa hantar isteri tinggal rumah mak mertua?

"Kenapa kau hantar isteri kau balik rumah mak dia?"

"Isteri aku kan tengah mengandung. Mengandung kali kedua ni dia banyak pula alahan. Aku tak berapa reti sangat nak handle dia punya alahan. Lepas tu mula lah nak makan benda-benda merepek. Aku larang pun bukan dia nak dengar. Sudahnya mak mertua aku yang bagi cadangan suruh hantar Atiqah kat rumah dia. Sekurang-kurangnya kalau Atiqah tak boleh dengar arahan aku, arahan mak dia, dia tak akan langgar punya."

Rindu tu memang rindu. Tapi nak buat macam mana, perangai ibu mengandung ni pelik semacam. Benda yang tak boleh dimakan lah dia nak makan. Mana tak naik pening Emir. Dahlah Emir kerja, buatnya Atiqah pergi beli juga makanan tu bila Emir kerja lepas tu makan senyap-senyap tak ke naya.

"Tu lah kau. Buat dia mengandung pandai, nak handle alahan dia tak pandai."

"Eh sorry sikit. Waktu Atiqah mengandung kembar tu, aku boleh je layan semua kerenah dia sebab tak banyak ragam. Tapi pregnant kali kedua ni yang mencabar sikit."

"Isteri kau belum mengandung Reez, jadi kau belum rasa lagi apa aku rasa. Waktu tu baru kau faham macam mana susahnya nak jaga ibu mengandung. Aku tak kisah pun sebenarnya. Dah isteri aku banyak perangai pun sebab mengandung anak aku juga, so aku tak ada masalah la. Cumanya mengenangkan ajela."

Waktu cuti dia tetap balik rumah mak mertua nak tengok Atiqah.

"Hmm." Hanya itu jawapannya kerana dia sedang memaksa diri menelan mi goreng.

Entahlah, dia tak ada selera.

"Qisya macam mana? Kaki dia makin pulih?"

"Semalam aku ada jumpa Doktor Nuffail, doktor bahagian fisioterapi. Aku sempat tanya perkembangan isteri aku, doktor tu cakap isteri aku makin sembuh. Tak lama lagi dia boleh berjalan macam biasa."

"Bagus lah tu. Tapi kenapa aku tengok kau macam tak bahagia?"

"Ha itulah masalahnya. Ni yang aku runsing ni."

Bukan Dia Tapi Aku (C)Where stories live. Discover now