BDTA | 31

3.3K 158 17
                                    

"I started calling her 'sayang' and I hope the feelings will become true." -Fareez
---

Fareez pov (all scene)

Aku melihat dia sedang tidur dengan nyenyak. Dahinya sudah basah dengan peluh.

Aku menekapkan tangan ke leher isteriku. Panas. Masih panas seperti tadi. Tak boleh jadi ni.

Aku terus mengeluarkan telefonku dari poket untuk menghantar chat kepada Hana, menyuruh dia menghantar besen kecil. Sementara menunggu Hana, aku mengeluarkan tuala kecil dari dalam almari.

"Abang." Hana sudah sampai dengan satu besen kecil berwarna silver. Aku mengambil besen itu dari tangan Hana dan masuk ke dalam bilik air. Paip air aku buka dan tidak sampai beberapa saat, besen itu sudah dipenuhi air.

"Abang nak buat apa?"

Aku melihat Hana sekilas. Hana masih berdiri di tepi pintu.

"Akak demam."

"Demam? Tak bawa akak pergi hospital ke?"

"Tak." Aku menggeleng sekali. Tuala kecil itu aku basahkan sedikit dengan air dan lengan baju Qisya aku sinsing ke atas untuk mengelap tubuhnya.

Kalau Qisya tahu ni, masak la aku kena bebel. Tapi nak takut apa kan, aku ni suami dia.

Aku lap seluruh lengan, leher dan muka Qisya. Wajah Qisya yang sedang nyenyak tidur aku pandang lama.

Kasihan dia. Kerana aku, dia terpaksa hadap semua hinaan. Sudah lah kami baru berkahwin. Aku rasa malu, aku yang lamar dia tapi mak cik aku sesuka hati aje hina dia cukup-cukup.

"Kesian akak kan. Akak tak sihat lagi." ujar Hana.

Aku hanya mendengar, mengiyakan dalam hati . Dalam hati ni dah menggelegak rasa marah pada mak cik aku sendiri. Kadang-kadang aku rasa hairan tengok mak cik aku ni. Umur dah tua, tapi masih galak membuat dosa.

Aku bukan nak cakap yang aku ni sempurna sangat sampai tak buat dosa langsung. Tapi janganlah sampai memfitnah dan mencela orang.

Mak cik aku pun satu, dah terang-terang isteri aku cakap dia ni model, nak cakap Qisya menipu buat apa. Apa guna ada telefon canggih, masuk banyak-banyak group dalam facebook tu pandai pula, tapi kenapa tak guna telefon canggih yang sama tu untuk google nama 'Qisya Aulia'. Kan dari situ dah boleh check sendiri betul ke tak apa isteri aku cakap.

Bukan setakat nak tuduh isteri aku menipu tapi boleh pula dia cakap perkara buruk pasal keluarga isteri aku. Wah wah wah, macam dah banyak pahala pula dia orang ni.

Aku yang mendengar umi cerita apa yang jadi sewaktu aku tiada tadi pun dah rasa menyirap darah. Kalau bukan umi aku yang tahan, rasa dah kena ceramah dah makcik-makcik aku ni.

"Abang..Hana tanya ni." Suara Hana mematikan lamunan aku.

Aku yang dari tadi menyumpah mak cik aku dalam hati terus menoleh Hana dan mengangkat kening sebelah. Tanganku masih tak lepas mengelap lengan Qisya.

"Apa?" Aku menyoal kembali.

"Apa abang Fareez berangan di siang hari ni? Hana tanya abang masuk kerja bila?"

"Esok."

"Hah?!" Hana terkejut mendengar jawapanku. Aku meletakkan jari telunjuk ke bibir, menyuruh Hana diam.

"Tak nampak kak Qisya tengah tidur?"

Hana menyengih dan menayangkan sebaris giginya yang putih kepada aku. Aku menggeleng kepala melihat perangai adik kembarku itu.

Bukan Dia Tapi Aku (C)Where stories live. Discover now