BDTA | 59

4.2K 223 35
                                    

Maaf. Permintaan maaf kita boleh tuturkan walau sejuta kali tapi buat hati yang telah terluka, mampukah maaf itu mengubati setiap detik kesakitan yang telah mereka lalui?
---

"Maaf. Seribu kali maaf kita boleh cakap, Haykal. Apa yang susahnya nak cakap maaf? Haykal cuma kena buka mulut tu then minta maaf."

Haykal membisu. Adam dan Qistina masih tajam melihatnya bersama Encik Raid dan Puan Syafira.

"Dari awal lagi abang Adam dah pesan, jangan sakitkan adik kamu sendiri. Adik kamu tu dah menyesal dengan apa yang dia dah buat dulu, tapi kamu degil. Kamu hukum dia cukup-cukup. Kamu berterusan seksa dia, sampai lah jadi macam ni. Kamu nak jadi Areesya 2.0 ke? Ha kan kamu sendiri menyesal lepas kamu tahu apa yang jadi pada adik kita bila dia tak balik." bebel Adam lagi.

Encik Raid mengeluh berat membuang pandangan ke arah luar tingkap. Sesekali menantunya yang sedang terbaring di katil hospital itu dia lihat sekilas.

"Haykal dah menyesal abang, tolonglah." rayu Haykal perlahan.

Peristiwa yang telah berlaku telah menyedarkan Haykal bahawa layanannya terhadap adik sendiri terlalu teruk. Haykal sedar dia telah melampaui batas, seolah-olah dia tidak dapat menerima kenyataan bahawa mama dan papa mereka pergi disebabkan ajal mereka yang telah tiba bukannya kerana Qisya.

Hari ini sudah genap dua minggu Qisya tidak sedarkan diri. Haykal resah, setiap hari yang dilaluinya terasa tidak lengkap selagi dia tidak meminta maaf sendiri atas semua kelakuannya yang tidak wajar kepada Qisya.

"Betul ke ni Haykal dah menyesal? " Adam bertanya serius.

Haykal mengangguk laju.

"Bagus pun Haykal dah menyesal. Namun penyesalan Haykal macam dah terlambat. Bila adik dah terbaring macam ni, semua yang sakitkan adik automatik semua dah menyesal. Haykal menyesal, Fareez pun sama. " tutur Adam menambahkan rasa bersalah Haykal.

Puan Syafira hanya menunduk sambil mengelus lembut jemari menantunya. Ada sedikit rasa malu bertandang dalam hati Puan Syafira bila mengenangkan kelakuan anaknya kepada isteri sendiri.

"Manusia akan mula belajar menghargai bila dah rasa kehilangan. Tapi bila kamu dah sedar dengan kesilapan sendiri, nak ke Qisya terima kamu balik? Entah-entah dia dah tawar hati dengan kamu." celah Qistina setelah lama mendiamkan diri.

Sebagai kakak sulung, Qistina lebih memilih untuk tidak berpihak kepada siapa-siapa apabila Haykal tetap dengan keputusannya ingin membuang Qisya.

Qistina tidak mahu dia dilabel berat sebelah untuk menyebelahi Qisya walhal ada sedikit benar apa yang Haykal katakan. Qistina juga tetap tidak boleh menerima perbuatan Haykal yang sanggup membuang adik sendiri hanya kerana rasa dendam dan amarah.

"Fareez mana, umi?" tanya Adam kepada Puan Syafira.

Puan Syafira dan Encik Raid sendiri yang menyuruh mereka semua memanggil umi dan walid kerana keluarga Qisya dianggap seperti anak-anak mereka juga.

"Fareez cakap dia ada dua pembedahan kena handle harini." balas Puan Syafira.

Meskipun Puan Syafira melancarkan perang dingin kepada Fareez, tapi Fareez tetap memberitahu jadual kerjanya kepada Puan Syafira tadi seperti biasa.

Bukan Dia Tapi Aku (C)Where stories live. Discover now