BDTA | 9

2.7K 126 0
                                    

Hiduplah dengan apa yang boleh membahagiakan kamu, kerana kebahagiaan kamu juga adalah kebahagiaanku.
---

Hari ini hari terakhir peperiksaan SPM. Bila tiba hari yang terakhir, Qisya sudah berkobar-kobar untuk menjawab soalan. Maklumlah kertas yang bakal dijawab itu adalah subjek kegemarannya, Prinsip Perakaunan.

Paling seronok kalau dapat jawapan imbang. Dia punya seronok tu rasa nak berjoget on the spot.

Hari yang indah dirasakan bertambah indah apabila orang yang ditunggu-tunggu bakal pulang. Siapa lagi kalau bukan Haykal.

"Weh, aku tak percaya dah habis exam!!" Atiqah menjerit suka di sebelah Qisya.

Qisya yang sudah sedia maklum dengan suara nyaring sahabatnya pantas menekup kedua-dua belah telinganya sebaik sahaja dia melihat Atiqah berlari ke arahnya. Tolong pergi jauh-jauh, tak nak mengaku kawan! Malu woi.

"Aku tabik dengan kau, suara kau ni tak payah susah-susah nak menjerit lagi dari jauh dah dengar." sindir Qisya.

"Terima kasih atas pujian kau. " Atiqah tersengih. Peduli apa dia kalau Qisya perli sekali pun, benda biasa dia hadap.

"Malam ni, jom pergi karaoke!"

"Eh kau ni, mati aku nanti kena hempuk dengan abang ipar aku. Abang ipar aku tu dah macam papa aku tau."

Qisya mengeluh kecil, abang Adam memang begitu baik sekali dengannya. Dia tahu abang iparnya bersikap protective seperti itu kerana permintaan alongnya untuk menjaga Qisya bila dia tiada di sini. Kerana itulah dia tidak ingin menyusahkan abang iparnya dengan membuat onar di belakang.

Matanya dilarikan memandang kawasan sekolah. Riak wajahnya bertukar ceria apabila matanya dapat menangkap susuk tubuh yang sedang berdiri di luar pagar.

'Along!'

"Beb, aku balik dulu."

Belum sempat Qisya melangkah, begnya ditarik dari belakang. "Eh tunggulah, malam ni on tak?"

"Aku off !"

Pintu bilik guru ditutup rapat

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Pintu bilik guru ditutup rapat. Kakinya berjalan perlahan merapati Emir yang sedang duduk di bangku taman.

"Dah selesai ke?"

Fareez mengurut perlahan belakang tengkuknya. Tengkuknya berasa lenguh pula.

"Dah, aku rasa penat." rungut Fareez.

Emir tergelak. Dah salah sendiri kena lah tanggung akibatnya. Fareez ini memang cuai betul, boleh pula dia tersilap hantar puisi pada Cikgu Siti untuk halaman karya kreatif pelajar yang akan dipaparkan dalam majalah sekolah.

Sepatutnya Fareez menghantar puisi yang telah dikompilasi awal-awal daripada karya para pelajar tapi boleh pula Fareez menghantar puisi yang belum diedit. Sudahnya mereka harus bergegas pergi ke sekolah semula untuk menghantar puisi yang betul sebelum softcopy dihantar kepada pihak pencetakan.

Bukan Dia Tapi Aku (C)Where stories live. Discover now