BDTA | Special Chapter - 2

3.8K 221 11
                                    

"Aryan...ibu penat sayang." Qisya mengetap bibir kuat. Rambutnya sudah kusut kerana diramas sendiri. Perlahan-lahan Qisya bangun dari pembaringan dan tersandar lemah pada sofa.

Tangisan Aryan makin menjadi-jadi. Bibirnya tercebik-cebik menangis, merah mukanya saat Qisya gendong. Qisya mengagahkan diri untuk berjalan ke arah katil bersama Aryan.

Seminit..dua minit..

Aryan masih menangis, puas Qisya memujuk. Macam-macam cara dia dah buat, bagi susu lepas itu dodoi suruh tidur balik. Tepuk belakang Aryan lembut takut Aryan tak selesa ke apa, tukarkan baju Aryan.

Tapi masih menangis.

"Sayang, kenapa ni? Ibu tak larat tahu tak, sayang." Sempat tengkuknya diurut lembut, tidur atas sofa boleh sakit badan dengan dia yang baru lepas keluar bilik air satu jam yang lepas kerana muntah.

Mana abang ni? Tubir mata Qisya berair. Qisya betul-betul memerlukan Fareez sekarang.

Lama berfikir akhirnya Qisya membaringkan Aryan semula di atas katil. Tudung sarung dicapai dan kunci kereta bersama dompet diambil di atas meja. Aryan didukung kembali turun ke bawah.

Destinasi yang harus dia tuju adalah klinik. Walaupun badan tak larat sangat nak drive tapi nak harapkan siapa? Fareez pun tengah kerja.

Haih, Aryan anak ibu..

"Syhhh

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Syhhh...ibu tidur tu, sayang. Hero ayah baik, tak meragam." Fareez cuba memujuk Aryan yang telah bangun dari lena. Ubun-ubun anaknya dicium lama. Walang hatinya mendengar tangisan kuat Aryn.

Dia sudah balik sepuluh minit lepas terkejut bila nampak Qisya dan Aryan sedang tidur nyenyak di ruang tamu. Bukan setakat terkejut, tersentak dan tergamam pun ada apabila Fareez melihat 'pemandangan' yang terbentang luas di hadapannya.

Qisya sedang tidur dengan tudung masih di kepala. Plastik ubat dari klinik berada di atas meja menandakan isterinya baru pulang dari klinik.

Fareez tanpa kata terus naik ke atas dan menukar baju Aryan kemudian menidurkan Aryan kembali. Tangisan Aryan mulai reda apabila dipujuk begitu.

Dahi Aryan ditekap menggunakan belakang tapak tangan. Panas. Fareez mengeluh kecil, patutlah Aryan tak selesa rupanya demam. Macam manalah Qisya boleh nyenyak tidur sedangkan anak sedang menangis kuat.

Setelah selesai Fareez menidurkan Aryan kembali, langkahnya diatur ke ruang tamu. Qisya masih sama, dia masih dalam alam mimpinya.

Fareez bersimpuh di atas lantai menghadap sofa. Dengan berhati-hati Fareez menanggalkan tudung sarung Qisya.

"Sayang." Wajah pucat Qisya diusap.

"Panasnya ya Allah."

Fareez rasa resah, dahi dan leher Qisya turut menjadi tempat belakang tapak tangannya berlabuh.

Bukan Dia Tapi Aku (C)Where stories live. Discover now