BDTA | 20

3.5K 136 3
                                    

Inilah permulaan baruku. Permulaan yang tercipta kesan tindakanku 8 tahun yang lalu.
---

"Jaga diri nanti di sana miss." pesan Hayder. Hayder menyorong bagasi Qisya ke hadapan sedikit manakala tangan kirinya masih mengenggam erat passport Qisya.

"Insyaallah. Saya tak perlu takut, Malaysia negara kelahiran saya."

"Memang lah, itu negara kelahiran saya juga. Tapi miss dah 8 tahun tak balik Malaysia. Dah banyak perubahan berlaku di sana."

"Alright. Tak payahlah panggil saya miss lagi. Awak bukan pengurus saya lagi, Hayder." balas Qisya. Tangan kiri naik menunjuk passportnya yang berada di genggaman Hayder meminta untuk dikembalikan.

"Boleh ke saya panggil Aulia?" Hayder tersengih gembira.

"Apa pula tak boleh. Panggil lah saya dengan mana-mana nama saya cuma panggil sayang je tak boleh." usik Qisya.

Hayder yang mendengar hanya tergelak kecil. Qisya juga turut tergelak. Seronok juga rasanya bila dapat menyakat pengurus sendiri.

"Pandai Lia bergurau."

"Saya pergi dulu. Semoga ada rezeki untuk kita berjumpa lagi di tanah air nanti."

"Semoga ada rezeki untuk saya bekerja dengan awak lagi Lia." Hayder juga berharap.

LAPANGAN TERBANG ANTARABANGSA KUALA LUMPUR (KLIA)

Йой! Нажаль, це зображення не відповідає нашим правилам. Щоб продовжити публікацію, будь ласка, видаліть його або завантажте інше.

LAPANGAN TERBANG ANTARABANGSA KUALA LUMPUR (KLIA)

Papan tanda itu Qisya amati buat seketika. Akhirnya, dia tiba di negara kelahirannya dan tempat di mana keluarganya berada.

Masa yang ditunggu-tunggu kini tiba. Masa di mana dia pulang kembali ke pangkuan keluarga setelah 8 tahun berjauhan.

8 tahun. Bukan masa yang singkat, apatah lagi bukan masa yang sungguh lama. Selama mana dia cuba melarikan diri dari kenyataan yang memeritkan, selagi itulah dia tidak akan dapat melupakan.

Menyambung pelajaran di negara orang bukanlah satu keputusan yang harus disesali kerana bagi Qisya itu adalah impiannya dari dulu lagi.

Namun tindakannya untuk mencari kerja di sana dan menetap di negara orang selama 8 tahun itu bukan satu tindakan yang boleh membuatkan dia menarik nafas lega.

Takut sebenarnya nak pulang. Tapi sampai bila dia ingin menjauhkan diri dari keluarga sendiri?

' Ya Allah ya tuhanku, sesungguhnya aku perlukan kekuatan untuk menempuhi segala yang menyakitkan aku di sini.'

Qisya sempat berdoa di dalam hati untuk kehidupan barunya yang bakal dia tempuhi nanti. Demi melupakan segalanya, dia harus berdepan dengan apa yang telah menyakitkan hatinya dahulu.

'Jika dia ditakdirkan untukku, pertemukanlah aku dengan si dia. Jika dia bukan tertulis untukku, jauhkanlah dia dari pandangan mataku.'

Bukan Dia Tapi Aku (C)Where stories live. Discover now