BDTA | 10

3.4K 134 1
                                    

I want you. Only you. How I wish I could make you want to stay. -Fareez
-----

Fareez merenung setiap inci wajah Areesya dengan penuh minat. Wajah kesayangannya itu begitu cantik dan berseri-seri sekali walaupun tubuhnya hanya berbaju t-shirt hitam biasa dengan topi dipakai menutupi kepala.

"Sayang!"

Fareez tersedar dari lamunan apabila namanya dipanggil kuat. Dia pantas merenung hadapan, wajah Areesya sudah cemberut melihatnya.

"Sorry dear, I termenung pula." Fareez menggosok belakang telinganya yang memerah kerana malu yang teramat.

"I punya excited nak cerita pasal rancangan I untuk masa depan kita dan you boleh pula termenung dengan mata tak lepas dari tengok muka I je dari tadi! " bentak Areesya.

Kakinya sudah dihentak- hentak di bawah meja, gaya seperti Fareez pandang perempuan lain pula padahal jejaka itu ralit memandangnya.

"I can't take my eyes off you. You cantik sangat, dear." pujuk Fareez.

Siapa sangka Fareez yang merupakan pengawas yang paling garang dan sukar didekati di sekolah ini rupanya sweet talker. Kalau Emir dan Haykal nampak apa yang dia buat sekarang ni, pasti dia kena bahan sepanjang hidup.

Areesya seperti sudah termakan dengan pujuk rayu Fareez. Tangannya yang mulus mula merayap ingin memegang tangan Fareez lalu Fareez pantas mengelak.

"Kita belum halal sayang." Fareez berkata lembut.

Areesya yang mendengar mencebik tidak suka. Nak pegang sikit pun tak boleh. Fareez macam perempuan pula nak elak-elak daripada kena sentuh bagai.

"Ada apa you nak jumpa I ni? Ada hal mustahak ke untuk dibincangkan?"

"I saja nak jumpa you. You makin sibuk sekarang ni sampai jarang nak spend time dengan I."

"I banyak kerja la, kebelakangan ni I sibuk sebab I tengah survey modelling agency yang tengah ambil model baru."

Fareez tergamam. Tak akan Areesya ingin jadi model pula sekarang?

"You nak jadi model? Seriously Areesya?" Matanya sudah membulat besar memandang wajah cantik itu.

Areesya mengangguk. "Yup, you dah lupa ke? I memang nak jadi model dari dulu lagi dan I pernah cakap pada you lah pasal cita-cita I tu."

"Memanglah tapi I ingat you bergurau je. Kenapa you nak jadi model? Model tu kan banyak pakai seksi-seksi, and you just agree with that easily? " Fareez bertanya lagi.

Areesya menyilang tangan di dada dan belakang badannya dibawa bersandar ke kerusi sambil matanya merenung tajam Fareez di hadapan.

"Kalau ya , kenapa? You nak halang I daripada capai cita-cita I? Macam tu ke Fareez Aiman?"

"It is not like that. Cuma kalau you diterima untuk jadi model dan you pergi shooting sampai ke luar negara, I macam mana?"

Areesya mengeluh kasar. Oh god! Kenapa childish sangat Fareez ni.

"Memanglah I akan pergi ke luar negara kalau I diterima sebab I mohon untuk kerja di sana. I tak akan bekerja di sini, sayang." Perkataan sayang itu Areesya tekankan sedikit di akhir ayat.

Fareez tergamam sekali lagi. Areesya nak tinggalkan dia?

"Apa-apa pun tunggulah result SPM kita keluar dulu. Lagipun tak lama mana, 2 minggu je dear."

"Family I kaya Fareez. I tak perlu tunggu result SPM pun I boleh fly sana. I tak perlukan sijil atau kelayakan bagai la. " ujar Areesya angkuh. Tangannya masih tidak lepas daripada menatal feed Instagram.

Bukan Dia Tapi Aku (C)Where stories live. Discover now