BDTA | PROLOG

8K 293 1
                                    

Suasana di meja makan pada malam itu sepi sekali persis di tanah perkuburan. Masing masing tidak berani mengangkat kepala daripada memandang pinggan yang berisi makanan di hadapan.

Bukan kerana makanan itu tampak sedap tetapi masing masing takut dengan suasana hening yang dicipta Qisya.

"Papa rasa papa macam salah dengar , can you please repeat, Qisya?" Suara Encik Ikhmal yang tegas itu telah memecahkan kesunyian. Mata mengerling tajam memandang anak bongsunya .

"Qisya nak sambung belajar di universiti yang kakak pernah pergi. " ulang Qisya lagi.

"You mean Australia?" tanya Qistina.

"Yes, kakak."

"Apa semua ini, Qisya Aulia? Universiti kat Malaysia ni banyak kan, kenapa nak belajar jauh-jauh?" Puan Adjwa pula mencelah. Dari tadi dia hanya berdiam mendengar perdebatan antara anak bongsunya itu dengan suaminya, malah dia juga tidak terlalu setuju dengan keputusan anaknya itu .

"Kak Qistina boleh je pergi sana , kenapa Qisya tak boleh? Qisya nak juga merasa belajar dekat negara orang." tenang Qisya membalas.

"Tapi you look ----"

"Too young? Or too immature? " pintas Qisya. Matanya tidak lepas memandang Encik Ikhmal untuk meminta penjelasan.

"You knew the answer." Encik Ikhmal membalas tenang. Matanya masih tajam memandang Qisya .

"Look papa, Qisya cuma nak sambung belajar dekat sana je bukan nak menetap sana selama-lamanya. Please papa, let me go." rayu Qisya.

"Papa tak tahulah nak cakap apa lagi, if I say no can you accept it? Mestilah tak kan, jadi baik kamu tanya mama kamu. Kalau mama bagi, papa pun terpaksalah lepaskan kamu." keluh Encik Ikhmal.

Tak guna juga jika dia melarang, nanti bermasam muka pula anaknya . Bukan dia tak kenal sangat dengan perangai anak bongsunya itu, manja sangat.

"Mama." panggil Qisya. Mata cuba dikerdipkan berulang kali untuk memujuk Puan Adjwa.

"Mama just---- Okay fine , you may go."

"Yes, thank you mama ! " Qisya bingkas bangun dari duduknya lalu memeluk erat tubuh Puan Adjwa yang duduk bertentangan dengannya.

"Tapi dik, kau balik kan dua tahun nanti? Jangan lupa along nak bertunang." kata Haykal.

Ya lah , adik yang bongsu ini memang sukar dijangka, cakap pun tak serupa bikin memang kadang kadang menaikkan darah orang sahaja.

"Jangan risau, along. Qisya bukan menetap kat sana pun, cuma nak belajar je. Balik sini nanti Qisya nak buat business sendiri dengan ilmu yang Qisya ada, insyaallah."

"Qisya ada duit simpanan sendiri? Kos belajar dekat luar negara mahal, papa dapat tanggung yuran pengajian Qisya sahaja. Macam mana Qisya nak survive?" keluh Encik Ikhmal.

Lagi dua tahun, dia bakal bersara sebagai pegawai kerajaan. Memanglah anak pertama dan keduanya sudah bekerja dan boleh menanggung diri sendiri, tetapi dia masih bekerja kerana dia punya tanggungjawab untuk menyara Qisya.

Tak akanlah Encik Ikhmal ingin mengharapkan duit dari anak-anaknya sahaja.

"Papa jangan risau, Qisya kan ada kerja part time. Qisya masih ada duit simpanan, nanti kalau Qisya tak cukup duit pandai-pandailah Qisya kerja part time dekat sana."

"Kakak pun boleh bantu adik, papa dan mama jangan risau. Qistina akan tolong adik."

Encik Ikhmal dan Puan Adjwa hanya mengangguk mendengar kata-kata dari anak sulung mereka. Qistina memang boleh diharap.

Sememangnya Qistina telah banyak meringankan beban keluarga dari segi kewangan kerana Qistina mempunyai perniagaan kedai makanan sendiri di beberapa buah negeri.

"Okay jom kita sambung makan." pintas Adam. Seriau juga dia melihat bapa mertuanya dengan adik iparnya berbalas kata di awal perbincangan tadi, tak sangka dia akan melihat Encik Ikhmal begitu tegas mempersoalkan tentang keputusan Qisya.

"Ashu nak pegi mane?" petah Fahmi bertanya. Tangannya sibuk menggapai-gapai udang di tangan Qistina.

Qisya tersenyum nipis mendengar pertanyaan Fahmi, satu satunya anak buah yang dia ada hasil dari perkahwinan Qistina dan Adam lima tahun yang lalu. Haih sedih pula nanti nak tinggalkan budak comel ni.

"Ashu nak pergi Australia untuk sambung belajar sayang."

"Bukan Ashu dah pergi sekolah ke? Kenapa nak pergi Australia lagi ?" Dahi Fahmi berkerut kerut apabila mendengar balasan Qisya, mungkin terasa pelik dengan kata kata Qisya itu.

"Ashu dah habis sekolah la sayang, dah dah jangan banyak tanya makan cepat. Kejap lagi nak pergi beli barang adik kan." celah Qistina.

Tangannya sudah sedia menyuap udang ke dalam mulut Fahmi . Walaupun Fahmi sudah berusia lima tahun, tetapi dia tetap ingin makan bersuap. Sudah puas Adam dan Qistina menyuruh Fahmi belajar makan sendiri tetapi Fahmi tidak mengendahkan mereka.

Sifat manjanya menjadi-jadi tambahan adiknya bakal lahir tak lama lagi.

Qisya hanya memandang sepi kakak sulungnya itu. Muka kakak sulungnya yang semakin berseri-seri sepanjang mengandung menambahkan rasa sayu di dalam hati.

Tidak mungkin dia akan melihat anak buahnya yang bakal lahir ini dalam masa terdekat kerana dia mempunyai perancangan lain yang tiada siapa tahu.

Qisya tak akan pulang dua tahun nanti untuk pertunangan along dan mungkin juga....

Qisya takkan balik Malaysia dah. Maafkan Qisya, mama papa. Qisya terpaksa, demi dia.

Bukan Dia Tapi Aku (C)Where stories live. Discover now