BDTA | 66

4.1K 230 39
                                    

Some memories never fade.
Just like the pain.
---

"Assalamualaikum anak ibu.." Qisya hampir melorot lemah apabila memandang batu nisan yang tertulis nama anaknya.

Luth Fayyad Bin Fareez Aiman.

Baru hari ini Qisya berkesempatan untuk menziarahi kubur arwah anak pertamanya.

"Ibu minta maaf sayang. Ibu lambat jenguk kubur awak. Ibu tak sengaja, ibu sendiri tak ingat."

Kalaulah Fareez terus terang pada dia lebih awal..

"Ibu minta maaf sebab tak mampu lahirkan Luth." sayu Qisya berkata.

Anak yang dikandung selama 5 bulan selama ini, anak yang berada bersamanya susah senang.

Sungguh Qisya kesal. Kesal kerana dia yang mengakibatkan anak mereka mati. Jujur dia juga malu untuk berhadapan dengan Fareez kerana silapnya memandu dalam keadaan cuai.

Hana dan Hani yang menemani turut terasa pilu. Hati mereka bagai dicarik-carik mendengar luahan hati si kakak ipar. "Akak..Jangan macam ni."

"Kesian dengan anak akak Hana, akak rasa bersalah dengan Luth yang tak dapat jumpa adik dia."

Hana memeluk erat bahu Qisya dan mengusap lembut bahu kakak iparnya. "Akak, ajal maut tu ketentuan Allah. Akak redhakan pemergian Luth ya. Luth tunggu akak di syurga."

"Kenapa abang korang buat akak macam ni? Kalau lah akak tak bergaduh dengan Fareez malam tu, mesti Luth dah lahir sekarang." luah Qisya lagi.

Kalaulah dia berkorban menahan hati dan perasaannya daripada marah pada hari kejadian, pasti semua ini tak akan berlaku. Tapi takdir sudah tertulis.

"Allah ambil Luth Fayyad dari akak dan abang Fareez tapi Allah kurniakan nyawa si kecil ni sebagai ganti. Allah ambil seorang, Allah kurniakan lagi seorang. Akak jangan persoalkan takdir, takdir Allah tak pernah salah. Allah lebih tahu apa yang terbaik, kita sebagai manusia cuma merancang." tutur Hani.

"Kita balik ya kak?"

Qisya memulas tombol pintu lemah

¡Ay! Esta imagen no sigue nuestras pautas de contenido. Para continuar la publicación, intente quitarla o subir otra.

Qisya memulas tombol pintu lemah. Kepalanya pening sedikit, mungkin kerana cahaya matahari yang begitu terik hari ini.

"Sayang dah balik?"

Qisya tersentak apabila ditegur. Dia sangka hanya dia seorang ada di rumah sekarang.

"Awak buat apa dekat sini?"

"Umi dan walid tak ada harini, jadi abang datang nak temankan sayang." ujar Fareez bersama senyuman lebar.

Akhirnya, setelah dua bulan tak jumpa isteri kesayangan dapat juga dia menatap wajah cantik ini. Fareez sangat berterima kasih pada umi dan walid yang sanggup cipta alasan untuk beri dia peluang meluangkan masa dengan isteri sendiri.

Tipulah Fareez rasa tak terkilan bila Qisya langsung tak menjenguk dia di hospital tapi apa yang mampu Fareez buat pun..

Qisya menjuling mata tanda menyampah dengan kata-kata Fareez. "Saya ni budak kecil ke sampai nak berteman? Lagipun Hana dan Hani ada kan."

Bukan Dia Tapi Aku (C)Donde viven las historias. Descúbrelo ahora