BDTA | 00

17.3K 307 5
                                    

   - بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم -
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang

BUKAN DIA TAPI AKU
By ; aisyaiya

STATUS
• Completed
• In editing process 

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Apabila hati sudah mula mencintai, peritnya tentangan yang mendatang tidak terperi....

"Kenapa mesti dia ? Sedangkan kau tahu yang dia sudah berpunya!" - ATIQAH DARMIA

"Berpunya? Selagi dia belum bertunang atau berkahwin, aku akan tetap menyimpan rasa ini. Hati ini sudah terlalu menyayangi, aku terseksa ! " - QISYA AULIA

"Kehadiran dia membawa seribu satu rasa di dalam hati ini. Tetapi akan ku teguhkan hatiku ini, hanya nama dia saja yang terpahat di sanubari. Aku akan menolongnya, jika itu sahaja jalan untuk aku membalas jasa baiknya." - FAREEZ AIMAN

"Sejak dari kecil lagi aku merana. Hadirnya si dia, tidak dapat aku nafikan. Dia membawa bahagia. Tetapi aku juga punya impian ! Jika dengan cara melepaskan dia boleh membantu aku untuk menggapai impian, mengapa tidak?" - AREESYA NABILA

"Hati mana yang sanggup melihat kesayangannya merana? Dua dua aku sayang, tetapi mustahil bagiku untuk memihak kepada kedua duanya sedangkan aku tahu siapa yang bersalah. Kuatkanlah hatiku untuk membantu mereka, aku ingin mereka bahagia." - HAYKAL IMAN

-----------------------------------------------------------
Mulut kata menerima tetapi hati menafikan.. Mampukah prinsip yang telah lama teguh itu dileraikan hanya kerana hadirnya si dia?

"Kau saja kan tak nak bagitahu aku benda sebenar? Apa semua ni Haykal ?! Kau kata kau kawan aku, aku percaya kau tapi macam ni kau balas?"

"Sebab kau kawan aku lah aku buat macam ni. Aku sayang korang dua , jangan ingat kau sorang je terseksa! "

"Lupakan dia, orang yang kau cinta itu dah tiada ! Belajarlah hargai orang yang selalu ada waktu kau susah , susah sangat ke? Jangan sampai suatu hari nanti kau merana kerana dia tak mampu lagi bertahan. "

-----------------------------------------------------------
Hati sudah penat mengejar, aku ingin berehat buat seketika. Jika kamu mahukan aku, kejarlah aku seperti mana aku mengejarmu dahulu.

"If you found someone you love in your life , then hang on to that love."

"Mencintai tidak semestinya memiliki. Kadang kadang tengok dia bahagia pun kau dah rasa bahagia. "

"Kau rasa bahagia bila dia bahagia, dan kau rasa sedih bila dia terluka sedangkan bukan kau yang alami situasi yang dia sedang lalui. Kau tak rasa ke kau dah jatuh cinta dengan dia? "

"Love is when the other person's happiness is more important than your own."

"Buat saya jatuh cinta pada awak kalau itu boleh membalas jasa baik awak. "

" Aku cinta dia , Ya Allah. "

~~~~~~~~~~~~~♡♡♡~~~~~~~~~~~~~

Apabila dirimu dilanda ujian, hidup dengan kesusahan , tekanan dan kesedihan . Tabahkan hatimu . Ingatlah janji Allah bahawa " sesungguhnya tiap-tiap kesulitan itu ada kemudahan"
(Al-Insyirah:6)

Bukan Dia Tapi Aku (C)Where stories live. Discover now