BDTA | Special Chapter - 1

4.5K 225 15
                                    

"Sayang." Pucuk hidung Qisya dicuit beberapa kali.

"Sayang..Bangun lah..." Penuh meleret Fareez memanggil bidadarinya supaya bangun. Tidak henti-henti Fareez menggesel hidung mereka untuk menyedarkan isterinya dari lena.

"Erm.." Qisya membalas pendek. Tangan Fareez yang semakin ligat mencuit hidungnya ditangkap dan digenggam kemas.

Dia rasa nak terbersin pun ada bila Fareez main-main dengan hidung mancung dia ni. Sekejap cuit sekejap Fareez tarik hidung dia lembut. Dah rasa macam anak patung pula.

"Apa ni abang? Kenapa kacau Qisya tidur?" Qisya mengeluh perlahan namun masih berlembut suaranya. Dia tidak suka tidurnya diganggu.

"Bangunlah sayang, tengok jam tu dah pukul berapa." ujar Fareez penuh lembut. Tangannya beralih mengelus rambut panjang Qisya.

"Pukul berapa sekarang?"

"8 pagi."

"Ha?!" Qisya automatik bangun dari pembaringan. Matanya tercelik luas memandang Fareez yang sibuk tersengih-sengih di sebelah.

"Kenapa abang tak kejut Qisya? Qisya tak masak untuk sahur pun. Qisya tak bangun sahur pun. Qisya belum solat subuh lagi. Qisya belum mandikan Aryan lagi. Abang dah bangun sahur ke? Abang makan apa sahur tadi? Qisya nak puasa macam mana kalau tak bangun sahur? Abang kenapa ---"

Fareez terus menutup mulut Qisya dengan belakang tapak tangannya untuk menghentikan bicara Qisya. "Sayang..masih awal pagi lagi nak bebel pada abang."

Fuh..macam train. Tidak berhenti bebelnya.

Mereka masing-masing diam seketika. Qisya tarik nafas perlahan, sesak juga dada dia tadi. Fareez ketawa kecil memecahkan kesunyian.

"Nasib baik abang bagi sayang cium tangan abang je kalau abang guna mulut nak hentikan sayang, alamatnya rosak lah puasa kita harini sebab dua-dua end up atas katil seharian."

Qisya membulatkan mata. Pap! Lengan kekar Fareez ditepuk.

"Cakap yang baik-baik je eh abang. Ni bulan puasa, bulan yang mulia jadi kurangkan cakap benda yang merepek, tak senonoh dan tak berfaedah."

"Apa pula tak senonohnya sayang? Abang cuma cakap benda betul kan." tukas Fareez laju. Matanya memandang wajah Qisya yang sudah berona merah.

Dia cakap apa tadi sampai isteri dia blushing ni? Otaknya dipaksa untuk bekerja keras berfikir soal tadi.

Ting! Bagai ada mentol menyala di dalam otak Fareez sekarang. Dia sudah faham apa yang tak kena dengan ayatnya tadi, spontan bibirnya mengukir senyuman lebar pada Qisya.

"---ke sayang fikir lain bila abang cakap atas katil tu?"

Pap ! Satu tamparan selamat mendarat pada lengan kekar Fareez lagi.

"Aduh sayang, memang hobi sayang suka pukul abang ke?" Bibir Fareez sudah memuncung panjang, lengannya diurut lembut.

Bukan biasa biasa ye tamparan isteri dia. Lembut tapi berbisa.

"Abang tu cakap benda merepek, ini bulan Ramadhan tahu tak." Qisya membela diri.

Bulan Ramadhan ni kena kurangkan cakap benda-benda yang tak berfaedah, banyakkan amal ibadah, kurangkan rasa marah dan yang paling penting sekali kena kejar pahala untuk saham akhirat.

Itu juga apa yang Fareez pernah pesan pada Qisya dulu, memandangkan tahun ini tahun pertama mereka bakal merayakan bulan puasa bersama-sama selepas berapa tahun berkahwin. Dulu yelah, kerap gaduh je. Bila gaduh masam muka, seorang ke hulu seorang ke hilir jadi tang mananya nak meraikan bulan mulia ini bersama-sama.

Bukan Dia Tapi Aku (C)Where stories live. Discover now