BDTA | 37

3.1K 167 21
                                    

Memori bersalut dendam
----

KAFE QAL

Nama kafe itu Qisya baca berulang kali. Kafe Qal.. Tak sangka kakaknya betul-betul mengotakan janji yang dibuat waktu mereka kecil.

"Kakak ingat satu hari nanti kakak nak buka kafe." tutur Qistina.

"Kafe apa kak? Kafe macam dalam anime tu ke?" Petah Haykal bertanya sambil membuka plastik lollipop.

Setelah plastik lollipop dapat dileraikan dari isinya, Haykal menyuap lollipop ke dalam mulut Qisya. Qisya yang sedang memegang anak patung terus saja menepuk tangan gembira kerana diberikan gula-gula kesukaannya.

"Bukanlah! Kakak nak bukak kafe mainan! Kafe mainan untuk Qisya kan?" lantang Qisya membantah tanpa sedikit pun pelat.

"Mana ada kafe mainan dik. Ini kafe yang jual makanan dan minuman tu." Qistina mengusap lembut rambut Qisya. Qisya sedang selesa duduk di atas riba Qistina.

"Macam gerai mak cik Salmah yang jual nasi lemak hujung jalan tu kan kak?" Qisya dengan yakinnya menunjuk tangan kecilnya ke tengah jalan.

Haykal menggeleng kecil. Itu bukan hujung jalan dik, tu tengah jalan namanya dik. Kalau berjual tengah jalan tak hidup sampai ke petang dik. Macam-macam lah Qisya ni.

Qistina tersenyum nipis. "Pandai adik akak ni. Tapi bukan kafe macam tu, akak nak hias kafe akak cantik-cantik. Kalau boleh kakak nak kahwin dengan orang yang pandai buat pastri." Qistina tanpa segan silu menceritakan angan-angannya.

"Kahwin tu apa kak?" soal Qisya lagi. Lollipop yang berada di dalam mulutnya Qisya pegang dan hulur kepada Haykal dengan gelengan kepala bererti dia tidak mahu makan lagi.

Haykal tanpa banyak soal hanya menyambut dan menyambung makan lebihan adiknya.

Buat apa dia nak geli, tu adik sendiri.

"Ala tadi baru aje kakak puji adik pandai. Kahwin tu macam mama dan papa. "

Qisya mendongak kepala memandang Qistina. "Mama dan papa? Maksudnya adik dengan along ni kahwin ke kak?"

Haykal menggeleng laju. "Bukanlah. Adik merepek apa? Adik dengan along ni adik beradik."

"Ouh faham." Qisya mengangguk laju. "Tapi adik beradik tu apa along?"Qisya tanpa rasa bersalah bertanya lagi.

Haykal mengeluh panjang. Kecik besar kecik besar je dia tengok adik dia ni. "Hish adik ni! Adik beradik tu maksudnya along dan adik sama-sama lahir dari perut mama."

"Ouhhhhh." Panjang betul ohh nya.

"Akak nak namakan kafe akak apa nanti?" Haykal bertanya soalan apabila melihat Qisya sudah diam.

Qistina berfikir seketika. "Akak pun tak tahu..apa kata Haykal bagi cadangan?"

Haykal menjungkit bahu. "Haykal pun tak ada idea. "

"Adik ada cadangan?" tanya Qistina.

Qisya yang sedang sibuk bermain anak patung berhenti apabila mendengar namanya disebut. "Letak nama lollipop jelah! Adik kan suka lollipop."

Haykal mendengus geram mendengar jawapan selamba dan tak masuk akal adiknya. "Mana ada orang tulis lollipop sebagai nama kafe! "

"Eii along ni, kenapa marah adik !!" Qisya mencebik apabila Haykal meninggikan suara.

Tak lama kemudian, Qisya mula menangis kuat. Qistina dan Haykal sama-sama kaget melihat Qisya tiba-tiba menangis.

"Along, kakak ! Kenapa dengan adik tu?" Puan Adjwa menjerit dari dalam rumah.

Bukan Dia Tapi Aku (C)Where stories live. Discover now