BDTA | 65

3.9K 207 45
                                    

I could never hurt you
the way you hurt me
---

"Hayder, kenapa lambat?" soal Puan Dayang.

Hari ini Puan Dayang memanggil Qisya dan pengurusnya datang ke agensi untuk berbincang perkara penting. Tapi itulah, Qisya dah sampai sepuluh minit lalu dan Hayder pula yang datang lambat sekarang.

"Saya --saya kena lalu pintu belakang untuk masuk. Puan pun tahu kan pintu masuk depan dah sesak." jawab Hayder.

Nafasnya tercungap-cungap sedikit kerana terpaksa berlari dari tadi untuk mengejar masa. Kalau dia tak lari alamatnya tak masuk lagi lah dia dalam pejabat Puan Dayang lagi. Masih dalam kumpulan manusia yang berkerumun depan pintu masuk lah agaknya.

Puan Dayang angguk faham. "Wah semakin ramai wartawan yang menunggu di depan pintu masuk. Banyak security guard turun untuk jaga. "

"Qisya, awak sendiri tahu kan suami awak ada muat naik satu post IG gambar perkahwinan kalian? Saya tak sangka suami awak doktor dan dia instafamous juga tu. Patutlah banyak wartawan kat luar."

Qisya angguk. Dalam hati dah berbakul-bakul mengutuk tindakan Fareez. Suka hati aje Fareez nak umumkan identiti dia sebagai suami Qisya pada orang ramai. Dulu Qisya yang beria nak sembunyi, senang-senang aje Fareez bocorkan.

"Bijak suami awak ni. Akhirnya persoalan orang ramai tentang siapa suami awak dah terjawab. Suami awak pun pandai tangani gosip murahan dia dengan Dinda dulu. Saya kagum juga dengan tindakan suami awak yang berhati-hati handle semuanya sebab tak nak awak dikecam. Dia siap buat QnA di story IG untuk jawab soalan dari peminat awak dan dia." puji Puan Dayang lagi.

Qisya hanya angguk saja. Malas nak bagi komen.

"Ada apa puan panggil Qisya dan saya datang sini?" Hayder menyampuk.

Hayder sebenarnya tahu masalah rumah tangga Qisya bersama suami jadi Hayder kalau boleh nak jaga perasaan Qisya ketika mengandung ni, tak naklah Qisya emosi lagi. Fareez juga yang menitipkan pesan untuk dia menjaga Qisya di tempat kerja.

"Sebenarnya minggu lepas saya dapat panggilan dari satu agensi. Pihak mereka bertanya tentang kontrak Qisya dengan agensi saya."

"Untuk apa puan?" soal Qisya.

"Sejujurnya kontrak Qisya dengan agensi saya ada lagi 1 tahun. Agensi mereka bagi tawaran untuk lantik Qisya jadi model dan duta produk kepada Qisya dan untuk agensi saya pula akan diberi manfaat jika saya boleh beri kerjasama."

"Pusat agensi itu ada di mana? Dan berapa bulan kontrak?" tanya Hayder bersama pen di tangan untuk mencatit.

"9 months contract. Australia."

Qisya terus terlopong mendengarnya. Australia lagi?

"Kalau Qisya terima tawaran agensi di sana, maknanya Qisya kena pindah ke Australia semula. Betul kan apa saya cakap?" tebak Hayder.

Puan Dayang angguk. Qisya mula rasa buntu.

"Due date Qisya bersalin dah nak dekat. Macam mana Qisya nak terima tawaran pihak mereka?" soal Hayder lagi. Itu belum kira dengan izin dari Fareez lagi.

"Soal itu Qisya jangan risau. Semua orang tahu Qisya mengandung, jadi pihak sana tetapkan kontrak itu empat bulan dari sekarang. Sebulan untuk tempoh tunggu Qisya bersalin dan lagi tiga bulan pula untuk Qisya berpantang. Selepas Qisya habis pantang, Qisya akan terus pergi ke Australia selama 9 bulan. Habis 9 bulan tu kalau Qisya nak teruskan kontrak pun boleh, tapi yang tu kena bincang sendiri dengan agensi sana." jelas Puan Dayang lagi.

Bukan Dia Tapi Aku (C)Where stories live. Discover now