BDTA | 18

3.4K 131 5
                                    

Hati akan terus terluka jika tidak mahu melepaskan. Move on.
---

"Ada masa hati kata tunggu. Ada masa hati kata tidak tapi tiba-tiba berubah jadi ya pula."

Kayla berhenti bercakap seketika. Dia menarik nafas panjang sebelum menyambung kembali .

"Kita hanya manusia biasa, tiada kuasa untuk membolak-balikkan hati manusia jauh sekali untuk mengubah hati mereka. Itu semua di luar kemampuan manusia. Apa yang penting kita kena berdoa dan yakin Allah sentiasa ada untuk kita . Selamanya. "  

Kayla menghabiskan bicaranya. Sempat lagi dia termengah-mengah membaca 'mukadimah' panjang yang dihantar kepadanya sebagai panduan dalam kehidupan.

"Tak sangka kawan aku pandai berpuitis eh. Kagum juga aku." Qisya yang hanya mendengar dari tadi mula memberikan komen. Memang dari sepuluh minit yang lalu dia menadah telinga mendengar bicara yang panjang itu dari mulut Kayla.

"Hahahaha kau ni Lia. Ada- ada je kau ni. Tak lah, kau tengok ini." Kayla tersengih halus. Telefon bimbit di tangan disua kepada Qisya.

Qisya pantas menyambut. Berkerut-kerut dahinya membaca nama gerangan yang menghantar 'mukadimah' panjang itu kepada Kayla.

"Ian yang hantar? Seriuslah Kayla." tanya Qisya.

"Yup. Aku bangga dengan Ian. Baru dua bulan dia peluk agama Islam, rajin sangat dia mendalami ilmu agama. Kadang-kadang aku rasa malu dengan dia sebab kata-kata dia serius matang betul tahu. Aku rasa ilmu agama aku lebih sikit dibandingkan dengan dia. " Makin melebar senyuman di pipi Kayla apabila menuturkan kata-kata itu. Senyum sampai ke telinga katakan!

Qisya mengangguk kecil. Biasalah, orang ada teman istimewa semuanya kelihatan indah-indah belaka.

"Faham-faham. "

"Jadi bila nak berlangsungnya?" tanya Qisya lagi.

"Ayah aku kata dia nak sekurang-kurangnya aku kahwin dengan Ian bila Ian dah lebih setahun memeluk agama Islam. Ayah aku nak Ian betul-betul belajar tentang agama kita, bukan sekadar peluk Islam semata-mata nak kahwin dengan aku." panjang lebar Kayla menerangkan kembali kata-kata ayahnya.

"Beruntungnya kau. "

Pada Qisya, Kayla sangat beruntung kerana Ian memang benar-benar ikhlas untuk menghalalkan Kayla sebagai seorang isteri. Nasib mereka juga baik kerana keluarga Ian tidak membantah apabila Ian menyuarakan hasrat untuk masuk Islam dan mengahwini Kayla.

Mereka hanya berpesan supaya Ian melakukan semua itu dengan hati yang ikhlas dan bukannya atas niat untuk memperisterikan Kayla semata-mata.

Kayla hanya senyum lalu mencapai tangan Qisya yang terletak elok di riba dan tangan itu digenggam perlahan. "Kau pun apa kurangnya. Kau cantik macam ini tiada orang yang minat ke? Aku tak pernah dengar kau bercakap pasal teman istimewa."

Buat pertama kali Kayla bertanya perihal Qisya sepanjang mereka berkenalan kerana perwatakan Qisya yang sangat suka berahsia membataskan percakapan Kayla dan Aisyah kepada Qisya kerana mereka khuatir Qisya tidak selesa jika ditanya soalan peribadi.

"Kecantikan tak menjamin apa-apa, Kayla." pendek Qisya membalas.

"You are right."

"Lia, alang-alang kau dah ada ni aku nak bagitahu sesuatu."

Qisya tidak membalas dan dia hanya melihat wajah Kayla lama. Tangan Kayla yang mengenggam erat tangannya juga digenggam kembali.

"Aku akan balik Malaysia minggu depan. Insyallah aku balik sana dengan Aisyah sekali."

Bukan Dia Tapi Aku (C)Where stories live. Discover now