BDTA | Special Chapter - 3

4.4K 255 19
                                    

"Macam mana Fareez? Dapat?"

Fareez geleng laju. Tak menang tangan dia menekan nombor isterinya untuk didail.

'Angkatlah sayang, please..'

"The number you have dialed is not available. Thank you.."

"Arghh!" Fareez menyebak rambutnya ke belakang kasar.

Encik Raid dan Puan Syafira hanya diam. Mereka turut rasa risau dengan keadaan menantu mereka sekarang.

Al kisahnya, Qisya keluar rumah senyap-senyap waktu Fareez tengah tidur. Pandai Qisya pilih timing, waktu semua penghuni rumah tengah belayar dalam alam mimpilah Qisya nak buat halnya.

Fareez pula baru sedar yang Qisya keluar rumah waktu nak bangun sahur. Puas satu rumah dicarinya tapi tak ada, kunci kereta dia pun lesap. Jadi dah tahulah Qisya keluar guna kereta dia.

"Apa cerita ni Fareez? Kamu bergaduh dengan isteri kamu ke semalam?" soal Encik Raid. Dia naik hairan pula melihat kelakuan menantunya, tak pernah-pernah begini.

"Mana ada walid." tukas Fareez laju. Semalam sebelum tidur rasanya semua baik-baik sahaja. Mereka siap tidur berpelukan lagi.

"Qisya teringin nak makan tepung pelita."

Serta merta Fareez teringat semula kata-kata Qisya semalam. Tapi tak akanlah sebab tu Qisya keluar rumah kut?

"Qisya ada cakap pada Fareez yang dia teringin nak makan kuih tepung pelita malam semalam. Tapi Fareez ajak dia cari kuih tu harini, ya lah malam mana ada jual kuih semua tu."

"Astaghfirullahalazim! " Encik Raid mengucap panjang. "Ini kes mengidam la ya?"

Fareez angguk lemah. Kedua belah tangannya ditekup kepada wajah.

"Orang mengidam ni jangan buat main Fareez, silap hari bulan bukan setakat merajuk tapi yang lebih teruk pun boleh jadi." pesan Puan Syafira.

Sewaktu dia mengandungkan kembar tu dulu, dia ada juga mengidam. Bila suaminya tidak dapat memenuhi permintaannya untuk makan apa yang diidamkan, Puan Syafira akan tarik muncung panjang. Bukan setakat tarik muncung tapi tak berasap dapur dua hari.

Bila diingat semula kenangan lalu, Puan Syafira hanya mampu ketawa. Ketawa mengenangkan perangai kebudak-budakannya dulu yang merajuk apabila tidak dapat makan makanan yang dia mengidam.

"Fareez bukan tak nak beli kan, tapi umi pun tahu kan yang restoran semua tu mana ada jual kuih yang Qisya nak. Kalau ada pun, kuih itu dijual di bazaar ramadhan."

Ada ke restoran jual kuih malam-malam? Mengarut lah, Fareez tak pernah jumpa . Dia pun jarang makan di restoran, dulu selalu lepak dengan Emir je di kedai mamak. Sekarang ni bila ada isteri dan anak, dia buat perangai macam orang dah kahwin lah. Nak lepak apanya lagi.

"Sekejap umi tengok dekat dapur ada tak barang nak buat kuih tepung pelita." Puan Syafira meminta diri.

Hani juga tidak kurang membantu abangnya. Nombor kakak iparnya didail berulang kali.

Masih sama, not available.

Entah mana datangnya idea ingin mencari si kakak ipar dengan menggunakan media sosial, Hani hidupkan data dan buka Instagram, mana tahu kakak iparnya ada update location.

Sejenak mata Hani terbuntang apabila matanya menangkap sesuatu yang aneh. Jarinya menahan lama story IG milik seseorang yang dia ikuti.

"Abang Fareez, tengok ni."

Fareez kerut dahi, nak tengok apa pula ni.... Dia dah lah tengah serabut. Hani tetap menghulurkan telefonnya kepada Fareez.

Telefon Hani bertukar tangan.

Bukan Dia Tapi Aku (C)Where stories live. Discover now