BDTA | 47

3K 171 13
                                    

Dia terlalu baik, tanpa dia sedar kebaikannya bakal memakan diri suatu hari nanti...
----

"Alright sayang, take care.."

Panggilan dimatikan. Terbit keluhan penat dari seulas bibirnya. Kelopak matanya digosok untuk menghilangkan kantuk. Memang lepas ni dia kena minum kopi dan nescafe banyak-banyak lah ceritanya nak menghilangkan rasa mengantuk. Semalam tidur tak lena sangat, Qisya banyak kali bangun untuk muntah.

"Reez."

Fareez toleh belakang melihat gerangan yang memanggil. Dia mengeluh lagi dan lagi.

"You nak apa?" soalnya dingin.

"You sibuk tak? Boleh kita bercakap sekejap?"

"Eh you buta ke, Areesya?" nadanya sedikit mahu bertempik. "You tak nampak ke I pakai jubah doktor ni? I tengah kerja lah kan, habis tu tanya I sibuk ke tak tu kenapa?"

Maaflah, dia memang tak ada mood ni.

"I pinjam masa you 10 minit, may I? I ada perkara penting nak sampaikan pada you." ujar Areesya, sangat berharap Fareez sudi meluangkan masa dengannya.

"You tak dapat ajak I keluar, sampai ke hospital tempat kerja I you cari I. Tak profesional langsung lah you ni, I tengah on duty."

"I bukan stalk you, I ada urusan datang hospital. Kebetulan terjumpa you, I anggap tu rezeki sebab kalau nak minta you jumpa I, you tak akan setuju punya. Sekejap aje, Fareez. Alang-alang kita dah terjumpa ni."

"Herghh, fine! Sepuluh minit je."

Fareez memimpin jalan ke taman di hospital. Pertama inginkan privasi, kedua dia tak nak Emir nampak. Nanti Emir fikir bukan-bukan pasal dia.

"You nak cakap apa?"

"First of all, I nak minta maaf."

Fareez geleng. "Permintaan maaf you tu, you tahu kan apa jawapan I? I need time, Areesya. I perlukan masa untuk maafkan you."

"Apa yang I harus lakukan untuk you maafkan I? I dah tak sanggup tunggu." ujarnya bersama riak wajah mendung.

Kata-katanya membuatkan Fareez tergelak sinis.

"Tak sanggup tunggu? I elok aje tunggu you selama ni, ini baru sikit you dah merungut? Ikhlas ke maaf you tu? Macam tak bersungguh je. Tak menyempat sangat."

"Fareez, can we just be friend?"

"Hell no!" Fareez mencantas pantas. Dia pernah dengar selepas putus tidak digalakkan bersahabat dengan ex, dulu dia tak percaya sebab dia rasa kenapa nak putuskan hubungan terus even dah break?

Sekarang baru Fareez sedar kenapa, dia bakal rasa kekok dan lain kalau masih nak simpan Areesya dalam hidup dia, meskipun hanya sebagai kawan.

"Kenapa? You dah kahwin, you takut you jatuh suka pada I semula? Macam tu?"

"You kalau terus cakap macam ni, baik I blah je. Buang masa I je tahu tak sembang benda merepek ni."

Areesya mengeluh hampa. Fail yang dia pegang dari tadi dia genggam sekuat mungkin mencuba cari kekuatan. Mungkin saat ini dia harus menggunakan cara itu untuk mendapatkan kemaafan Fareez.

"Cuba you tengok ni."

"Apa pula ni?"

"Tengoklah dan baca. You doktor, I yakin you faham apa yang tertulis atas laporan kesihatan I ni."

Fareez membaca dengan teliti setiap bait perkataan laporan kesihatan milik Areesya. Wajahnya yang tadi tegang bertukar kendur.

"Is it true?" soalnya dengan nada bergetar.

Bukan Dia Tapi Aku (C)Wo Geschichten leben. Entdecke jetzt