"Well ni Orked Imani la! Mestilah kena kuat!" Angkuh betul suara Orked membuatkan Haq mencebikkan bibirnya.

"Mak ngah cari apa?" Tanya Orked tatkala melihat ibu saudaranya yang sedang tercari-cari sesuatu.

"Tak ada la. Mak ngah tak nampak pun Ryan." Jawab Puan Sri Salehah.

Haq menjulingkan matanya ke atas. Mak ngah ni spoilkan mood gembira je la. Dah kenapa tanya jantan tu. Kan bagus tak ada. Amanlah sikit dunia ni.

"Isteri dah sedar pun tak ada. Nampak tak akak? Sebenarnya dia tak.."

Terus lengan sasa Haq itu menjadi cubitan padu oleh Puan Sri Salehah.

"Auch." Adu Haq dengan dahi berkerut-kerut menahan kesakitan. Lengannya yang merah dek dicubit oleh Puan Sri Salehah itu digosok-gosok.

Ingatkan dia seorang sahaja yang berbisa. Rupanya mak ngah lagi berbisa dari nya. Cepitan raja ketam ni wooo. Sakit bukan main! Kalah dia yang pembunuh bersiri ni.

Haq memandang muka Puan Sri Salehah. Dia cuba memberikan reaksi muka yang ingin menangis kerana cubitan maut Puan Sri Salehah berikan kepadanya. Namun, terus terbantut niatnya tatkala melihat isyarat muka yang diberikan oleh ibu saudaranya itu.

'Mulut! Nak mak ngah kantoikan ke yang Dani bunuh Iera?' Terus tergeleng kepala Haq tatkala dia dapat membaca isi hati ibu saudaranya itu.

Tergelak Orked melihat teletah Haq. Tak padan dah besar, tapi perangai macam budak-budak.

"Katanya tadi nak isi air dekat pemanas. Tak tahu pula ke mana. Lama betul dia keluar." Jawab Orked.

"Ha! Panjang umur!" Kata Orked lagi tatkala dia mendengar seseorang menolak pintu wad nya dan suara memberi salam. Tidak lain tak bukan, suara suaminya tercinta.

" Waalaikumusalam. Lama abang pergi?" Orked menjawab salam yang diberikan oleh Aryan. Begitu juga dengan Haq dan juga ibu saudara mereka.

"Tadi abang jumpa Linda jap. Nak bagitau dia supaya batalkan semua appointment abang harini." Jawab Aryan. Pemanas itu diletakkan di atas tempatnya. Lalu, dihidupkan suisnya untuk memanaskan air.

"Bila mak ngah sampai?" Tanya Aryan sambil menghulurkan tangannya untuk menyalami Puan Sri Salehah.

"Baru je lagi. Tadi mak ngah keluar dengan Dani. Dapat tahu je Orked dah sedar, tu yang bergegas ke sini." Jawab Puan Sri Salehah. Huluran salam Aryan itu disambutnya.

Aryan pula menghulurkan salamnya kepada Haq, namun ianya tidak disambut oleh lelaki itu.

"Akak, Dani keluar dulu la. Tiba-tiba teringat ada kerja pula." Terus punggung diangkat dari kerusi tersebut. Muka dingin dipamerkan sebaik sahaja Aryan masuk ke dalam wad tersebut.

"Dani! Keluarkan akak harini tau! Penat la duduk hospital jer." Laung Orked. Sempat dia membuat permintaan kepada adiknya itu.

"Baru sedar penat apa nya. Bukannya duduk lama pun." Ngomel Haq. Namun, ianya masih didengari oleh Orked.

"Akak dengar Dani!"

Haq mendengus kasar. Dengar pula!

"Yelah-yelah." Jawab Haq sebelum dia menghilangkan diri dari bilik wad tersebut.

"Mak ngah pun nak gerak balik lah. Lepasni mak ngah ada meeting pula dengan client mak ngah." Pamit Puan Sri Salehah.

"Ryan minta maaf mak ngah, sebab tak beli apa-apa untuk mak ngah tadi. Ryan tak tahu pula yang mak ngah nak ke sini." Huluran salam dihulurkan.

"Eh! Tak apa la. Mak ngah faham. Mak ngah pergi dulu ye." Pamit Puan Sri Salehah sekali lagi. Dia terus menghilangkan diri sebaik sahaja dia bersalaman dengan Aryan dan juga anak saudaranya itu.

"Sayang, abang rasakan adik sayang tak suka kan abang la." Kata Aryan. Dia mengambil cawan batu itu. Kemudian, bungkusan uncang teh itu dibukanya. Uncang teh tersebut dimasukkan ke dalam cawan tersebut, lalu dituangkan air panas ke dalam cawan batu itu.

"Biasalah Dani. Dia memang macam tu dengan orang yang baru kenal. Lama-lama okay la. Abang jangan risau ye?" Orked cuba menyedapkan hati si suami.

Aryan mengangguk perlahan. "Nah. Sayang minum dulu. Mesti sayang haus." Cawan yang telah siap air teh o panas kosong itu dia berikan pada Orked.

Senyuman manis Orked berikan pada suaminya. "Terima kasih abang." Ucap Orked sebelum dia menghirup air yang disediakan oleh suaminya.

"Abang, Isya okay tak? Dia sihat tak? Rindu betul saya dekat dia."

"Isya sihat je. Hari-hari dia tanya mama dia tau. Jadi, sayang kenalah cepat-cepat keluar dari hospital ni. Kita boleh jumpa Isya sama-sama." Jawab Aryan. Kepala Orked diusapnya.

"Mestilah! Saya dah suruh Dani keluarkan saya harini juga! Tak kira boleh ke tak tetap saya nak harini!" Bersemangat suara Orked tatkala mengungkapkan ayat tersebut.

Tergelak kecil Aryan. "Yelah isteri abang yang paling abang sayang. Tapi, takkan la mama Isya, rindukan Isya je. Papa dia?" Aryan mengangkat keningnya. Sengaja dia ingin mengusik isterinya.

"Mestilah mama Isya rindukan dia! Rindu sangat-sangat!" Lengan Orked terus sahaja melingkar memeluk pinggang Aryan. Kepala dilentokkan pada perut suaminya.

"Abang pun rindukan sayang." Lengan Orked yang memeluknya itu diusap perlahan. Ubun-ubun isterinya dikucup perlahan. Penuh kasih sayang. Penuh kerinduan. Dia gambarkan segala isi hatinya mengenai sang isteri melalui kucupan tersebut.

Alhamdulilah, terima kasih Ya ALLAH!




Yuhuu! Miss me? Hehehe sorry la awak2 semua🥺 Mizz terlampau busy untuk settlekan report😢.. And habis jer intern tup tup dapat tawaran pulak memang busy habis la! Thank you yang mana sudi menunggu❤

 ORKED IMANI: I Love You My Babysitter(Re-edit)Where stories live. Discover now