Bab 55 | The End

Începe de la început
                                    

Aurora menggeleng, perlahan.

"Itu ibu kau, Elliana."

Sejahat mana pun Puan Ella, Elliana tetap anak sah kepada wanita tua separuh abad itu. Sekurang-kurangnya, jenguklah keadaan Puan Ella.

"Nanti lah aku fikir. Aku nak jumpa Mikaela, pula. Jom, Aurora!"

Elliana sudah menghampiri keretanya. Oh, silap. Bukan kereta dia, tetapi kereta suaminya.

Salah satu cara mengubat rindu, Aurora sentiasa menggunakan harta benda milik suaminya. Meskipun, dia juga mempunyai kereta yang sama jenis brand.

Malah, rumah dia dan Adnan menetap sebelum ini pun, masih dalam keadaan elok. Oleh kerana, Aurora masih tinggal di dalam rumah banglo itu. Dari pandangan orang lain, Aurora tinggal sendirian. Kehulur-kehilir sendirian tanpa teman. Dari pandangan Aurora pula, dia merasakan jiwa dan hati Adnan sentiasa disisinya. Menemani dia, setiap saat. Setiap detik.

Membuatkan dia terasa seperti dilindungi dan dijaga. Disebabkan itulah, dia berat hati ingin meninggalkan rumah banglo itu. Banyak kenangan dia bersama dengan Adnan. Kenangan yang tak pernah dia lupakan, walaupun sesaat.

Adakalanya, dia pulang ke rumah agam Mckay. Duduk sambil menyelak fail milik arwah bapanya, sambil-sambil itu dapatlah dia meluahkan perasaan bersalah dan rindu. Ya, dia rasa bersalah dengan arwah bapanya. Kalau dia lebih awal betulkan hubungan renggang antara dia dengan arwah bapanya, mesti dia boleh melihat senyuman ikhlas dari bibir bapanya.

PINTU rumah banglo itu dikuak dari luar. Sebaik kakinya menjejak lantai di dalam rumah, suara robot menyapa Aurora kedengaran.

"Welcome home, Cinta Hati."

Aurora tersenyum, hambar. Rindu...

Bibir dikemamkan saat terasa dirinya ingin melepaskan tangisan. Nafas ditarik sebelum dihembus perlahan-lahan.

"Kau kuat, Aurora. Kau kuat." Kata-kata semangat, dilontarkan pada diri sendiri.

Lekas, pintu ditutup. Lampu dibuka, kipas dipasang. Beg tangan diletakkan di atas meja sebelum tubuh direbahkan di atas sofa panjang. Nafas dihela.

Duduk seorang diri tanpa melakukan apa-apa aktiviti, membuatkan dia teringat tentang arwah suaminya.

"Apa awak cakap? Tak dengarlah."

"Tak payah dengar pun, tak apa." balas Aurora, senada.

Adnan mencebik. Kepala dibaringkan di atas peha Aurora. Bulu sejadah dikuis-kuis, menggunakan jari telunjuknya.

"Sayang awak." ucap Adnan.

Entah berapa kali, ayat itu sentiasa diulang Adnan.

"Hm." Aurora membalas.

"Sayang awak sangat-sangat."

"Hm...Hm...Hm...Hm..."

Adnan tertawa kecil. "Cinta awak selamanya."

"Tak penat ke, Adnan?" tanya Aurora, pasrah.

"Cakap sayang saya dulu."

"Sayang saya." balas Aurora.

"Elysian!" rengek Adnan, seperti bayi kecil inginkan perhatian.

"Cakap 'Saya sayang awak' dulu, baru saya diam." ujar Adnan.

Dengan selamba Aurora membalas. "Saya sayang awak dulu, baru saya diam."

"Betul-betul lah, Elysian." Jari Aurora sengaja, ditarik-tarik.

AE : Dendam Kerana CemburuUnde poveștirile trăiesc. Descoperă acum