Bab 32

495 69 10
                                    

"SEGI tiga? Apa tu segi tiga?" tanya dia.

Dua orang remaja lelaki dihadapanya, tersenyum kecil.

"Nama ahli kumpulan kita." jawab salah satu daripada mereka.

Dia mengerutkan keningnya. "Cringe."

Letus tawa, dua orang remaja lelaki itu.

"Ely, benda ni perkara biasa lah bagi semua friendship. Mana ada, cringe." ujar Adnan.

Aurora mencebik. "Yalah, selalunya perempuan yang beria buat nama ahli kumpulan. Kau orang berdua daripada kaum hawa, ke?"

"Erk."

Seorang remaja disebelah Adnan, membalas.

"Habistu, kau jantan ke?"

Aurora menggulingkan bebola matanya.

Adnan yang melihat, mereka seperti ada tanda-tanda ingin berdalih, lekas membetulkan keadaan.

"Okay sudah, tak payah gaduh."

"Ely, kau sekarang ni dah jadi kawan kitaorang. Automatik kau termasuk dalam kumpulan segi tiga." sambung Adnan.

"Kenapa segi tiga?" tanya Aurora.

"Sebab dalam kumpulan tu ada tiga orang. Aku, kau dan A..."

Bam!!

Dia terbangun dari buaian mimpi, tatkala sistem pendengaranya menangkap bunyi sesuatu jatuh. Tercungap-cungap nafasnya. Keringat yang mula menitik, dilap. Sisinya, dipandang.

Kelihatan Adnan masih tidur nyenyak disebelahnya.

Lekas, Aurora mengejutkan suaminya itu.

"Adnan, bangun. Adnan..." Separa berbisik, nada Aurora ketika ini.

Lengan Adnan, digoyangkan. Tika kemudian, lelaki itu terjaga dari tidurnya. Samar-samar sahaja penglihatan Adnan, dek kerana baru bangun dari tidur.

"Elysian? Kenapa ni?" tanya Adnan dengan suara serak basahnya.

"Saya dengar bunyi benda jatuh dekat bawah tadi." beritahu Aurora. Adnan menghela nafas.

"Ingatkan apalah tadi, takda apa-apa lah Elysian. Mungkin cicak tolak barang kot."

Selamba Adnan menarik isterinya ke dalam pelukan. Sekaligus, tubuh Aurora terbaring semula.

"Tapi bunyi tu kuat." kata Aurora.

Adnan mengusap tepi kepala Aurora sambil mendodoikanya.

"Tidurlah, sayangku. Tidurlah."

Aurora mencebik bibir. "Saya bukan budak kecil."

"Tapi awak baby saya." balas Adnan, pantas.

"Bila masa saya anak awak?" tanya Aurora, polos.

"Dah shh, tidur sebelum saya humban awak dalam tong sampah."

Aurora menggulingkan bebola matanya. "Belum sempat awak humban saya dalam tong sampah, saya dah humban awak dalam loji najis."

"Buat apa nak humban saya dalam loji najis, sedangkan awak boleh humban saya dalam hati awak?"

Aurora menekup wajahnya pada bantal.

"Dah siap humban." gumamnya.

"Ha, apa awak kata tadi?" tanya Adnan, tidak beberapa dengar ayat yang disebut Aurora.

AE : Dendam Kerana CemburuDonde viven las historias. Descúbrelo ahora