Bab 49

522 79 38
                                    

"APA ni?" tanya Detektif Mukhriz kepada lelaki itu. Lelaki dihadapanya itu, lengkap berpakaian seragam ahli Private MC. Logo komputer di belakang jaket hitamnya, menandakan anggota itu dari bahagian teknologi maklumat.

"Pendrive, bukti suspek Elliana tidak bersalah dan identiti sebenar Crazed." ujar anggota itu. Razif namanya.

Mata Detektif Mukhriz, terbeliak. Sekeliling, dipandang sebelum Razif ditarik mengikuti langkahnya. Sampai dikawasan bahagian penyiasat, Detektif Mukhriz membawa Razif memasuki bilik mesyuarat penyiasat Private MC.

"Detektif, kenapa bawa saya tempat ni? Saya tak dibenarkan jejak kawasan ni." Takut Razif, dibuatnya. Ini kalau, ketua dia tahu.

"Siapa nama kau?" tanya Detektif Mukhriz. Tanganya ralit menekan papan kekunci di atas skrin telefon. Menghantar mesej kepada ahli sepasukanya, Harraz dan Mikael.

"Ra...zif." balas Razif, tergagap-gagap. Kebarangkalian, terlalu gelisah dan gementar.

"Siapa yang suruh hantar pendrive ni?"

"Ketua kami." balas Razif.

Mukhriz berkerut. "Siapa nama ketua kau?"

Razif menggeleng, tanda tidak tahu.

"Kami tak pernah jumpa dia atau tahu nama sebenar dia. Saya tak pasti sebab apa, tapi kata dia. Leftenan yang sembunyikan identiti dia." beritahu Razif.

"Ahli rahsia?"

"Lebih kurang."

Mukhriz tergamam. Jikalau sebut sahaja, ahli rahsia Private MC. Jawatan itu lah, yang paling digeruni di seluruh anggota kumpulan penyiasat ini. Menjadi ahli rahsia Private MC, perlulah mempunyai kecekapan tinggi. Ilmu seni mempertahankan diri, tersemat di dalam dada. Senjata berbahaya, berada ditangan mereka setiap masa.

The Private Members.

Itulah, nama gelaran untuk setiap ahli rahsia Private MC. Setiap ahlinya, merupakan seorang yang semua orang tidak akan jangakakan. Jumlah ahlinya, juga dirahsiakan oleh ahli atasan Private MC. Hanya ahli atasan sahaja, mengetahui rahsia The Private Members.

"Kau boleh balik." ujar Detektif Mukhriz.

Pendrive yang diberikan Razif tadi, dicapai. Hilang sahaja Razif di dalam bilik mesyuarat, kelibat Harraz dan Mikael pula muncul.

"Mana pendrive tu?" tanya Harraz, melulu.

Mukhriz menunjukkan pendrive ditanganya sebelum memasangkan pendrive itu pada lubang kecil di sisi komputer riba.

Terpapar satu video yang dirakam dari CCTV.

"Ini bukan ke CCTV, kita jumpa bukti suspek Elliana ialah Crazed?" tanya Mikael sambil melipatkan hujung lengan baju kemejanya sehingga paras bawah siku.

"Yalah." Mukhriz menyokong kata-kata Mikael.

"Cuba kau buka." arah Harraz.

Tekan sahaja punat resume di paparan skrin. Rakaman CCTV mula dimainkan. Seperti, rakaman CCTV yang ditunjukkan Mikael di rumah Tuan Matheo. Sama sahaja. Namun, apabila sewaktu Crazed menunjukkan rupa sebenarnya, rakaman itu terhenti sendiri.

Wajah Elliana dibesarkan, dengan sendirinya.

Berkerut ketiga jejaka itu. Mukhriz meneliti setiap inci wajah Elliana. Tatkala otaknya, menangkap sesuatu. Mata dibulatkan, tidak percaya.

"Kau tengok ni! Video ni suruh kita teliti muka Elliana. Bila imbas lagi semula, aku nampak perbezaan warna kulit Elliana dalam video ni dengan kulit asal Elliana. Berbeza!" ujar Mukhriz.

AE : Dendam Kerana CemburuWhere stories live. Discover now