Bab 50

517 80 39
                                    

DENTUMAN besi bertemu dengan sejenis yang sama, sipi-sipi sahaja meyapa halwa telinganya. Dipaksa diri untuk membuka kelopak mata. Tatkala krelopak mata mula ringan terbuka, bunyi bising tadi kuat bergema di corong telinganya.

Sedar lah dia, bahawa bunyi bising tadi dimainkan untuk mengejutkanya.

Matanya menjamu susuk yang dikenali, sedang memegang besi ditanganya sambil bersandar di dinding konkrit.

"Adnan?" sebutnya perlahan. Cuba untuk bangun, namun rasa pedih diperutnya membatalkan niat itu. Ingin memegang perutnya yang luka itu, akan tetapi dia baru tersedar tanganya diikat kemas menggunakan tali.

Sekeliling dipandang. Tempat yang asing baginya. Dinding dan lantai, diselaputi konkrit. Ruang ini, hanya diterangi oleh sebuah mentol yang tergantung ditengah-tengah.

"Adnan, saya dekat mana ni?" Wajah suaminya, ditatap. Kosong reaksi Adnan, ketika ini. Tiada langsung, rasa bersalah ataupun jatuh kasihan. Seolah, sudah lama menginginkan dia terikat begini.

"Adnan." Aurora memanggil nama suaminya, sekali lagi. Namun, Adnan hanya memandang ke arah dia dengan pandangan kosong. Langsung, tidak berganjak ditempatnya.

Seketika, pintu ruang itu dikuak oleh seseorang. Matanya tertoleh memandang susuk lelaki berbadan tegap yang mula melangkah masuk ke dalam.

"Glad to see you again, professor."

Pabila diamati wajah itu, dia terkedu. Wajah yang amat dikenali. Wajah yang disangkakan baik, mengkhianatinya dalam diam.

"Asyraf?" Hampir berair matanya. Kenapa semua orang yang dia kenali, berada di dalam ruang ini. Penuh sinis memandang ke arahnya yang terikat ketat dan berpakaian berlumuran darah.

Adnan. Tidak percaya, lelaki itu mengkhianatinya juga. Mana kata-kata janji yang dulu?

"Kau nampak tak percaya dan tak boleh nak terima." ujar Asyraf, sinis.

"Kau nak apa, dari aku?!" jerkah Aurora.

"Aku. Nak. Kau." Kata-kata Asyraf terhenti. Matanya terpejam rapat. Urat-urat hijau mula timbul diseluruh lehernya sehingga ke wajah.

"Mati." sambung Asyraf. Suaranya lain, sewaktu ini. Suaranya lebih lunak dan dalam, berbanding suara asal.

"Asyraf..."

Mata Asyraf memandang tepat ke arahnya. Mata lelaki itu, disimbahi dengan warna hitam gelap.

"Siapa Asyraf? Aku Aryan! Asyraf Aryan. Haha!!!" Suara lunak dan dalam itu, ketawa sinis.

Aurora terkedu seketika.

Asyraf berjalan merapatinya, wajah itu semakin menghampiri wajahnya. Terpejam erat mata Aurora, saat terasa hembusan nafas Asyraf menampar pipinya.

"Aryan."

Suara gemersik Adnan, memanggil Asyraf. Lantas, lelaki itu berpusing menghadap Adnan sekaligus menjauhi wajah Aurora. Perlahan, Aurora membuka mata semula.

"Apa?!"

"Kau tak nak tengok bom yang aku pasang? Dah lama siap."

Bicara Adnan, serta-merta membuatkan Aurora berpaling menghadap suaminya itu.

Bom?

"Hahaha! Siap dah?" Gelak Asyraf lalu mengatur langkah, keluar dari ruang itu.

Sempat dia rasakan, Adnan sedang mengerling ke arahnya dengan pandangan yang dia tidak tahu apa maksud disebalik pandangan itu.

Pintu tertutup rapat.

Aurora menghembus nafas, lega.



BUK!

AE : Dendam Kerana CemburuWhere stories live. Discover now